Sunday, January 17, 2010

BAHAYA BETOL!!

Malam tadi aku dikunjungi sorang member. Dia ni keje sama-sama aku dulu. Tapi sampai sekarang kitorang still bersama-sama lagi.


Gambar Hiasan

Dia datang membawa satu cerita saspen dan sedih yang aku rasa patut aku kongsikan dengan korang.


Kisah saspen

Alkisah, suaminya join satu pertandingan memancing kat salah satu kolam pancing di Sri Muda, malam Jumaat lepas. Dia ni memang KAKI PANCING!!!


Menurut si member aku ni, dengan saspennya dia menunggu suami dia yang tak balik-balik sampai pukul 2 pagi. Telefon langsung tak berjawab. Sudahnya, pukul 5 pagi baru suaminya telefon dia dari balai polis!


Tau apa jadi?


DIA KENE SAMUN!!


Katanya, dalam perjalanan balik dari pertandingan yang tak membuahkan sebarang kemenangan tu, sebagai perokok tegar dia pun bukak la tingkap kereta dan hisap rokok. Tetiba datang dua buah motosikal dengan 4 orang penunggang berkulit tidak cerah menahan kereta dia. Kalau takat tahan je takpe gak, komplete dengan pisau kat leher pulak tuh! Walaupun dia ni berbadan sangat besar....tapi dalam keadaan mcm tu, apa sangat la yg dia buleh buat selain daripada menyerahkan wallet sebagaimana yang diminta oleh 4 orang yang berkulit tidak cerah itu. Mujur mereka tidak nampak handphone sebab terselit di celah seat kereta, kalau tidak....hu..hu.. habis la!


Tidak cukup dengan itu, diorang turut menghadiahkan sebijik penumbuk di perut boroy (jgn marah aa...a...) dan tiga hentakan di belakang leher yang mana menyebabkan dia terpengsan sampai pagi. Bayangkan tak sedar ape-ape sambil tersadai kat tepi jalan....


Hanya setelah menjelang subuh baru dia tersedar dan pegi buat laporan polis. Buleh pulak dia sambung tidur kat balai polis sampai pukul tujuh pagi, peh tu baru balik rumah...!


Kisah sedih


Sebelum si suami keluar memancing, si isteri sebenor-benornye tidak la berapa nak restu. Tapi nak buat macam mana, dah hobi dia macam tu.


Lalu dikirimkan la kad ATM pada si suami supaya dikeluarkan isi kandungannya untuk perbelanjaan rumah dah persekolahan yang perlu dia langsaikan esoknya.


Malangnya, semua duit yang telah dikeluarkan si suami sebelum dia ke kolam pancing telah disimpan di dalam wallet dan menjadi habuan 4 orang berkulit tidak cerah itu.



Moral daripada kisah di atas....



Tak payah la keluar memalam.


Jangan isap rokok, sebab kalau nak isap rokok kena bukak tingkap. Kalau bukak tingkap penjenayah senang nak serang.



Sekali-sekala respek la kat arahan/permintaan/ cadangan isteri.



Jangan bawak duit bebanyak.



Jangan jalan sesorang walaupun badan kita tough dan pandai seni mempertahankan diri.


* Perlu lebih berhati-hati dan waspada..

Thursday, January 14, 2010

ANAK RANTAU GATHERING


Walaupun story ni macam dah nak basi...tapi tetap aku nak share gak...

Anak Rantau adalah nama persatuan bebudak kampung Abahnye yang berhijrah mencari nafkah kat Klang Valley ni. Setiap tahun diorang akan adakan gathering.

Walaupun gatheringnya sekadar simple-simple jer, tapi cukup berkesan untuk mengeratkan silaturrahim...


Kak Esah punya la suka dapat kenal kengkawan baru!

Gathering kali ni berlangsung pada 10 Januari 2010 di Ole' Ole' Super Bowl, Seksyen 18 Shah Alam. Ramai gak yang datang. Lebih kurang 30 orang ada kot....Ada jugak yang datang dari kampung semata-mata nak menambahkan kemeriahan....Siap bwk anak bini, mak mentua pun ada!


Acara utamanya, dah tentula pertandingan Bowling. Lepas buat bayaran RM 30 sekepala (sekali ngan makan) semua peserta dibahagikan kepada kumpulan melalui undian.


Aku ngan Abahnye tak dapat masuk dalam kumpulan yang sama. Tapi kumpulan dia dok kat sebelah je ngan aku, so, senang la sikit. Selain bermain bowling, kitorang juge bermain 'passing-passing' Khadijah!


