Tuesday, June 30, 2009

TEMAN KESELESAAN

Lama dulu...pernah aku menonton satu slot dalam rancangan pompuan2 kat TV (tv ape ntah aku tak ingat). Tajuknya, Teman Keselesaan. Teman keselesaan menurut panel masa tu ialah benda2 yang sentiasa menjadi teman kepada kanak2 mahupun orang dewasa yang tak buleh nak buang tabiat diorang. Contoh yang paling simple....bantal busuk, kain lampin, teddy bear....biasanya benda2 tu akan sentiasa menemani diorang lebih2 lagi masa nak tido. Lagi teruk bila ada diantara diorang yang x boleh tido kalau benda2 tu tak ada bersama. Masa tu aku x ambil kisah sangat sebab belum kawin dan ada anak.

Menurut panel2 tu jugak...perkara tu normal....



Takde la aku risau sangat bila kau tengok pe'el anak-anak aku..


Kak Esah asalnya akan pegang puting pada botol susu yang kosong. Tapi lama-kelamaan, dia mula memisah-misahkan komponen2 pada sebiji botol susu setiap kali dia sedang menyusu. Dan yang terkini, dia cuma pegang putingnya aje.





Kadang-kadang dia letak kat telinga....



Paling kerap dia letak kat idung....



Puting yang menjadi "Teman Keselesaan" Kak Esah ni di panggil dengan nama "DUA" (walaupun kadang-kadang dia pegang lebih dari 3).





Khadijah pulak akan "menyonyot" puting kosong walaupun perutnya kenyang....atau selepas menyusu...dia tetap nak jugak puting kosong dia.


Khadijah tak kisah walupun piring puting tu tutup lubang hidung dia!


Terkini, Khadijah lebih suka "menyonyot" 2 batang jarinya seperti berikut :


Jom kita tengok aksi Khadijah...!

video





Seorang anak saudara aku pulak yang namanya Aidil, akan "menggentel" t-shirt yang ada print corak ka atasnya masa menyusu sampai tertidur.


Seorang lagi yang namanya Hakimi....akan menggentel adiknya Iman kalau dia nak tido...

Sebenarnya aku memang x galakkan anak-anak aku ada Teman Keselesaan ni. Takut melekat sampai diorang besar. Lagipun, kalau dibiarkan...akan timbul pulak masalah kalau salah satu daripada teman diorang tu tertinggal. Tapi nampaknya diorang tak selesa kalau x berteman. Jadi...aku pasrah je la..



*Kalau ada peluang aku akan pisahkan mereka!!!



Q: Ape pulak Teman Keselesaan anak-anak korang.....atau korang sendiri masih berteman?!!!!


Wednesday, June 24, 2009

Aku, Rabu dan cuti

Aku tak kerja ari ni...memang hari rabu aku dah wartakan sebagai ari cuti aku termasuk sabtu dan ahad (suka hati aku je kan..!). Kak Esah pun cuti jugak la sebab dia xde transport nak gi keje, dia kan tumpang aku hari-hari. So xdela penglibatan aku dengan dunia luar hari ni.

Setakat sehingga entry ni ditaip, kaki aku cuma jejak sampai pagar rumah je. Itupun sebab aku gi sidai kain.


Perkara paling best yang berlaku sehingga pukul 2.48 pm ni ialah....Kak Esah masih kekal tidak 'berpempers' dan seluarnya masih kering. Nampaknya dia berpegang teguh dengan janjinya pada aku selepas mandi pagi tadi.


Kak Esah : "Mama...xyah patai empers la..."

Aku : "Buleh...tapi nak kencing cakap tau...gi bilik air. Kalau terkencing kat lantai mama cubit 'tut-tut' tu tau"!

Dah 3 kali Kak Esah ke bilik air untuk mengalirkan air itu.....


Alhamdulillah...selamat 50 sen aku pagi ari ni. 50 sen je...sebab aku beli pempers kat En. Labu. Murah sikit tapi tahan. (iklan ni...En labu kena bagi discount kat aku lepas ni).


Harap-harap Kak Esah akan kekal begitu sekurang-kurangnya waktu berada di rumah. Mula-mula aku nak ajar dia waktu siang dulu...agak2 dia dah terrer aku lanjutkan la pulak ke waktu malam. Aku rasa dia dah cukup dewasa untuk membebaskan buntutnya dari belenggu pempers sepanjang masa.




Khadijah pulak asik tido je......penuh dah kantung susu aku!




*Kejayaan paling gemilang ari ni...aku baru je menghabiskan tiga senduk nasi dengan hanya berlaukkan seekor ikan kerisi goreng. Adoih! bila aku nak kurus ni...?

Aduhai Kak Esah...

