Friday, June 19, 2009

BUAH HATI PENGARANG JANTUNG


Yang ni la BUAH HATI PENGARANG JANTUNG AKU. Asan Alwi Bin Adnan namanya (a.k.a MR AAA) he..he..he.!



alkisahnya...aku kenal dia masa umur aku baru je cecah 15 tahun. Belum ambik PMR dan belum baligh lagi masa tu. Tapi ntah ngape jiwa aku ni meronta-ronta, menggatal-gatal nak jugak kat dia. padahal masa tu umur dia dah 21 tahun. Kitorang dikenalkan oleh kawan aku merangkap sedara cik abang aku tu. Thanks bebanyak la Cik Yus @ Cik Enon.



Buah hati aku ni sederhana je orangnye...x kira la dari segi apa pun. Tu yang buat aku suka sangat pun. (Harap2 dia sayang aku sepenuh hati la...xnak la sederhana je).



Kitorang dah kawin lepas 8 tahun bercinta secara malu-malu, sorok-sorok, jauh-jauh. Uih! Panjang criternyaa...



Masa aku menaip ni dia xde kat rumah mahupun di sekitar lembah klang...sebab dia ke Seberang Perak. Macam biasa la, dia kan doktor (doktor turbine). Di mana ada kilang sawit disitulah ada dia. Part ni ada problem sikit. Biasa la....sebagai seorang wife aku tak rela kena tinggal. Walaupun dari bercinta sampai dah anak 2 skrg ni aku kerap kena tinggal. Aku tetap x rela.....!



Ni la aje serba sikit pasal BUAH HATI PENGARANG JANTUNG AKU. Yang lain-lain biarla dok kat dalam jantung aku je...kalau criter semua...xde la yang specialnya


1 comment:

tunfrida said...

Yus apa khabar? kat mana dia sekarang?