Bagi pemain yang langsung tak terrer macam aku ni, selayaknye mendapat tender mencuci longkang je lah! Habis bersih longkang aku cuci dengan bola boling tu. Ahaks! Tapi aku tak kisah pun, sebaliknya rasa macam hepi lak sebab untuk tahun-tahun sebelum ni, ada hadiah untuk pemain yang paling banyak mencuci longkang!


Kumpulan aku dgn Kumpulan Abahnye, masing-masing tak berjaya!


Selesai bermain bowling, kitorang bergerak ke Delima Food Court di Seksyen 24. Ada makan-makan skit. Walaupun menunya amatlah simple, tapi kalau perut dah kebulur....licin gak la beb!



Sambil-sambil makan, urusetia umumkan pemenang untuk game bowling tadi. Hadiahnya pulak, akan disampaikan dalam satu majlis perkahwinan salah sorang dua orang ahli Anak Rantau pada 14 Februari ni.

Khadijah yang tak dapat duduk lama dengan aku sebab ada jer pakwe-pakwe yang menyambarnya! Siap bergelak ketawa lak tu!

Majlis bersurai lepas perut kenyang!

Kesimpulannya, gathering kali ni memang dapat mengukuhkan lagi persahabatan semua ahli Anak Rantau. Mana yang dah lama tak jumpa, dapat dijumpakan....bertukar-tukar pandangan...bertukar-tukar maklumat....mengenang-ngenang kisah lama.....


Thank you to the urusetia lah sebab bersusah payah berusaha merancang dan menjalankan gathering dengan cukup happening skali! Kalau tak silap ketuanya ialah En. Bentet (nama diorang pelik2. Abahnye pun guna nama Gombel! Iskh! Kalau dah Jawa tu...jawa la jugak!)



* Kengkawan aku takde ke yang nak tugeder-geder?!


Sunday, January 10, 2010

TERASA KECIK HATI AKU...

Ini kisah keghairahan aku mencari balik kengkawan lama.

Sebenarnya dalam keghairahan aku tu, ada rasa segan gak nak berjumpa kengkawan. Maklum la...ramai antara diorang dah berjaya. Terasa kerdil pulak diri aku ni.....walaupun aku dah membesar tahap anak gergasi...!

Sorang kawan bagi semangat. Daripada blog dia yang aku baca, semangat aku datang balik....

Betul jugak kan.....kalau aku ikhlas nak berkawan, bakpe lak nak pikir pasal status, kerja.....

Tapi kejadian kat kfc seksyen 18 ari tu betul-betul buat aku rasa macam nak tekup muka aku dengan bantal. Masalahnye, masa tu aku tengah makan, mana nak carik bantal lak! Huh!

Begini....

Ketika aku enak menikmati ayam goreng sambil menghadap pintu masuk kedai tu, mata aku terpandang kat satu keluarga yang baru nak masuk. Nak beli kfc la tu....

Fokus mata aku adalah kepada si isteri (yang pompuan la). Aku cam muka dia! Aku ingat nama dia! Tapi....takut salah orang. Aku try sebut nama dia. Tapi tak berapa kuat. Yer la...mana tau salah orang! Takde la malu sangat! Alhamdullilah...dia dengar dan pandang aku. Aku tanya..."L*Z* kan?"

Dia pandang aku dengan rupa yang macam tak brape nak cam muka aku. Tapi dia angguk dan terus je berlalu ke kaunter.

Oh...takpe la...mungkin dia nak gi order dulu...sambil tu dengan bangga aku story kat Abahnye.."tu member masa kat teknik dulu tu...satu dorm...tapi kalau tak silap dia kelas karan-karan...bla..bla..bla..."

Tak sabar rasanya nak bertanya khabar....

Tapi.....lepas dia tapau makanan kat kaunter kfc tu, dia terus jer berlalu sambil letak telefon kat telinga. Aku rasa macam dia pura-pura je sebab telefon je kat telinga, tapi tak nampak pulak dia bercakap dan sesampainya dia ke kereta, dia terus simpan telefon....

Terasa malu kat Abahnye...

Terasa kecik hati sebab dulu aku slalu gak tolong 'layan' dia masa dia buat hal dalam dorm BG7 dulu....

.....mungkin dia tak cam aku sebab aku dah gemuk, gunung berapi pulak tengah meletus-letus kat muka masa tu.......

Tapi, sekurang-kurangnya takkan la dia tak boleh berhenti di tepi aku dan kata "awak ni sapa yer? Saya tak camla..."

