Monday, October 11, 2010

KISAH RAYA GABAN...Ada suka dan duka!

Meh Gaban cerita skit kisah raya Gaban! Walaupun dah lewat daripada orang lain, aku tetap nak story gak!

Raya tahun ni aku raya kat Perak. Memang la sebab aku dengan Abahnye memang orang Perak pun! Tahun ni turn kitorang menyambut raya kat rumah mak abah aku. Penat giler mengemas sebab rumah kat kampung tu xde orang duduk sejak mak meninggal. Sekali sekala je abah dan kakak aku balik. Nasib baik seminggu sebelum tu kakak aku dah kemas skit2. Kiranya aku touch up-touch up skit je la. Mujur jugak malam raya tu Paksu (adik arwah mak aku) sekeluarga sampai. Ramai la skit kat rumah tu. Sebab bila turn aku kat situ, bermakna turn adik beradik aku beraya rumah mertua diorang!

Raya pertama, lepas kengkaum lelaki tu balik dari masjid, cadang nak ke kuburan. Tapi terpaksa ditangguhkan sebab ujan. Kompom la lecak! So, kitorang terus je balik ke Sungai Besar, kampung nenek sebelah Abah aku. Nenek ngan atuk aku pun dh xde dah. Kitorang balik tgk rumah je, peh tu ziarah sesedara kat situ.

Patutnya, malam raya ke dua tu aku balik rumah mertua. Abahnye berbesar hati pulak xnak balik malam raya kedua tu sebab kat rumah abah aku meriah dengan majlis bakar2 ikan! Pakcik (adik arwah mak) pun dah sampai time tu! Huh! Abahnye kalo dah jumpa pakcik........

Raya Ketiga baru la balik rumah mertua aku. Kitorang redah keluarga belah Abahnye pulak. Satu hari suntuk la asik makan jer..!

Raya tahun ni boleh dikatakan macam biasa-biasa je. Repeat ape yang dibuat tahun lepas jugak!

Tapi, subuh raya keempat, pukul 3.30 pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada makngah (adik ipar abah). Katanya ”La, jangan terkejut. Angah nak bagitau, Angah Imas (Adik abah aku) dengan Angah Jamal accident kat Bentong. Dua-dua meninggal kat sana......”

ALLAH......

Raya keempat kami sambut dengan kesedihan. Pagi2 aku dah bersiap dan balik ke Sungai Besar. Kami terpaksa menunggu sampai ke petang barulah jenazah sampai. Sayu hati aku bila kedua-dua jenazah terbujur di dalam surau masa nak disembahyangkan. Kami diberi peluang yang singkat untuk melihat wajah kedua-duanya buat kali terakhir sebab nak dikebumikan segera.

Kedua-duanya nampak tenang, walaupun banyak kesan jahitan pada muka.

Aku ikut sama masa jenazah nak dikebumikan. Syahdu rasanya, bila pasangan yang sentiasa berdua dan bersama ke mana2 dikebumikan dalam satu liang.

SEMOGA ROH KEDUA-DUANYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DALAM GOLONGAN ORANG YANG BERIMAN. AMIN.....

Anak arwah yang ada sama masa kejadian ditempatkan di ICU Hospital Bentong. Takde kecederaan serius. Cuma dia pengsan masa kejadian. Saat yang paling saspen ialah masa dia dibawa balik dari hospital. Kami semua berpakat xnak bagitau dia dulu. Jadi masa majlis tahlil malam esoknya, masa dia sampai, semua tutup mulut. Dia nampak binggung. Mungkin sebab ubat tahan sakit yang masih berfungsi dalam badan dia buatkan dia nampak sedikit khayal.





(Gambar terakhir kami dengan arwah. Yang tersenyum lebar pakai sampin petak2 tu arwah Angah Jamal dan yang bertudung pink kat depan aku tu arwah Angah Imas)



*Tak mampu nak teruskan malam ni...esok2 aku sambung lagi! Kalo dah lepas syawal pun xpe la yer...!

Friday, October 8, 2010

BERSAWANG DAH BLOG AKU NI....

Takpe la...try bersihkan sikit-sikit.

Aku bz sejak sebelum puasa ari tu. Lagipun, payah benor nak online kat kawasan baru ni. Ntah ape silapnye. Mungkin jugak sebab lappy aku yg dah uzur ni, sbb budak celcom tu kata, kalo diikut kan, coverage kt sini kira bagus la!

Tapi jangan harap la aku nak beli lappy baru!



**Meh tolong aku cuci blog yer.

Sunday, July 25, 2010

MATAKU MASIH CELIK

Dah dekat pukul 5 pagi. Mata tak mau pejam...jenuh dah aku try.

Puncanya:

1. Abahnye xde. Gi Thailand.

2. Terjaga masa pukul 2.45 pagi tadi sebab terdengar bunyi macam pagar kene bukak.

Hadoih! Tensen la macam ni..!

*Mujur esok sunday.

Saturday, June 12, 2010

PUISI 'SAYA SEDANG SASPEN'

Puisi ini bertajuk 'Saya Sedang Saspen'.

Saya ciptakan secara sponton kerana apa yang saya tuliskan adalah apa yg sedang saya rasa sekarang ini.....semoga tuan-tuan dapat menghayati puisi saya ini. (sila baca dengan intonasi puisi)

Saya sedang saspen.....

Saspen kerana memikirkan bajet yang tidak cukup-cukup untuk merenobet rumah itu...

Lantas saya laksanakan sekadar yang termampu sahaja...kerana...bajet tidak cukup.....

Saya sedang saspen....

Saspen kerana masih belum selesai berkemas....walaupun telah hampir seminggu saya mula mengemas....

Saya sedang saspen....

Bolehkah saya membiasakan diri di kawasan baru itu....

