Wednesday, October 7, 2009

MAKAN-MAKAN DI RUMAH GABAN



Sabtu lepas, memandangkan Abahnye ada dirumah, aku terus je kompom buat majlis makan-makan (sebelum Abahnye hilang lagi!). Jamak sekali jamuan raya dengan birthday Kak Esah. Maklum je...birthday Kak Esah dah 2 tahun berturut-turut jatuh di bulan Ramadhan. Kira back dated la ni...




Dalam kelam-kabut tanpa persediaan yang rapi, berjaya gak aku memasak dengan bantuan kakak aku yang best sesangat tu...Kak Ju! Daripada mengemas sampailah menghidang....dan mengemas balik apa yang telah dihidang...semuanya berjalan lancar dengan bantuan beliau!


He..he...yang kat tepi aku tu la tulang belakang kejayaan aku menganjurkan majlis makan-makan ni. My Sis...Kak Ju. Susah nak carik kakak macam dia ni tau!


Menu jamuan hari tu sempoi je. Yang pasti ayam rentung Gaban mesti ada. Atas permintaan! Selain tu, aku masak nasi putih Gaban, tomyam campur Gaban, udang sambal Gaban, pecal Gaban dan macaroni goreng Gaban je. Gambar lupa lak aku nak amik... .lagipun, aku rasa tak la penting sangat kot. Bukannya spesel sangat pun!


Oleh sebab masa yang suntuk, aku menjemput tetamu pun melalui kecanggihan teknologi je...telepon...sms...facebook....! Kalo kat kampung aku, kompom orang tak mau datang, kononnya, kena jemput mulut gak! Kepada yang tak dijemput ataupun terlepas tarikh jangan la kecik hati, meh la datang umah aku. Anytime. Aku tetap akan masak kalo ada yang sudi datang! Just call jer untuk aku buat preparation.


Antara yang datang termasuk la sedara mara, jiran tetangga, kengkawan opis lama, kengkawan workshop abahnye....dan ramai lagi!






Ni antara kengkawan opis lama aku dulu. Alhamdulillah, masih ingat jugak lagi diorang kat aku. Sudi gak datang walaupun dijemput melalui wakil je!



Tahun ni aku maleh nak bungkus jajan untuk bebudak yang datang. Aku bagi bebelon menantang-menatang seperti dalam gambar ni aje. Senang. Bebudak pun suka!


Kak Esah hepi je nampaknya.

Keseluruhannya, majlis tak dirancang aku tu berjalan dengan amat lancar sekali. Terima kasih kepada semua yang terlibat!

* Sehari kemudian, Abahnye hilang lagi! Isk! Gaban...sabor je la!





























3 comments:

.tunfrida. said...

zila, tu kakak ko yg duk berjiran tu ke?
Meriah nampk...seronoknya!! Murah rezeki tuan rumah.

gaban said...

tunfrida
a...ah! tapi dah tak duk sebelah rumah. aku dah pindah. but still the same lorong la...
kalo ko ada tentu lagi meriah tau!

chugie said...

wah..besarnye kek.. leh jamu satu kawasan rumah ko lah gaban..heheheh