* Terasa down sangat......memang orang dah taknak kawan aku ke.....?

Friday, January 1, 2010

MISI MEMBURU BUNGA API


Dah tiga hari Abahnye berulang-alik ke Perak. Kerja. Kak Esah pulak asik la nak ajak aku berjalan-jalan.

Elok je Abahnye jejakkan kaki dirumah tadi, Kak Esah merengek-rengek ajak tengok bunga api.

Huh! Mana la aku nak carik bunga api. Nak ke Dataran Merdeka, the curve....sungguh aku tak rela. Kompom la jalan jem!

Mujur masa nak keluar rumah dalam pukul 10 malam tadi aku bertembung ngan jiran yang nak keluar jugak. Kata dia, mungkin kat kawasan baru di Seksyen 7 tu ada pertunjukan bunga api.

Baru aku teringat, ada aku baca kat banner tepi-tepi jalan tu...iCity, kawasan baru, tepi hiway kat tol Sg Rasa!

He..he...tanpa berlengah lagi, dengan penuh semangat 'kebungaapian', kitorang memulakan perjalanan menjejaki bunga api demi memenuhi impian Kak Esah!

Menghampiri lokasi kejadian, makin banyak kereta. Jem. Makin banyak pulak abang-abang polis dan MBSA yang menjaga laluan. JANGAN HARAP LA NAK MASUK KE iCITY.

Sudahnya, Abahnye kata baik "baik kita parking kat tepi hiway je. Mesti buleh nampak punyer la.."

Cesh! Dah siap bersusun kon kat tepi hiway. Nampaknye diorang dah buleh membaca pikiran kitorang yang nak menyalahgunakan bahu jalan diorang!

Tak pe....gi pulak kat tempat rehat. Alhamdullillah....ada pun parking kosong. Masa tu baru pukul 11 malam la lebih kurang....tunggu je la.....

Makin lama makin ramai pulak orang yang parking kat situ. Polis pun makin ramai....menghalau insan-insan tak reti bahasa yang buat 4 line parking kat tepi hiway tu....HUH!

Akhirnya,




BERJAYA GAK MISI KITORANG UNTUK MEMBURU BUNGA API. Walaupun terpaksa menempuhi berbagai rintangan..ceeewaaah!


* Eleh! Kak Esah, konon je power, bunga api start meletop dia pun start nangis. Takut dengar bungi meletop-letop...Eleh!


MARI MEMANJAKAN KEPALA


Semalam kami ke 'Spa Q'. Aku yang namakan kedai gunting rambut tu 'Spa Q' sebab kedai tu beroperasi dalam rumah. Macam dalam cerita 'Spa Q' tu. Bezanya, 'Spa Q' drama tu dalam rumah banglo tapi 'Spa Q' aku ni dalam rumah flat tingkat bawah di Shah Alam ni.

Aku suka ke sini atas satu sebab yang utama sesangat...MURAH!

Aku bawak Kak Esah dan sorang anak buah aku, namanya Adik. Abahnye suruh potong hujung rambut Kak Esah tu sebab dah mula rosak dan susah nak di sikat. Aku pulak, nak cuci rambut. Saje nak legakan kepala! Si Adik pulak akan masuk pra sekolah. Jadi lebih mudah la rasanya kalau dipendekkan je rambut anak dara ni, tak payah la emak dia susah-susah nak ikat sesubuh hari...

Sebelum....


Masa amoi tu tengah cuci kepala aku, Kak Esah pulak tengah dipotong rambutnya oleh si Ah Soo (mak amoi tu la). Tercetus pulak idea nak suruh amoi tu cuci sekali kepala Kak Esah....

Kira macam ladies day la....hari untuk kitorang enjoy.....manjakan kepala....!
Si Ah Soo tengah potong rambut Si Adik.




Ha..ha...terpeleot je Kak Esah...!



Maka hasilnya........


TARRAA........................

1st time aku tengok rambut Kak Esah lurus....lepas kene blow ni..!




Dua anak dara yang tergedik-gedik perasan lawa!



* Banyaknye gambor kan.... aku tak pandai nak menulis....so, korang tengok gambor la...ahaks!
**Ups! kos untuk tiga kepala tu cuma RM 28 je. Berbaloi-baloi kan!!!

Wednesday, December 23, 2009

MUFFIN CAP GABAN

Hu...hu....