Jiran-jiran saya....persekitarannya....

Saya sedang saspen....

Adakah line celcom broadband yang saya gunakan dapat berfungsi disana....

Masih bolehkah saya ber'blogging'...masih bolehkah saya berfesbuk....?

Oh! Tak dapat saya bayangkan....jika celcom tiada 'kaberej' di sana nanti....

Saya sedang saspen...

dan semakin saspen tatkala Abahnya dengan selamba berkata "next saturday, abg kene gi kedah".....

OH! ingin rasanya saya tangguhkan perpindahan bila mendengar ungkapan itu. namun... mampukah saya bayar 2 buah rumah lagi untuk bulan ini?
Tak mungkin tuan rumah kedaung saya ini mebiarkan saya tinggal secara percuma untuk bulan ni?


Oh! Oh! Oh!

Sesungguhnya saya amat saspen....

Segalanya kerana.....

Saya sedang saspen....

Kerana ESOK saya akan berpindah ke rumah baru saya itu....(tetap nak statement rumah baru saya walaupun baru 2bulan bayau kt bank....ada lagi 29 tahun 10bulan nak kene settle)


*Argh! Saspennyer!

Tuesday, June 8, 2010

GO GENTING! sebuah nukilan lapuk


Akibat di'offer' dan di'sponser' dek seorang sahabat, aku yg sblm ni xde cecita nak menjenguk Genting Highland tu terus jek menjadi org yg paling teruja n xcited!

Khamis, 27hb Mei, selepas tertipu ngan janji seorang melayu, akhirnya, lebih kurang pukul 9.30 pagi (ikut janji asal pukul 8.00 pagi) barulah kitorang gerak dari Shah Alam. Berbekalkan naget, kebab ala gaban, nasik lemak & jajan, kitorang berenti rehat kat R&R Genting Sempah (ntah betul ntah idak aku ngejanyer...)




Selepas mencekik lebih kurang, perjalanan mendaki kitorang teruskan. Akibatnya, kitorang sampai kat puncak dah dekat2 tengahari. Tiket yang di'offer'kan ialah tiket outdoor je... jadi lah!


Lepas beratur ngambik tiket...kitorang pun ENJOY!

Tu dia org yg berwajib ngambik tiket pd hari tersebut!


Layan gambo la ye....



Aku yg bertanggungjawab jaga bebudak naik kuda pusing-pusing nih! Best gak!

Korang jgn salah anggap lak ye...mendokloh tu mmg blom start jalan lagik. Bukan sebab berat aku dia dok kt bwh tu!




Mendokloh ni paling kelakar n best la aku rasa!

Sampai terpusing2 kepala Khadijah!

Ape la Gaban....!

Aku nampak besor sbb Kak Ina kecik! Wek! Wek!

Mama teddy with little teddy!

Becinta la tu...!


Menjelang petang, hujan plak....alalala.....! Kitorang kengkononnye nak la beli tiket indoor plak...tetapi....terasa rugi bebenor lak sebab time tu dah dekat pukul 5 petang. Maknanye, buang karan je la. Berapa minit benor yg boleh kitorg enjoy kt indoor tu! So, Kensel je.

Hujan tak lama....kitorang teruskan berlegar-legar kat luar tu lepas hujan berenti. Sejuk jangan cerita la...! Mujur lemak aku tebal!


Sambil berlegar2 tu, aku dan abahnye meneruskan misi memburu beruang. Selepas berusaha dengan gigih dan berulang alik menukar token....akhirnya, berjaya gak aku mendapatkan sekor beruang putih untuk Kak Esah! Yahooo! Yeeeaaahaaa!


Eh! Beruang tu utk Kak Esah ke utk Abahnye?

Benornye, aku dah naik fed up dah time tu....sampai aku kata kat budak yg jaga tempat baling-baling tu cam ni...."dik...ko jual je la sekor beruang tu kat akak! Dah naik sakit dah ati akak ni!" dan dengan simplenye budak tu jawab..."tak bley la kak...".

Eleh! blagak betoi! Macam la aku tak pandai baling! Huh!




Gaban's Family!

Ha...yang ni masa masuk tempat cekelat tu. Aku tergoda nak masuk sini sbb sblm ni aku ada tgk gambar kt fesbuk Dalila. Best gak. Banyak2 bende yg menarik kat situ, aku paling tertarik ngan cekelat pedas tu.....abih meleleh ayor mata anak buah aku kene sakat ngan cekelat! Haha! Padan muka dorg. Pantang dengor cekelat.....mau ajer!

Peh tu dah nak malam dah....kitorang pakat blah je la! Kang lewat2 sangat leceh lak nak turun bukit tu!

Satu hari kitorg bergumbira...! sesambil ngabihkan duit yg memang ade sikit je pun.

Thank you to Kak Ina, Abang Farouk n family sebab sudi taja kitorang...sayang u all lah!

*Seronok lak tgk anak2 happy main kat sana. lain kalibleh la bwk dorg lagi!

Thursday, May 13, 2010

BUAH TANGAN DARI MELAKA

Kaedahnye...buah tangan tersebut bukanlah untuk aku. Tapi untuk Kak Esah dan Khadijah.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Ina ngan Abang Farouk kerana tak lupa beli buah tgn utk anak2 aku. Kiut la baju2 tu... (walaupun aku sedey sebab xde buah tgn utk aku!). Mujur juga makcik dari Pahang itu ade bwk buah tgn utk aku. Sesungguhnya buah mangga itu amat mengubat luka di hati aku ni... I luv u lah Makcik...!

Kepada Kak Ina ngan Abg Farouk, jgn la segan2 utk beli buah tgn lagi yer....

Dan aku jugak cdgkan korang selalu2 lah pergi bercuti tapi pastikan setiap kali korg balik ade je habuan utk aku sefamily! Ahaks!

