Wednesday, June 24, 2009

Aduhai Kak Esah...

Semenjak aku mula kerja lepas cuti lama ari tu..aku decided xnak hantar Kak Esah ke rumah pengasuhnya lagi. Bukan apa..dia memang x menunjukkan minat untuk tinggal pun. Jadi lebih baik aku bawak dia gi kerja, save sikit! So, secara rasminya aku lantik dia sebagai assistant aku.
Biasanya aku cuma pakaikan Kak Esah jeans dgn t-shirt je. Tapi pagi semalam aku pakaikan dia dengan skirt jeans dan t-shirt. Pada fikiran aku, biarlah menampakkan lagi ciri2 kewanitaannya.
Sebelum keluar rumah dia kata nak pakai tudung. Sebagai orang tua...takkan aku nak menghalang pulak niat suci dia. Biar la...dia nak belajar menutup aurat!
Tapi lain pulak jadinya....
Langsung x kena fesyen yang digubah oleh Kak Esah ni.

Apahal Ni Kak Esah? Dah macam orang dalam pantang je!



Tolong la jangan bikin malu mama!!! Pembantu rumah yang baru sampai dari Indonesia pun x pakai macam tu!

**Lagi pelik dan jelek kalau ada di antara korang yang berminat nak pakai macam tu!

1 comment:

tunfrida said...

hihihi...

cute! kalau kak aisyah yg pakai gini mmg kiut.

eh gaban, pernah dgr tak "kepimpinan melalui teladan?"