Letihnya Gaban. Dah lama kitorang tak dapat order yang sebegini. Misi kitorang ialah menyiapkan muffin untuk majlis perkahwinan. Misi kali ini disertai oleh aku sendiri, Gaban dan kakak aku.

Asalnya, akak customer aku yang tersayang tu, Kak Ina kata nak ambik semua muffin tu lepas waktu sembahyang Jumaat. Tapi, petang Khamis tu dia telefon kata nak amik awal sikit. Sikit? Cesh....pukul 9.00 pagi. Sikit ke?

Tak kisah la... customer always right...!

So, kitorang telah bertindak memulakan operasi pada pukul 4.oo petang iaitu 5 jam lebih awal dari jadual asal (9.00 malam).

Sebenarnya kitorang tak nak la buat muffin tu awal-awal. Sebab muffin keluaran kitorang ni adalah dari jenis yang dikukus. Risiko untuk muffin tidak fresh dan kemungkinan untuk rosak/berkulat/basi adalah amat tinggi berbanding yang dibakar. Biasanya, muffin kitorang boleh bertahan untuk tempoh 4-5 hari sahaja.

Untuk kes Kak Ina ni, majlis persandingan adik beliau diadakan pada hari Ahad, 20 Dec 2009. Maknanya, muffin tu akan berusia 3 hari la. Muffin tu mungkin kurang segar..........tapi......

Sebagai langkah berjaga-jaga, kitorang kukuskan muffin sekitar 40 minit supaya adunan muffin betul-betul masak (kalau untuk dimakan terus 'ngap', biasanya 30 minit dah memadai). Harapan kitorang agar muffin-muffin tersebut dapat bertahan lebih lama.

Alhamdullillah, lebih kurang pukul 4.00 pagi, segala usaha menyiapkan 1000 biji muffin tu selesai dengan jayanya. Uih! 12 jam sudah kami bekerja.

Ini la muffin cap Gaban. Nak try ke?


Yang ni muffin yg dah siap tapau. Ni baru suku je yang siap tau.....



Model muffin cap Gaban



Mujur anak-anak tidak meragam. Cuma si Khadijah yang asik sibuk nak ke dapur. Thank you i love u to Abahnye sebab sudi membantu menjaga anak-anak!

Lebih kurang pukul 10.00 pagi pada hari Jumaat 18 December 2009, muffin dan wang beralih tangan....
YAAAAHOOOOO!!!

Tq Kak Ina. War-warkanlah kepada rakan-rakan Kak Ina ye....mana tau lepas ni makin murah rezeki kitorang! Ahaks!

Seterusnya, aku bertolak ke kampung pulak untuk memenuhi 2 undangan majlis perkahwinan. Letih!


* Entry yang terlambat ini disebabkan Gaban masih letih!!! Ahaks!

Wednesday, December 16, 2009

DARI ABAHNYE UNTUK KAK ESAH

Sepanjang bulan November sehingga ke hari ini, Abahnye memang lebih banyak bekerja di luar. Lebih tepat lagi, Abahnye banyak ke negara "sawadikap",THAILAND. Seingat aku, 3 kali abahnye pegi dan setiap kali dia pegi, amik masa lebih kurang satu minggu gak la. Uih! 3 minggu la dia xde kat rumah! (Ini boleh menimbulkan keraguan ni....betul ke buat keje?! Kene siasat nih!)

Balik kali ni Abahnye bawak buah tangan untuk Kak Esah.
TAARRRRAAAA!!!!



Portable DVD Player....untuk Kak Esah bawak ke mana-mana sahaja!

Seronok sangat la Kak Esah dapat menatang ni. Aku pun seronok gak la sebab asalnya, aku yang nak belikan menatang tu untuk Kak Esah, dah Abahnye belikan, save duit aku!

Sejak ada menatang tu, mudah sikit la kerja aku, Kak Esah boleh belajar sendiri. Tengok Cd sorang-sorang (itupun kalau si Khadijah tak datang ngacau....!). Kalau ada masa, kitorang buleh nyanyi sama-sama. Enjoy! (masa zaman aku kecik2 takde mende ni, dah tua-tua ni teringin gak nak merasa!)

Bab belajar-belajar ni, Kak Esah nampaknye lebih banyak guna cd je. Cd pun yang campur-campur. Dora, Barney.....termasuk jugak cd yang aku beli kat budak-budak panti asuhan yang bersepahan menjual di sekitar Shah Alam ni. Ikut mood dia la...