Por yor inpomesen.....Kak Esah ngan Khadijah suka baju yg korang belikan tu.....Sampai je kat rumah, dorg terus try pakai n posing! posing!








*Genting...tunggu kitorang datang!!!










Tuesday, May 11, 2010

LEMPENG ALA MAK NORMI

.....bukan alamak! normi yer....



Lempeng ini adalah inspirasi daripada mak Pn Normi sahabat aku tu.



Masa dok se'asrama' dengan si Normi ni, aku paling suka kalau mak dia datang. Mesti ada lempeng punyer! Macam biasa la...kalo dia tak pelawa aku pun, aku redah jer! Tapi aku yakin nyer...si Normi mesti halalkan jer aku bedal lempeng mak dia tu...! Kalau belom, aku mengambil kesempatan ini mohon si Normi ngan maknye, Halalkan la yer....!



Korang tak tau lempeng mak Normi punya penangan! Pergh! Meleleh!

Lempeng yang lembut, ditenyeh lak dgn sambal ikan bilis pedas yang full ngan cili api! Pergh! Meleleh! Ayor mata, ayor liyor, ayor idung....semua meleleh!

Lepas abis ekolah tekak aku still nk pekena gak lempeng cenggitu! Alhamdulillah! berjaya gak la! Tapi tak se'original' yang asal la kan...

Ni contoh lempeng yang aku buat berinspirasikan lempeng mak Normi.




Kene ngan kopi o panas....pepagi minggu...

....memang PERGH! lah....


*Arwah mak aku punya peberet, lempeng kelapa cicah ngan ikan masin. Tapi dh lama tak buat sebab meleleh ayor mata! Hu.....rindu mak!

Wednesday, May 5, 2010

Emak...Emak...

Entah la ngape aku asik emo jer sejak akhir2 ni...! Lebih2 lagi bila menyentuh bab emak-emak.

Sehinggakan bila Kak Esah yang hanya berusia 3 thn setengah itu kata yang dia sayangkan Abahnye, bukan Mamanye...aku jadi sayu sangat. Sentap sangat! Kecewa sangat!

Mungkin jugak disebabkan aura hari ibu kot! Iskh! melampau tol pemikiran aku!

Tapi juga....sepanjang hari2 emo aku ni, semakin banyak pulak kepiluan emak2 yg aku saksikan dan membawa aku untuk berfikir....(jgn keliru kalau ayat gaban agak emo...layan jer emo gaban!)

Aku respek arwah mak aku. Sebagai emak la kan.....yang penat bercinta dengan abah aku, berhabis duit untuk bernikah, mengandungkan aku (aku dok dlm perut dekat 12 bulan. overdue), melahirkan aku, membesarkan aku, memberi aku ilmu, menyayangi aku, memberi sokongan kepada aku......

.....yang tak kurang juga hebatnya, bila dia berhempas pulas memastikan masjlis pernikahan dan perkahwinan aku gemilang. Betapa dia rela berpenat dan berhabis wang ringgit (sbb aku tau, bukan byk sgt pun duit yg aku bagi kt mak aku untuk majlis tu). Sedangkan, emak aku sedia maklum yang majlis itu juga merupakan majlis penyerahan aku pada suami aku. Yang mana, kuasa mutlaknya terhadap aku akan beralih tgn kepada suami aku pulak! Sedangkan juga, adakah dia benar2 pasti yang anaknye ini takkan lupakan dia selepas bersuami! Yang aku tau, mak aku tetap nak aku nampak hebat pada hari tu....!

*
*
*

Ada beberapa kisah emak-emak yang nak aku kongsikan disini....selain kisah aku dan mak aku.

Emak #1 terlalu sayangkan anaknye. Namun, selalu juga memarahi sekiranya anaknye buat silap. Tapi atas dasar kasih seorang emak....marahnye tidak lama! seburuk dan sejahat mana anaknye, emak itu tetap memberi sokongan pada anaknye! Nasib anaknye tetap dibela. Walaupun kadang2 kesilapan yang dilakukan anaknye jelas nyata, emak itu masih cuba menafikannya. Mungkin si emak masih menyimpan harapan yang anaknye akan berubah suatu hari nanti! Namun, Emak #1 itu mungkin lupa yang masih ada beberapa perkara yang perlu dia ambil kira. Kewajaran tindakan anaknye, kewajaran si emak membela, pandangan org lain, mungkin juga ahli keluarga yang lain! Si emak #1 pastinya masih binggung!

Emak #2 adalah seorang emak yang nampak sungguh bahagia. Punya anak yang elok perilakunya. Malah, dia punya keluarga yang bahagia! Tapi, satu hari si emak #2 berbohong tentang anaknya! Bohong itu bukan bohong yang memburuk2kan anaknya. Malah bohong itu utk menjaga kesejahteraan anaknya! Menjaga nama baik anaknya! Si emak #2 ini, tidak tahukah yang berbohong itu satu dosa? Yang pastinya, emak #2 masih lagi binggung!

*
*
*

Kesamaan yang aku nampak pada si Emak #1 dan Emak #2 ialah diorg ni terlalu sayangkan anak mereka. Tak mau anak mereka dipandang rendah/hina/salah atau segala yang buruk!

Betapa mulianya Emak-emak itu!

Betapa beruntungnya menjadi anak...Tapi si emak-emak masih fikir betapa beruntungnya ada anak!

*
*
*
Aku pulak, walaupun dh hampir 4 tahun menjadi emak...aku masih belum betul2 memahami hati seorang emak!
Sehingga detik ini aku masih berharap agar aku telah melakukan yang terbaik untuk emak aku!
Aku bukan seorang yg bagus, tapi masih berhak berkongsi nasihat....
.......Bagi yang masih punya emak....hargailah!

