Tuesday, June 30, 2009

TEMAN KESELESAAN

Lama dulu...pernah aku menonton satu slot dalam rancangan pompuan2 kat TV (tv ape ntah aku tak ingat). Tajuknya, Teman Keselesaan. Teman keselesaan menurut panel masa tu ialah benda2 yang sentiasa menjadi teman kepada kanak2 mahupun orang dewasa yang tak buleh nak buang tabiat diorang. Contoh yang paling simple....bantal busuk, kain lampin, teddy bear....biasanya benda2 tu akan sentiasa menemani diorang lebih2 lagi masa nak tido. Lagi teruk bila ada diantara diorang yang x boleh tido kalau benda2 tu tak ada bersama. Masa tu aku x ambil kisah sangat sebab belum kawin dan ada anak.

Menurut panel2 tu jugak...perkara tu normal....



Takde la aku risau sangat bila kau tengok pe'el anak-anak aku..


Kak Esah asalnya akan pegang puting pada botol susu yang kosong. Tapi lama-kelamaan, dia mula memisah-misahkan komponen2 pada sebiji botol susu setiap kali dia sedang menyusu. Dan yang terkini, dia cuma pegang putingnya aje.





Kadang-kadang dia letak kat telinga....



Paling kerap dia letak kat idung....



Puting yang menjadi "Teman Keselesaan" Kak Esah ni di panggil dengan nama "DUA" (walaupun kadang-kadang dia pegang lebih dari 3).





Khadijah pulak akan "menyonyot" puting kosong walaupun perutnya kenyang....atau selepas menyusu...dia tetap nak jugak puting kosong dia.


Khadijah tak kisah walupun piring puting tu tutup lubang hidung dia!


Terkini, Khadijah lebih suka "menyonyot" 2 batang jarinya seperti berikut :


Jom kita tengok aksi Khadijah...!





Seorang anak saudara aku pulak yang namanya Aidil, akan "menggentel" t-shirt yang ada print corak ka atasnya masa menyusu sampai tertidur.


Seorang lagi yang namanya Hakimi....akan menggentel adiknya Iman kalau dia nak tido...

Sebenarnya aku memang x galakkan anak-anak aku ada Teman Keselesaan ni. Takut melekat sampai diorang besar. Lagipun, kalau dibiarkan...akan timbul pulak masalah kalau salah satu daripada teman diorang tu tertinggal. Tapi nampaknya diorang tak selesa kalau x berteman. Jadi...aku pasrah je la..



*Kalau ada peluang aku akan pisahkan mereka!!!



Q: Ape pulak Teman Keselesaan anak-anak korang.....atau korang sendiri masih berteman?!!!!


4 comments:

fuadnis said...

anak aku tak isap susu botol..apatah lagi susu badan(dah bhenti sejak nk dpt adik..)tapi yg aku perasan dia takleh tido klu tak peluk tuala mandi dia..kira teman keselesaan la tu yek??he..he..

dur@z said...

teman anak aku setakat ni x kekal..tp dia bila nyusu suka raba2 baju..x kesahla baju dia ke, baju aku ke..asal benda berkain..x lak aku ajar tp 2 la peel dia..

DYLA said...

weh gaban,
khadijah tu comey sgt! aksi khadijah isap 2 btg jari pun comey bebenar!

teman keselesaan? hahaha, nice topic huh?

sian dijah tu puting beso. teruk la ko gaban. bg la puting yg kecik sket. tertutup hidung kwn tu.

kak esah lg la lain dari yg lain teman keselesaan dia.

kalau inas, teman dia mcm khadijah la. sebijik.

Unknown said...

kelakar...

ya, budak2 yg ada teman keselesaan ni kalau tak dipantau boleh jadi tabiat. ada tahap jelek juga [cth: bantal busuk tak boleh dicuci, nnti nangis tak leh tido la hapa..., kesama kemari mesti dibawa naik malu pulak nengoknya].

anak-anak aku mmg takda 'teman keselesaan' sprt yg diceritakan disini.

mungkin sebab tidak dimulakan, dan langsung, tidak jadi kebiasaan.