Sebelum adanya menatang ni, aku slalu carik lagu-lagu bebudak....alphabet song....kt youtube je. Kat dalam kereta pulak, Kak Esah memang habiskan sepenuh masa untuk tengok cd. Takde la dia ngacau aku drive. Sekarang ni pun dia dah buleh nyanyi..."alif asadon singa lion, ba batton itik duck, ta tufahun epal apple, tsa saubun baju shirt....". Aku yang hampeh sehampeh hampehnyer dalam bahasa arab ni pun dah buleh tau skit-skit. Ahaks!

Dalam keseronokan Kak Esah ngan menatang ni, ada masanya akan berakhir begini.....


Hmmmm......

Dah ada menatang ni, makin meluap-luap pulak nafsu aku nak membelikan Kak Esah satu program yang betul2 khusus untuk pembelajaran dia. Dah survey...berkenan gak kat Magic English..complete ngan buku, cd...tapi...harganya... Mak Oih! dekat dua ribu gak. Masih aku kiv kan benda tu, nak kene tanya gak orang yang berpengalaman. Kang aku beli mahal-mahal, tak berguna, rugi plak! ADA SESAPA YANG BOLEH BAGI PENDAPAT?


* Untuk Mamanye, Abahnye belikan 2 kg pulut Siam. Erm.....

Tuesday, December 15, 2009

KAKI KAK ESAH



Sebenarnya, kaki Kak Esah digigit pacat.


Masa balik kampung aku Aidiladha lepas, Kak Esah sibuk merayau kat tepi rumah Atuknye. Puas aku menjerit, "jangan la merayau-rayau kat situ". Kak Esah buat tak layan jer...maklumla...orang tengah seronok. Lepas gian la, kalau kat rumah sendiri jangan harap la dapat keluar. Abis jauh pun depan rumah je. Itupun, pagar aku tetap kunci. Bahaya!


Masa kitorang melepak kat depan rumah, tetiba je Kak Esah tanya aku. " Mama, ape kat kaki kakak ni?" (kalau aku taip versi bahasa dia, kompom korang tak paham nyer...so, aku translate terus...ahaks!)

Aku pun tengok la kaki dia. Huh! Cuba buat muka selamber..."Oh....kejap yer...." terus gi dapur amik garam skit.

Bila aku sampai kat Kak Esah, dia masih tak tau mende yang melekat kat kaki dia tu. Syok je dia sengih2 sambil goyang-goyang kaki.

Aku pun letak la sikit garam kat atas pacat yang separuh kenyang mentekedarah darah anak aku tu....APA LAGI...!!!!

Menjerit la Kak Esah bila nampak pacat tu jatuh siap dengan darah meleleh2.

"A.....Kaki Tatak lalah....!"

Aku try la pujuk dia dan sapu minyak gamat untuk bagi darah berhenti, tapi tak berjaya. Kak Esah terus menangis dan nangis.......

Sampai Abahnye balik dari solat Jumaat, Kak Esah masih menangis lagi.......!

*Selamat berkenalan dengan Encik Pacat yer Kak Esah! Tu la...lain kali dengar cakap Mama...!

Monday, December 7, 2009

BAWANG OH BAWANG!

Masa menjenguk ke bekas bawang tadi, tetiba aku mengeluh sendiri. Bawang dah tinggal beberapa biji je lagi.


Macam tak logik je kan...teruk sangat ke ekonomi si Gaban sampai mengeluh bila bekalan bawang di rumah dah tinggal sikit. Takkan tak mampu beli bawang kot Gaban oi....?!


Mari aku jelaskan....


Sebagai seorang orang yang bergiat aktif dalam hal-hal membeli dan membuat analisis barang dapur, aku memang la tensen dengan kenaikan harga barang sekarang ni. Terutama sekali BAWANG!


Kalau sebelum ni aku boleh beli se'bundle' bawang bombay (macam dalam gambar tu) yang beratnya lebih kurang 6-7kg dengan harga paling mahal pun cuma RM 6.90, tapi sekarang ni jangan harap la. Ye...tuan-tuan dan puan-puan...JANGAN HARAP LA! Kerana......


HARGA BAGI SE'BUNDLE' BAWANG BOMBAY (6-7kg/bundle) SUDAH MENCECAH SEHINGGA RM 22.00.

Itu harga di pasar borong tau! Kalau di kedai runcit?

Boleh bayangkan berapa kali ganda kenaikannya?

MELAMPAU KAN?!


Kenaikan harga bukan setakat bawang bombay je... malah bawang2 lain pun turut terlibat sama. Contohnya, bawang putih...RM 30/bundle. Yang ni aku kurang terkejut la...sebab harganya memang tinggi skit. Lagipun dari segi penggunaannya pun, tak la sebanyak bawang bombay tu.