*Aku juga terpikir yang tak mustahil satu hari nanti aku jugak akan jadi seperti emak2 itu. Namun aku juga takkan berhenti mendoakan kesejahteraan anak-anak aku!

SAYA SUKA MAKAN....

...Mc Muffin with Egg di Mc Donald.

Tapi pagi semalam saya betul2 kecewa. Saya ke Mc D Kompleks PKNS Shah Alam. Kak Esah nak makan bubur. Saya mengalu-alukan keinginan Kak Esah kerana ketika itu jam menujukkan pukul 10 ++ pagi. Jadi, masih ada masa untuk saya santap breakfast kegemaran saya itu.

Dengan sepenuh jiwa saya meng'oder' week days special 2 set (satu set utk Kak Esah sebab saya takmau dia ganggu set saya) + bubur kecik satu. Lalu mencari tempat duduk dan bersedia untuk bergembira.

Sekali gigit...waa....nikmatnya! Tapi tiba-tiba terperasan, uih! terlupa amik straw utk ice milo Kak Esah. Lalu saya berpesan pada Kak Esah : Dok diam2 kat sini ye. mkn elok2. mama nak pegi amik straw!

Selepas straw dicapai teringat pulak pada tisu. Dlm dulang tadi hanya dibekalkan 2 keping tisu yang nipis, yang mana, satu daripadanya telah saya gunakan. Lalu, saya singgah dihujung kaunter sambil memerhati kot2 ada pekerja yg tidak melayan pelanggan dan sudi melayan saya yang nk mintak tisu ini.

Saya ternampak sorang pekerja yang nampaknye kurang bz lalu berkata "Dik buleh bagi akak tisu skit?". dan saya menunggu beberapa ketika. Oh! rupanya dia tersangat bz. Kalau tidak masakan dia hanya memandang saya dan terus berlalu. Saya tak terus menyalahkan dia. Mungkin dia kurang dengar. Lalu kepada seorang lagi pekerja saya usulkan perkara yang sama. Minta tisu! Dan selepas beberapa ketika baru saya perasan dan merasa terharu dengan pihak syarikat makanan segera tersebut kerana berusaha untuk memartabatkan dan sudi mengambil OKU sebagai kakitangan mereka. Rupa2nya mereka2 itu pekak. Kalau tidak masakan dengan jarak yang sebegitu dekat mereka boleh mengendahkan permintaan saya!

Setelah cubaan kedua saya gagal dan memahami situasi pekerja2 di situ, saya mengambil keputusan untuk mempertingkatkan volume suara saya. Tak salah rasanya saya korbankan suara utk pekerja2 OKU itu.

Lalu...." Takde ke sesapa yang boleh bagi aku tisu ni? dah berapa lama aku tercongok kat sini, sorang pun tak boleh nak bagi aku tisu ke?". Jerit saya.

Ha....Secara otomatik, pekerja di kaunter sebelah tempat saya berdiri menyerahkan tisu kepada saya! Maka Kompomlah mereka pekak! Nak kena jerit kuat sikit br mereka dengar!

Saya terus kembali ke meja utk berseronok kembali dengan mc muffin saya. Auuummm...! Segigit lagi masuk ke dalam mulut saya. Tapi kali ini saya tidak seronok! saya korek kembali apa yg ada dlm mulut dan dapati ianya ialah serpihan kulit telur. Saya try utk berfikiran positif. Asingkan kulit telur dan terus untuk berseronok lagi.

Auuuummmmm! Dan kali ini saya bukan sahaja tidak seronok. Malah saya rasa bengkak hati. Skali lagi saya jumpa kulit telur! Kali ini saya luahkan terus ke dalam dulang dan bawa terus ke kaunter! Saya panggil sorg pekerja yang uniformnya kelihatan berwarna lain dari org lain. Saya jangkakan pangkatnya lebih besar. Lalu saya perlihatkan beliau pada luahan saya dalam dulang tadi. Beliau melihat dan melihat......lalu berkata..mintak mahapyer kak. Jadi...akak nak kami gantikan yang baru ke?

Saya berasa tensen. Bukan ke patutnya dia pujuk hati saya ni tanpa tanya begitu. Mungkin kalau dia menggunakan ayat yang menjurus kepada meng 'offer', saya tidak sakit hati sehingga sekarang!

Dengan hati yang menyampah terhadap tempat dan pekerja2 tempat itu yg sungguh hampeh itu, saya kata...Tak payah la susah2 dik...akak pun dh takde selera nak makan kat tempat korg ni...! tapaukan jer ayor ngan bubur tu utk anak aku!

Pekerja itu berlalu dan menapau benda2 yg aku suruh tu...serahkan pada aku then cakap sori yer kak......

thats all...then blah!

Setelah panjang lebar saya menaip, saya amat berharap sekiranya ada la org2 yg berada di pihak atasan restoran tersebut yg terbaca 'taip'an saya ini supaya mendidik kakitangan korang tu yer...!

Oh ye! Dalam perjalanan saya ke destinasi seterusnya, Kak Esah minta untuk makan semula baki buburnya. Lalu saya bukakan penutup bekas bubur dan mencari sudu. Skali lagi saya rasa macam nk berpatah semula ke tempat hampeh itu bila pekerja hampeh yang meminta mahap kepada saya tadi tidak bekalkan sudu utk bubur Kak Esah! tapi bila difikirkan balik, tak guna saya berpatah balik. Buang minyak sahaja sedangkan mereka2 itu belum tentu akan berubah sekalipun dimaki!


*Masih kecewa.....!

Saturday, May 1, 2010

LAGUKU...

Punya la lama aku jadi Gaban, baru ari ni aku dapat tengok muka penyanyi asal yang dok sibuk menjerit2 memanggil namaku...ahaks!

