Sunday, June 21, 2009

BUAH PINGGANG KIRI AKU

Buah pinggang kiri aku ni kami namakan Nur Khadijah Dafinah. Juga dilahirkan di hospital paling terkenal di Lembah Klang (HTAR-sama macam kakaknya jugak) pada 22 April 2009 dengan berat 3.9 kg. ADOIH! ADOIH!


Tak susah menjaga Khadijah. Buat masa ni di baru pandai menyusu, tido, sengih-sengih. Cuma adakalanya Khadijah suka ajak aku sembang....waktu tengah malam la!


Gambar ni aku ambil masa Khadijah baru 44hari dilahirkan. Kiranya hari kemerdekaan aku la tu. Orang kata pantang bongsu. (tapi pagi tu aku dah kena gi site meeting...kalau arwah mak aku tau...kompom dia marah!!)


Dan pada hari yang sama juga...aku meraikan ari kemerdekaan aku tu kat Tesco. Gambar ni amik masa Kak Esah sibuk main Doreamon. Khadijah x dapat main sebab kecik lagi...so..kitorang main posing-posing je.
Cantik tak Khadijah senyum...?

Gambar ni masa Khadijah baru je selesai cukur rambut dia kat kedai "Abang Shanker". Muka agak tensen sebab rambut cun dia dah hilang!!


Khadijah sekarang ni dah sibuk mengeliat macam nak mengiring. Selalunya aku tolong tolakkan. Tapi pagi tadi aku tengok dia dah boleh ngiring sendiri..cayalah Khadijah!! tapi aku lupa nak amik gambar dia sebab sibuk ngan kak Esah.


1 comment:

chugie said...

Eh, gaban.. cam kenal. Ko kenal aku x??

wah..3.9kg ur baby? lahir normal kn? bagusnye..