Monday, October 19, 2009

JOM GI SWIMMING

Dah agak lama kami tak ke sini. Takde masa. Bila dah ada masa tak cukup korum lak.

So, dihari yang berbahagia ini, kami paksa-paksa kan jugak diri untuk bawak Kak Esah ke mari.




Aku tengok Kak Esah dah makin berani. Dah taknak pakai pelampung lagi. Tak mau dipegang. Nak swimming sendiri. Swimming kebendanye? Kaki jejak kat lantai!




Skill Kak Esah dah banyak yang hilang. Mungkin sebab dah jarang dibawa ke kolam. Kalau dulu dia suka mengapungkan badan, tapi sekarang dia lebih banyak berjalan. Mentang-mentang la kaki dah buleh cecah ke lantai kolam tu. Nak bawak ke kolam dewasa, aku tak berani. Aku ngan Abahnye bukan terrer sangat bab-bab berenang ni. Kalau setakat bawak diri sendiri buleh la, nak bawak budak-budak tu, tak yakin pulak rasanya.

Hari ni jugak sebenarnya hari yang bersejarah. Sebab hari ni,adalah kali pertama Khadijah turun kolam.



Bukan main suke lagi dia. Siap buat aksi superman lagi tu...







Agak-agak badan dah letih, Khadijah pun dah terketar-ketar, kitorang tunaikan satu lagi permintaan Kak Esah....


PIZZAAAA




Masa ni pizza belum sampai lagi. Tapi dua beranak tu eksen sebab sama-sama pakai baju Upin dan Ipin. Eleh, tak heran! huk! huk!

Dah kenyang....balik rumah la. Apa lagi!


*Seperti biasa, esoknya, Abahnye hilang lagi! Huh!

Thursday, October 15, 2009

BERAYA BERSAMA UPIN & IPIN


Kejadian ini berlaku pada hari Ahad (11 okt) lepas. Abahnye balik dari outstation hari Sabtu tu. Maka, kami bersetuju untuk memenuhi undangan Les Copauque ke majlis rumah terbuka diorang di depan opis diorang kat Seksyen 13. Undangan? ye....undangan dengan bayaran RM 20 sekepala aku kira tak layak dipanggil undangan!

Alkisahnya, sebelum barangan cetak rompak U&I ni wujud dipasaran, kami dah pegi ke kedai rasmi diorang. Mendaftar sebagai ahli melayakkan kami dapat diskaun untuk belian yang seterus dan seterusnya. Masa tu anak buah aku si Hakimi tu memang giler sangat kat U&I. Mak ayah dia berabih RM masa tu. Semua dia beli, beg, baju, badge, note book...bla....bla....bla..! Sekarang ni aku sapu je yang mana yang murah. Sana-sini ada je barang U&I ni.

Bila dah daftar jadi member, kitorang layak la untuk ada dalam senarai jemputan untuk apa2 acara yang diorang anjurkan.

Berbalik pada kisah raya tadi yer....

Masa kitorang sampai orang tak ramai lagi. Sebelum bayar pendaftaran yang aku kira sebagai bayaran makan buffet tu, aku tanya dulu....U&I ada datang tak? Budak tu kata ada, baru aku bayar sebab aku datang memang untuk temukan Kak Esah dengan diorang. Lepas bayar dapat la fridge magnet ngan barang-barang kecik U&I untuk Kak Esah dan melayakkan kami untuk MAKAN!

Masa tu yang jadi MC ialah pemegang watak Kak Ros tu. Ramai la bebudak kat pentas tu. Ada la diorang buat acara teka-teka. Aku tak meneka pun, sebab aku angkat tangan diorang tak nampak! Agaknya aku ni dah kecik kot!! Ahaks!

Kak Esah terlibat gak dok kat pentas tu. Dia ikut je ape orang buat. Orang angkat tangan, dia pun angkat. Padahal aku kompom, dia tak paham pun apa orang tu tanya!



Kedai diorang pulak bukak ari tuh...maknanya, terpaksa la melayan kerenah Kak Esah.


Sebelum....






....Selepas



Lebih kurang pukul 12.30 pm....yang ditunggu-tunggu pun tiba. JENG....JENG......JENG!!!



Silakan YB Upin..!


Ala....ala....comelnya. Anak sapa la yang hensem berbaju melayu ni ye!


Aku pun teringin gak nak bergambar!





Khadijah cium Ipin.




Kak Esah nangis sebab takut dengan Upin dan Ipin yang besor sangat!





Ikutkan hati nak lepak lama lagi. Belum puas menjamah (menjamah?) makanan yang terhidang. Sedap gak. Menurut kat kata salah seorang krew kat situ, makanan diorder dari restoran berhampiran. D'Lawang namanya. Insyaallah, ada masa aku nak menjengah ke sana.


Walaubagaimanapun, kitorang terpaksa angkat kaki sebelum majlis tamat. Maklumlah... bermacam-macam janji dah ditabur oleh Abahnye pada Kak Esah. Dari majlis tu kami bergerak pula ke Pusat Akuatik. Kak Esah nak swimming!




*Entry yg banyak gambar...ahaks!
**Kitorang tak pakai baju raya sebab masa diorang call tak kata pun majlis hari raya, kata ada gathering je! Cesh!

Thursday, October 8, 2009

THE LATEST KHADIJAH

Khadijah dah mula lasak sekarang ni. Dah macam komando pun ada, budak PLKN pun ada. berpusing-pusing sekitar rumah.