Aku memang suka lagu ni. Bersemangat. Walaupun aku tak tau pun ape maksudnya tapi aku agak dia puji aku la tu....ahaks!

Enjor the song lah yer....sesambil mengenang zaman muda-muda dulu! Ahaks!

Ha...kan dia puji aku tu...ahaks!

*Korang suka Gaban tak?

Tuesday, April 27, 2010

KISAH KAK ESAH RONGHAK.....

Entry terlambat ini mengisahkan seorang budak bernama Kak Esah yang bergigi ronghak tetapi dalam sekelip mata telah menjadi Kak Esah Jonggang....

Kisahnya bermula disuatu pagi apabila mama kepada Kak Esah perasan sesuatu perubahan yang pelik pada kontur wajah Kak Esah. Ketika itu, Kak Esah baru sahaja menggeliat bangun dari tidor.
Lantas dengan saspennyer, mamanye itu memeriksa bahagian yang nampak serba tak kena itu. "Eh! kenapa Kak Esah Jonggang pulak nih!', jerit mamanye, terkejut. Setelah beberapa ketika menenangkan perasaan sendiri, mamanye pun menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap mulut Kak Esah.
Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati, gusi hadapan Kak Esah telah membengkak dan kelihatan seperti mengandungi nanah. Wajahnya kala itu tidak ubah seperti Halimah jonggang yang banyak menimbulkan kontroversi itu! Bermula saat itu,beliau telah menghasut Kak Esah untuk berjumpa dengan doktor gigi. Berbagai janji palsu dan kata2 manis beliau taburkan sehinggalah kata sepakat dibuat.
PETANG ITU JUGA KAK ESAH DIBAWA KE KLINIK GIGI
Turut hadir pd petang yg indah itu ialah En. Asan selaku Abahnye yang turut berperanan sebagai ubat penenang kepada Kak Esah. Manakala Cik Khadijah pula sebagai pom pom girl..

Setelah beberapa ketika menunggu giliran, maka, saat yang dinanti2kan pun tiba. Kak Esah dibaringkan dan Puan doktor pun mula memeriksan. Sah lah! Gusi Kak Esah Ronghak telah bernanah. Doktor pun menyapukan ubat 'pengebas' dibahagian yang terlibat. Setelah itu, Sebatang jarum halus ditusukkan ke bahagian gigi Kak Esah yang sememangnya dah takde rupa gigi itu.
GEDEGUNG! GEDEGANG! GEDEGUNG! GEDEGANG!


Akhirnya, doktor berjaya gak mengeluarkan nanah tersebut. Sepanjang tempoh tersebut, Kak Esah sedikit gelisah. Beliau menangis. Tetapi tidak lah terlalu kuat. Masih boleh dikontrol oleh Abahnye.
Selesai kerja-kerja pembersihan, Puan Doktor tersebut menghasut Mamanye dan Abahnye supaya membawa Kak Esah untuk membuang giginye yang dah tinggal tunggul itu, setelah Kak Esah berkeyakinan semula. Insyaallah....

Beberapa jam kemudian, Kak Esah sudah tidak jonggang lagi....tetapi Kak Esah masih..........


........RONGHAK lagi....!




* Haha..meleleh ayor idung korang baca entry nih...panjang kan! KAK ESAH IS A GUD GIRL!


Saturday, April 24, 2010

BERURUT

Kalau anak-anak demam, biasanya aku tak terus bawa ke klinik. Bergantung pada keadaan la. Biasanya kalau masih ada ubat yang tersimpan dalam peti ais tu dan masih layak digunakan lagi, aku bagi je makan ubat dulu. Kalau tak kebah jugak, baru aku bawak ke klinik.

Aku jugak kurang membiasakan anak2 aku dengan ubat. Kalau boleh aku nak dorg lawan dengan antibodi sendiri dulu. Taknak la asik bergantung dengan ubat jek!

Salah satu ikhtiar aku ialah bawa anak2 aku pergi berurut. Sebenornye, lebih kepada ikhtiar abahnye (sebagai seorang Jawa tegar).

Maklum aje, bebudak ni lasak. Berkejor sini sana. Tetonggeng sini sana. Kalau Kak Esah buleh la dia jelaskan kat mana bahagian yang sakit. Kalau si Khadijah pulak.....nangis je la!

Aku ni pulak takdenye la asik nak tengok je anak2 tu. Kengkadang kot diorang terjatuh kat mana2 ke, mana aku perasan. Tetiba je dah demam....

Biasanya, kalo jadi kes2 macam ni, aku bawak anak2 aku berurut kat rumah Kak Sitah, kat Seksyen 7 nun. Kak Sitah ni memang tukang urut. Jadualnye pun penuh manjang! Kalo kitorang nak guna khidmat dia, kitorang call awal2. Set masa yang dia free. Kalo tidak, sesia je la manjat tangga sampai tingkat 3 tapi dia xde kat rumah.

Berikut ialah gambar2 org yg menjerit2 kene urut.

Budak Khadijah ni menjerit start memula kene urut sampai la siap!

Hambik kau....terjerit2 dia...!


Kak Esah plak lebih 'cool'. Mungkin sbb dia dh 'dewasa' kot!

Tengok la....releks jer..!

Masa lepas lahirkan Khadijah, Kak Sitah ni la yang ngurut aku. 3 pagi berturut2. Skali ngan mandikan baby! Best woooo!

Kiranya Kak sitah ni aku dh lantik jadi tukang urut family la....ahaks!


* Korang....suka berurut?

Thursday, April 22, 2010

SETAHUN SUDAH BERLALU....


Maka hari ini genaplah setahun umur cik Nur Khadijah Dafinah.


Selamat hari lahir bucuk mama...


Semoga dilimpahi rezeki dan kesihatan...