Semenjak aku mula kerja lepas cuti lama ari tu..aku decided xnak hantar Kak Esah ke rumah pengasuhnya lagi. Bukan apa..dia memang x menunjukkan minat untuk tinggal pun. Jadi lebih baik aku bawak dia gi kerja, save sikit! So, secara rasminya aku lantik dia sebagai assistant aku.
Biasanya aku cuma pakaikan Kak Esah jeans dgn t-shirt je. Tapi pagi semalam aku pakaikan dia dengan skirt jeans dan t-shirt. Pada fikiran aku, biarlah menampakkan lagi ciri2 kewanitaannya.
Sebelum keluar rumah dia kata nak pakai tudung. Sebagai orang tua...takkan aku nak menghalang pulak niat suci dia. Biar la...dia nak belajar menutup aurat!
Tapi lain pulak jadinya....
Langsung x kena fesyen yang digubah oleh Kak Esah ni.

Apahal Ni Kak Esah? Dah macam orang dalam pantang je!



Tolong la jangan bikin malu mama!!! Pembantu rumah yang baru sampai dari Indonesia pun x pakai macam tu!

**Lagi pelik dan jelek kalau ada di antara korang yang berminat nak pakai macam tu!

Sunday, June 21, 2009

DUA ABAH....




Ada 2 abah yang aku sayang sangat....




ABAH 1 namanya Abdul Rahman Bin Zakaria. Abah aku la tu. Abah aku ni tak banyak cakap orangnya. Tak pernah nak marah atau pukul anak-anaknya. Tapi cukupla dengan jelingannya aje, aku dah insaf dah.


Dulu masa mak masih ada, mak la yang akan telefon kami adik beradik. kalau kami yang telefon pun dengan mak la kami bercakap. Sebab abah tak pandai nak borak2 dengan anak-anaknya. tapi aku tau abah sayang sangat kat kami adik beradik. Kiranya mak ni macam jambatan la yang menghubungkan kami dengan abah.




Tapi sekarang mak dah tak ada. Semuanya abah buat sendiri sekarang ni. Abah kerap telefon aku. Tanya khabar dan macam-macam lagi. Lagi2 kalau dia tau husband aku outstation. Aku tau abah risau.


Aku betul2 emo masa bersalinkan Khadijah. Abah datang dari kampung naik bas. Semata-mata nak jenguk aku (Walaupun dia bukannya nak jaga aku dalam pantang pun). Mungkin dia takut aku sedih sebab mak xde masa aku bersalin.


Aku respek abah aku.




ABAH 2 dah tentulah husband aku sendiri. Dia sayang anak-anaknya.


Paling ketara bila melihatkan hubungan dia dengan Aisyah. Diorang ni rapat sangat. Sampaikan kalau dia ada kat rumah, biasanya Aisyah akan berkepit dengan dia je...Makan, main, mandi, pegi kedai, tido...isk! pendek kata semua la dengan abah dia.


Dia la yang akan bangun malam untuk bancuh susu anak (kecuali susu untuk khadijah sebab aku yang supply).


Kalau anak demam dia jugak la yang akan jaga. Asik amik suhu badan je.


Kalau nak basuh poo poo pun biasanya Aisyah nak abah jugak...(lega aku).


Tak pernah aku dengar dia mengeluh.....









Bagi aku segala ciri-ciri seorang abah yang diperlukan oleh seorang anak ada pada kedua-dua abah di atas.

Buat abah-abah yang kami sayang...SELAMAT HARI ABAH kami ucapkan. Jasa abah menjaga dan menyayangi kami takkan kami lupakan. Semoga Allah memberkati kalian.


SAYANG ABAH!!!


BUAH PINGGANG KIRI AKU

Buah pinggang kiri aku ni kami namakan Nur Khadijah Dafinah. Juga dilahirkan di hospital paling terkenal di Lembah Klang (HTAR-sama macam kakaknya jugak) pada 22 April 2009 dengan berat 3.9 kg. ADOIH! ADOIH!


Tak susah menjaga Khadijah. Buat masa ni di baru pandai menyusu, tido, sengih-sengih. Cuma adakalanya Khadijah suka ajak aku sembang....waktu tengah malam la!


Gambar ni aku ambil masa Khadijah baru 44hari dilahirkan. Kiranya hari kemerdekaan aku la tu. Orang kata pantang bongsu. (tapi pagi tu aku dah kena gi site meeting...kalau arwah mak aku tau...kompom dia marah!!)


Dan pada hari yang sama juga...aku meraikan ari kemerdekaan aku tu kat Tesco. Gambar ni amik masa Kak Esah sibuk main Doreamon. Khadijah x dapat main sebab kecik lagi...so..kitorang main posing-posing je.
Cantik tak Khadijah senyum...?