Kadang-kadang dia menjenguk aku di dapur. Pernah sekali dia menjenguk aku tengah sidai kain kat luar. mujur baru sampai muka pintu! Kalau dah sampai keluar, tentu dia tolong abiskan aku sidai baju!

Video ni adalah aksi Khadijah yang terkini. Sibuk menolak kampit petpet tu ke sana sini.

video

Mungkin dia agak konpius la. Selama ni kampitnya warna biru. Apsal la warna oren pulak? (jawapannya, yang kampit biru tu harga xde offer. mama beli yang oren sebab nak save bajet. ahaks!)

Takpe la Khadijah...layan je la. Mama banyak keroje nak dibuat!

...abaikan watak tambahan (kaki) yang muncul tetiba dlam video tu. Itu memang kaki orang normal yang memang x boleh tengok orang layan adik dia lebih-lebih. Bukan aksi paranormal yang dirakam secara tak sengaja.....

*Kalau la aku boleh kurus dengan melayan kerenah Khadijah yang sekarang ni....(bole ke?) ahaks!

Wednesday, October 7, 2009

TAMAN KAK ESAH (Episod 2)


Setelah jemu mencari-cari akhirnya Abahnye buat buat keputusan untuk belikan je playhouse yang kat Giant tu untuk Kak Esah.

Hasilnya....



Masa kitorang pasang menatang ni, Kak Esah dah tido pun.

Khadijah pulak yang terjaga. Mungkin sebab dengar bunyi bising masa kitorang dok sibuk mencantum-cntumkan menatang tu. Apa lagi..Khadijah la jadi orang pertama yang merasmikan playhouse tu. Huiyyo! sungguh bergaya Khadijah naik buaian tu! kalo tuan dia dah bangun, jangan harap la dia nak kasi Khadijah main kat situ.



Pagi esoknya, Kak Esah sungguh terkejut apabila melihat ada taman di ruang tamu rumah.



Secara automatiknya juga ruang tamu aku hilang dan bertukar kepada playground. Dah macam tadika pun ada....!



Bangga betul dia. Semua benda dia nak buat kat atas buaian tu. Makan, minum, pakai baju...bla..bla...bla...!

Mama dengan Abah cukup bahagia tengok Aisyah gembira....

Happy Birthday Aisyah
...WE LOVE U!

Tapi tak lama, menjelang petang, Kak Esah suarakan dialog yang membuatkan aku rasa separuh pengsan...

Kak Esah : Aisyah tak nak la taman ni...

Aku : Nape pulak? Kan Aisyah nak taman macam ni kan....?

Kak Esah : Yang ni kecik. Aisyah nak yang BBEEEEESSSAAAAARRR!


Adoi....!


*Perlu ke aku buat rumah kat tasik shah alam tu supaya Kak Esah dapat taman besar? Isk! Kak Esah...Kak Esah...!

MAKAN-MAKAN DI RUMAH GABAN



Sabtu lepas, memandangkan Abahnye ada dirumah, aku terus je kompom buat majlis makan-makan (sebelum Abahnye hilang lagi!). Jamak sekali jamuan raya dengan birthday Kak Esah. Maklum je...birthday Kak Esah dah 2 tahun berturut-turut jatuh di bulan Ramadhan. Kira back dated la ni...




Dalam kelam-kabut tanpa persediaan yang rapi, berjaya gak aku memasak dengan bantuan kakak aku yang best sesangat tu...Kak Ju! Daripada mengemas sampailah menghidang....dan mengemas balik apa yang telah dihidang...semuanya berjalan lancar dengan bantuan beliau!


He..he...yang kat tepi aku tu la tulang belakang kejayaan aku menganjurkan majlis makan-makan ni. My Sis...Kak Ju. Susah nak carik kakak macam dia ni tau!


Menu jamuan hari tu sempoi je. Yang pasti ayam rentung Gaban mesti ada. Atas permintaan! Selain tu, aku masak nasi putih Gaban, tomyam campur Gaban, udang sambal Gaban, pecal Gaban dan macaroni goreng Gaban je. Gambar lupa lak aku nak amik... .lagipun, aku rasa tak la penting sangat kot. Bukannya spesel sangat pun!


Oleh sebab masa yang suntuk, aku menjemput tetamu pun melalui kecanggihan teknologi je...telepon...sms...facebook....! Kalo kat kampung aku, kompom orang tak mau datang, kononnya, kena jemput mulut gak! Kepada yang tak dijemput ataupun terlepas tarikh jangan la kecik hati, meh la datang umah aku. Anytime. Aku tetap akan masak kalo ada yang sudi datang! Just call jer untuk aku buat preparation.


Antara yang datang termasuk la sedara mara, jiran tetangga, kengkawan opis lama, kengkawan workshop abahnye....dan ramai lagi!






Ni antara kengkawan opis lama aku dulu. Alhamdulillah, masih ingat jugak lagi diorang kat aku. Sudi gak datang walaupun dijemput melalui wakil je!



Tahun ni aku maleh nak bungkus jajan untuk bebudak yang datang. Aku bagi bebelon menantang-menatang seperti dalam gambar ni aje. Senang. Bebudak pun suka!


Kak Esah hepi je nampaknya.

Keseluruhannya, majlis tak dirancang aku tu berjalan dengan amat lancar sekali. Terima kasih kepada semua yang terlibat!

* Sehari kemudian, Abahnye hilang lagi! Isk! Gaban...sabor je la!