Semoga dikurniakan kecerdasan akal dan fikiran...


Semoga menjadi anak yang solehah...


Semoga...semoga...semoga segala yang baik sahaja untuk
Nur Khadijah Dafinah!

*Benornyer nk buat spesial entry untuk Khadijah. Tapi tak sempat lak...insyaallah akan di 'publish' sedikit masa lagi. Ahaks!

**Tensen! Abahnye takde setiap kali tarikh penting...! Huh!

Tuesday, April 13, 2010

KETAM NIPAH


Apehal lak ngan ketam nipah? Baca pelan-pelan....


Dah lebih seminggu Kak Esah n Khadijah demam. Hari ketiga dorg demam aku terus bawak ke klinik kerajaan kat Seksyen 7 tu. Dah memang style aku macam tu. Biasanya dorg ni kalo demam, kasik makan ubat, peh tu dah ok dah. So, bila dah demam 3 hari tak baik-baik gak...memang kompom la aku bawak ke klinik gomen.


Nape klinik gomen?


Ada beberapa sebab yang memang menjadi penyebab aku pilih klinik gomen walaupun mesti ramai antara korang yang tak selesa dgn perkhidmatan dorg nih!


Sebab utama, bayor seringgit dah buleh dapat rawatan..(kedekut kan gaban...!). Bukan kedekut...tapi aku dah agak dah, kalo demam style gitu, mesti kena amik darah. Kalo nak gi klinik swasta yg biasa2 tu, lambat dapat resultnya. Kalo nak cepat jugak, kene gi hospital swasta. yang tu memang la laju!


Pulak tu, kene datang byk kali selagi result darah tak memuaskan. Hmmm...kalo ke hospital swasta...erm...!


Lagipun, sebagai pembayar cukai...kita kene kedekut gak. Daripada cukai yang kita bayar tu disalurkan kepada warga asing, baik kita je yg guna khidmat yang kerajaan dah sediakan untuk kita.


Tak salah kalau memilih untuk mendapat layanan istimewa di hospital swasta, tapi bagi aku...sesungguhnya, aku kurang berkemampuan!

Tapi...kat hospital gomen ni pun aku rasa dapat layanan istimewa gak tau. Ye la...walaupun agak lambat servisnye, tapi anak2 aku diperiksa satu persatu! means...dorg amik berat gak la! Ala....takat muka nurse yang ketat2 tu bese la....asal kita tau bawak diri, ok jer...!


***

Ok...lepas dapat result darah, Kak Esah dan Khadijah di saspek dijangkiti denggi sebab bacaan platelet darah dorg turun.

So, sebagai orang yang berpengalaman (kene denggi) aku dan abahnye sedaya upaya mencari ketam nipah. Kata orang, penawar denggi ialah sup ketam nipah. Berpusing-pusing kitorang mencari. Tak jugak jumpa!

Akhirnya, ketam bunga jadi pilihan...! Tak kisah la...Janji ketam! Banyak gak la yang aku paksa Kak Esah n Khadijah telan!


Macam-macam petua yang kengkawan kongsikan di fesbuk aku guna. Jelly gamat la....air tambah seratus la...bebuahan berkaler merah la...


Tapi...pepaham je la...bebudak kalo dah demam, tekak pon dah pahit. Mana la maunye dorg menelan bende2 tu semua!


Tapi aku tetap tak putus asa mencarik ketam nipah tu...! Habih la kengkaum aku kat kampung pun aku kerah mencarinyer!

Dan akhirnya.....pada hari Isnin, lebih kurang pukul 9 malam, 3 ekor ketam nipah jatuh ke tangan aku!


HAHAHAHA!


Abah aku yang mintak sepupunya, acik Musa gi carikkan kat kampung dan atas khidmat Yop aku pulak, ketam nipah tu selamat sampai kat Shah Alam nih!

Punya la panjang perjalanan ketam2 tu!


Ketam-ketam tu masih hidup tau, masa aku naip ni pun dorg idup lagi. Aku masak sekor jer...esok masak sekor lagik!


Ade sesapa yang tak kenal ketam nipah? Ni la rupenyer...


Budak kecik ni memang tak makan saman. Semua benda nak dipegangnye!


***

Pada hari aku naip entry ni, Khadijah dh ok dah. Doktor pun kata tak perlu amik darah dia lagik! Tapi Kak Esah still kene datang esok. Amik darah lagi. Walaupun platelet darah Kak Esah dah naik tapi doktor masih belum puas hati...! Ha...kan dorg amik berat tu! Ahaks.....!

Harap2 esok darah Kak Esah dah ok sepenuhnya! Sian aku tengok tangan dia yang dah berlubang2 tu. Walaupun Kak Esah dah tak nangis (siap cakap kt doktor tu "cucuk la...amik la..."), tapi aku tetap sian gak kat dia!

Cak!




"pis!"


*Kepada kengkawan, terima kasih kerana mendoakan kesihatan anak2 aku. Trima kasih gak sebab sudi berkongsi pengalaman dan petua yang sangat berguna...iloveuall lah!

Aaa....HAH...!

Benarnye...lama dah nak tukar kulit. Tapi tak jugak berjaya! Akhir nya, ari nih berjaya gak aku.

Nape pilih kulit gaya camni. Ntoh ler...tetiba jer menjiwai lak watak awek kurus cun kat tepi tu...!

Hehe...mungkin bley dijadikan inspirasi kot. Mana tau....kot-kot bley dapat bentuk tubuh 'beralun' camtu plak...HAHA! Mungkinkah? Kalo yer pun bley dapat...maunyer kene 10-20 tahun lagik kot...!

wan mor ting....Akak gaban ni kan tengah dok promosi hasil tangan skrg ni kan....HAARUUSSS! la ade gambor makanan skit!