Gambar ni masa Khadijah baru je selesai cukur rambut dia kat kedai "Abang Shanker". Muka agak tensen sebab rambut cun dia dah hilang!!


Khadijah sekarang ni dah sibuk mengeliat macam nak mengiring. Selalunya aku tolong tolakkan. Tapi pagi tadi aku tengok dia dah boleh ngiring sendiri..cayalah Khadijah!! tapi aku lupa nak amik gambar dia sebab sibuk ngan kak Esah.


Saturday, June 20, 2009

BUAH PINGGANG KANAN

Buah pinggang kanan aku ni kami namakan Nur Aisyah Damia. Lahir secara normal dengan bantuan paksaan ubat sebab dah terlebih lapan hari. Berat masa keluar tu 3.86kg...ADOIH!!!

Lebih kurang macam ni la rupanya masa baru lahir..

Yang ni masa dalam pantang lg kat perak...


Dia punya hobi..Swimming!!!


Pantang la lalu kat area pusat akuatik tu...kompom dia menjerit nak singgah.


"Jomla gi mimim..."


Yang ni masa umur dia setahun ....aku bwk dia g makeover....



...sebab tu la dia over sangat!!!

Ni kira salam perkenalan la...

DUA BIJI BUAH PINGGANG AKU


Ni la rupa buah pinggang aku... Tanpa DUA BIJI BUAH PINGGANG aku ni, macam mana la sistem badan aku nak berfungsi dengan baik???

Friday, June 19, 2009

BUAH HATI PENGARANG JANTUNG


Yang ni la BUAH HATI PENGARANG JANTUNG AKU. Asan Alwi Bin Adnan namanya (a.k.a MR AAA) he..he..he.!



alkisahnya...aku kenal dia masa umur aku baru je cecah 15 tahun. Belum ambik PMR dan belum baligh lagi masa tu. Tapi ntah ngape jiwa aku ni meronta-ronta, menggatal-gatal nak jugak kat dia. padahal masa tu umur dia dah 21 tahun. Kitorang dikenalkan oleh kawan aku merangkap sedara cik abang aku tu. Thanks bebanyak la Cik Yus @ Cik Enon.



Buah hati aku ni sederhana je orangnye...x kira la dari segi apa pun. Tu yang buat aku suka sangat pun. (Harap2 dia sayang aku sepenuh hati la...xnak la sederhana je).



Kitorang dah kawin lepas 8 tahun bercinta secara malu-malu, sorok-sorok, jauh-jauh. Uih! Panjang criternyaa...



Masa aku menaip ni dia xde kat rumah mahupun di sekitar lembah klang...sebab dia ke Seberang Perak. Macam biasa la, dia kan doktor (doktor turbine). Di mana ada kilang sawit disitulah ada dia. Part ni ada problem sikit. Biasa la....sebagai seorang wife aku tak rela kena tinggal. Walaupun dari bercinta sampai dah anak 2 skrg ni aku kerap kena tinggal. Aku tetap x rela.....!



Ni la aje serba sikit pasal BUAH HATI PENGARANG JANTUNG AKU. Yang lain-lain biarla dok kat dalam jantung aku je...kalau criter semua...xde la yang specialnya


jom berkenalan....


nama aku GABAN...nama tipu la. takkan la mak abah aku nak boh nama cam tu kat anak dia ni. nama tu aku boh sendiri. aku pun x tau kenapa. yang pasti daripada kengkawan sekolah, kengkawan opis, junior, senior, cecikgu sampailah ke lecturer aku dulu lebih kenal aku dengan nama gaban daripada nama betul aku. (dulu aku guna nama gabanpower tapi sejak dah kawin ni aku mula rasa sifat2 kewanitaan aku semakin menebal...so aku tukar jadi nurgaban - chewah!! muslimah la sangat!!)


umur dah 28 tahun, dah kawin, ada sorang suami dan 2 0rang anak (aku citer pasal diorang ni kat entri lain ye, aku nak citer pasal aku dulu). dua-dua orang anak tu aku yang lahirkan berkat usaha kami dua orang. sampai hari ni, trauma melahirkan (58 hari lepas) belum hilang lagi. buat masa ni la...masa depan...aku tak tau lagi.


life aku macam biasa je...aku rasa aku sorang je yang rasa life aku ni special. (semua orang rasa macam tu kan!!).


buat masa ni aku keje kat salah sebuah dewan makan asrama kat kl. nanti aku citer pasal keje aku ye....


aku xde la nak diter banyak2. sebab sebenarnya aku ni baru nak berjinak2 balik dengan benda-benda yang melibatkan komputer ni. maklumla...keje aku x byk guna komputer. sebal gak kepala aku. banyak sangat benda baru yang aku kena belajar. korang2 yang dah terrer tolong la bantu2 aku yer....cian aku!!!