*he....kulit akak yang baru ni akan kekal sehingga la akak jemu atau mungkin jugak akak dh lawa lebih dari awek kt atas tu...! tak kuasa mak, nyah!

Thursday, April 8, 2010

MISI PERTAMA...

Aku sibuk sikit ujung minggu lepas.

Ada rezeki masuk skit. Aku dapat order untuk sediakan hidangan makan malam (dinner kolej)untuk 75 org student kat Kolej Kenanga 2, UitM Shah Alam. Ni kira 1st job aku la. Biasanya dorg order untuk makan hari2 je!

Terharu tol aku bila bebudak nih bagi kepercayaan kat aku! Ahaks!

Menu yang dorg mintak simple jer...nasi goreng cina, ayam goreng berempah, sosej, sirap limau ngan tembikai. Atas dasar perikemanusiaan, aku kasik xtra free sup sayur sbb aku takut dorg tercekik! ye la...menu yg dorg oder tu xde kuah. Takkan nak siram siram limau dalam pinggan kot! Bebudak ni pun...kalo yer pun nak bajet, patut2 la...!

Aku start perap ayam dalam pukul 11 pagi. Tq kat Pak Ngah aku yang sudi kongsi resepi dan petua buat ayam berempah!

Setelah gedegang gedegung dapur aku kerjakan (dengan bantuan kakak aku), maka setel la kerja2 memasak.

Walaupun agak lewat sikit daripada time yang dijanjikan, aku berjaya gak ngantor makanan2 tu ke Kolej Kenanga 2.

Berdasarkan feedback yg aku dapatkan daripada informer merangkap pegawai pemasaran yg aku lantik khas kt kolej tu, Cik Yan, semua tetamu berpuas hati dan KENYANG!

Alhamdullillah. Adik2 jangan segan2 nak order lagik yek!

*Huh! Penat! Tapi puas hati...!

Sunday, April 4, 2010

MACAM2 RASE

Ari tu sedih....

Semalam happy....

Pagi tadi exited....

Malam ni, jiwa kacau....


*............

Monday, March 29, 2010

MARI POSING-POSING

And also 'pusing-pusing' la....

Ahad lepas ialah hari untuk jalan-jalan. Memang la sefamily but not with the Abahnye la...he still at Kluang, Johor. Why? Erm....Do u know 'bout 'Keluang Man'? Abahnye is doing his part time job as a Keluang man la...! Huh! (tak puas hati).

So, Ahli rombongan kitorang semalam ialah aku, Kak Esah, Khadijah, Kakak Aku, Aidil (anak kakak aku) dan Kak Imah (jiran merangkap pengasuh Khadijah).

Pengemaraan kitorang bermula lebih kurang pukul 12 tgh. Memula, gi amik anak buah aku si Kakak kt Asrama Yayasan, Klang. Peh tu kitorang gi Jusco Bukit Tinggi. Saje nak cuci2 mata.Ye ke cuci mata? Hampeh! sambar gak baju 2 helai...!

Dah jalan-jalan n makan-makan...kitorang kluar dari Jusco dalam pukul 5 ptg...! Peh tu antar anak sedara aku tu balik asrama pulak!

Balik? Jangan harap la..

Kitorang gi Tesco Xtra Shah Alam lak. Sebenarnya, aku br teringat yg smlm adalah hari terakhir utk join pertandingan gambar bebudak comey. Saje nk cuba nasib. Syaratnya pun simple. Beli barang minimum RM50 dlm satu resit, layak utk amik gambar secara percuma. Tapi gambar tu kita tak dapat la...utk join pertandingan tu jer...Baju lak kena sewa. RM 10 sepasang.

Apek yg amik gambar tu memang cerdik. Semahu-mahunye dia suruh anak-anak aku posing. Akibatnye...bila dah tengok hasil posing2 anak2 aku tu...tergoda gak la aku nak amik pakej dorang. Memula nak amik gambar 8 keping jer, RM 68. Aku mintak cd dia kata kena cas ikut pakej lain lak...Ejas punya ejas...last skali aku decided utk amik pakej cd je. Semua gambar yg dorg snap, 30 keping lebihla...save dlm cd...RM 118.00. Ejas2 lagik...dia sudi untuk tidak mengecas kadar sewa baju! haha!

Meh tengok pics yg di snap smlm yer...!





(askar jepun ni terus taknak amik gambar lepas mak dia suruh dia senyum betul2. ni je la sekeping gambar dia yg dapat diambil. Dia ni la Aidil!)

Punyala banyak kitorang shopping semalam. Penuh bonet kereta aku! Tapi barang2 dapur je la...kitorang tak beli brg2 mengarut2. Maklum la...isteri2 yang menjaga poket suami!

Dek kerana ramai sangat yg Q utk amik gambar, akhirnya semua selesai dalam pukul 8 lebih.

Huhu...badan pun dah letih! Apa lagi? Balik la...!



*Enjoy!

Thursday, March 25, 2010

ELEPHANT vs FUMAKILLA

Ada satu cerita...


Sorang nenek temankan cucunya ulangkaji, buat keje rumah. Baca buku....buku tentang haiwan.


Satu demi satu nama haiwan di sebut dek si cucu. Ada jugak soalan suai padan tu. Ala...contohnya, cat, kena la buat anak panah ke gambar kucing kan....?


Tibalah pulak giliran encik gajah. Si cucu pun sebut...ELEPHANT....GAJAH! Dengan semangat si cucu menyebutnya sambil tangannya sibuk buat anak panah ke gambor gajah...


Tetiba si nenek marah!


"Hei...salah la...!"


"Betul la....elephant gajah".

"Salah la....gajah bukan elephant!". Si nenek tetap tak puas hati...

"Betul...Elephant = gajah!" Si cucu pun tak nak kalah...

"Ish, budak ni....gajah kan FUMAKILLA. Cuba ko tengok kat kotak ubat nyamuk tu....!".


* Erm......rindu kat si nenek yang itu....! (cerita di atas diadaptasi dari kisah benar, namun telah di olah sedikit untuk disesuaikan dengan keadaan semasa...boley gitu?)

JANGAN CAKAP TIPU...

Dalam satu situasi Kak Esah menyalahkan sepupunya Aidil. Dia kata Aidil yang menyebabkan (satu hal yang aku tak ingat mendenye) terjadi. Aku katakan pada Kak Esah..."tipu yer...jgn cakap tipu, berdosa. Allah marah...bla....bla...bla...".

Dalam satu situasi lain dirumah, Kak Esah berdalih pula. Sebagai mamanye, aku tetap terus mengingatkan "jangan cakap tipu-tipu....berdosa....". Kebetulan Abahnye turut ada di rumah. Lantas Kak Esah pun berkata "Abah, marah la mama tu...mama cakap tipu, abah!".

"Eh, mana ada mama cakap tipu..."

"Tu...mama cakap tipu lagi...Abah, mama cakap tipu lagi bah....marah la mama!"

Abahnye....senyum jer...!


* Apa maksud 'cakap tipu' yang Kak Esah faham? Erm...kena carik pendekatan lain nih...!

Saturday, March 20, 2010

AKU KE COLUMBIA

Hahaha....acah jer...

Aku pegi Columbia Asia (puchong) tadi. Abang aku masuk wad.

Kaki dia sakit. Kata doktor, cecair kt sendi dia dh kurang (bukan ke itu penyakit org tua2?). Juga kata doktor....sudah ada ciri2 gout! Aramak!

Kata abang aku, dia slalu sakit2 kat kaki. Tapi pada malam kejadian, sakitnya tak tertahan. Terus mintak tolong kawannya hantar ke hospital.

Alhamdulillah, nampaknye dh ok sikit. dh buleh jalan pun....

Kedatangan aku rasanya bukan setakat menziarah abg aku jer....malah...bikin huru hara....antaranya...


Si Khadijah yang terlalu obses dengan makanan. Ape yang di nampak sume nak dikunyah. Ni apple Pakngah pun kena sapu gak...usaha tu nak gigit apple guna gigi 4 batang dia. Bagus....bagus....nanti buleh membesar macam mama!


Meneruskan aktiviti seterusnya....makan kentang goreng lak....! "Pakngah tolong dok bawah yer...Khadijah nak test katil ni jap!".


"Mari porak perandakan katil pakngah!" bulehnyer diorang main2 kat atas katil tu...woit! sini hospital la....suka hati jer yer!

Aaaaa....letih dah. Balik dulu yer Pakngah...Jaga diri baik2! Taking Care! Get well soon!

Erm....Pakngah dah buleh lepak balik atas katil tu yer...!

Bye...uuuuummmmmuuuuaaaaaahhhh!!!!


* Abang aku kata sepital tu ok gak....makan ok.....sume ok...satu yang tak ok....nurse dia tak berapa cun! HUH! kalo dah jantan tu...jantan jugak!

Friday, March 19, 2010

KERANA 93 SEN...

....Aku terpaksa bayor RM 20.93....!


Arrgghhhh! Tensen.

Ini kali kedua. Memula dulu lagi la tensen. Terlebih 43 sen jer.

Walaupun aku berazam untuk tak payah bayor bil letrik...kene gak..!

Mungkin kalo takyah basuh baju bulan ni....aku tak kena bayor bil letrik kot bln depan! Ahaks!


* Ala...kira 'kaw tim' jer tak bleh ker?

DALILA vs MARLINA

Ni Dalila. Kawan aku sejak kat SMTK. Kiut. Suara serak2 basah.


(Sori dell,aku curik gambor ko kt fesbuk)

Yang ni pulak Marlina (yg aku tau itu la namanya). Sepupu Abahnye. Kami jarang jumpa. Kalau jumpa pun biasanya time raya dan majlis2 penting je.




Ntah ape sebabnye, aku rasa diorang berdua ni iras-iras. Tang mana? Aku pun tak tau.

Yang pastinya, tiap kali aku jumpa si Marlina tu kompom aku teringat kt Dalila.



* Ada sorang lagi...Afiq idola kecil 1 dulu pun aku tgk mcm Dalila....sebab kiut kot! Ape la Gaban.....

Thursday, March 18, 2010

NEW! KOTAK BARANG GABAN

Tajuk Barang : Kotak simpan barang (bleh ke boh nama camtu?)

Harga : RM 20.00 (satu)

Terdapat dalam 4 kaler seperti dalam gambar.

Kod : Boxmerah

Kod : Boxhijau

Kod : Boxhitam

Kod : Boxpurple

Box organizer ni ada 16 poket. Saiz nye 38 cm x 30 cm x 11 cm

Box ni sesuai untuk simpan barang macam tudung, shawl, underwear.....bla..bla..bla...ikut kreativiti korang la....

Ape barang beli tudung/underwear memahal tapi lepas tu simpan penyet-penyet. Dengan adanya box ni, bebarang korang akan tersimpan dengan lebih baik lagik (contohnyer..: tudung yg ada awning)! Nak carik pun tak susah. Bukak jer penutup box tu, dah buleh nampak...pilih dan pakai jer...! Jimat masa! Jimat tenaga! Kemas lak tu..!

Kalau tak nak pakai atau nak dibawa ke mana-mana boleh dilipat je macam ni....




Mudahkan....?

Ape lagi...cepat-cepat la oder...!

Call @ sms Gaban : 019-3685955
ataupun...kalau susah-susah sgt tinggal je pesanan kat ruangan 'comment' kat bawah ni yer....!


* Isk! Berbaloi-baloi!