Kalau dikira dari segi kegunaan di rumah, mungkin la tak terasa sangat. Tapi cuba bayangkan peniaga-peniaga makanan kat luar sana. Macam mana pulak dengan makcik pakcik yang nak kawinkan anak-anak dimusim cuti ni....uih! sungguh terasa!

Mujur sekarang ni cuti sekolah. Bebudak yang tinggal di asrama cuma budak SPM je. Jadi kurang la memasak. Kurang la guna bawang! Kalau dihari persekolahan, se'bundle' tu untuk kegunaan tiga hari jer.

Bila ditanyakan pada si peniaga kenapa harga bawang naik begitu tinggi, jawapannya mudah sangat....

MUSIM HUJAN, MUSIM BANJIR...

Sekarang ni musim banjir ke di India sana? Ntah la...aku pun x tau! (Ada ke orang tanam bawang kat Malaysia ni?)

Ada pulak yang kata bawang bombay ni mahal sebab bawang yang baru takde sampai. Kiranya, stok yang diorang jual sekarang ni stok yang dah lama sampai. Bawang lama lebih mahal? Kenapa?

Menurut si apek, stok lama ni dah dipilih la. Yang busuk dan buruk diorang (pengimport) dah buang. So, katakan stok yang sampai 10 tan, katakan pulak yang busuk 1 tan, maka yang boleh dijual hanya 9 tan. Pastinya untuk elakkan kerugian bagi 1 tan yang busuk tu, harga jualan bawang pun dinaikkan.

Logik ke? Sebagai pengguna, perlu ke kita pulak yang dibebankan untuk cover kerugian pembekal? Bukan ke pembekal/pengimport yang perlu bertanggungjawab sepenuhnya?

HUH!

Untuk sementera ni aku gunakan bawang New Zealand. Murah sikit. RM 27.00 se'bundle'(15kg). Bawang New Zealand ni bawang yang kaler kuning tu. Biasanya aku nampak orang masukkan dalam tomyam, burger dan pizza....

Harap-harap harga bawang yang menghantui hidup aku ni tak berterusan. Maklum saje la, bawang ni boleh dikatakan medium utama dalam masakan kita-kita melayu ni....Risau gak, kalau harga ni kekal sehingga sesi persekolahan akan datang dibuka, kos penyediaan makanan tentu akan meningkat sedangkan harga tender tak buleh nak dinaikkan! (dah la tender baru satu pun tak sangkut...hu...hu...)

*Nampaknya lebih baik aku guna serbuk cukup rasa je untuk memasak. Sebab kat dalamnya dah ada bawang! Ahaks!



Thursday, December 3, 2009

KENAPA BANYAK SANGAT??!!!!

Tajuk atas tu mungkin la macam iklan sabun pencuci kat tv tu. Tapi sebenar-benarnya takde kene mengena pun.


Apa yang aku nak persoalkan kat sini ialah pasal 'pemungut/pengutip derma' dan peminta sedekah yang aku rasa dah berlambak-lambak kat Malaysia ni.


Sejak akhir-akhir ni aku perasan ramai sangat mereka-mereka ni berpeleseran sana sini. Pegi la mana-mana pun, ada jer. Macam-macam bangsa dan datang dari pelbagai negara. Bermacam-macam cara, bermacam-macam alasan!


Ok. Kita mulakan daripada depan pintu bank. Tak kira la bank ape pun.


Biasanya ada satu kerusi yang diorang letakkan bakul laundry kat atasnya. Lepas tu ada la tampal poster lebih kurang macam ni...'Kutipan derma untuk membangunkan sebuah masjid...bla..bla...bla...di Narathiwat, Thailand'. ATAUPUN, ada sorang manusia berpakaian muslim yang pegang sampul yang tertera poster yang lebih kurang sama tajuknya. Dimulakan dengan salam diorang akan tahan kita, peh tu cerita lebih kurang...biasanya, aku bagi je singgit dua..n...blah!


Persoalannya, betul ke diorang ni kutip derma untuk buat masjid tu, ataupun untuk diorang mendirikan masjid! Menurut seorang kenalan yang isteri KEDUAnya adalah seorang rakyat Thailand, juga dari Narathiwat, takde pun kerajaan diorang benarkan sebarang kutipan macam ni. Tipu jer tu!


Ada pulak sorang adik berbaju melayu, bersongkok, pakai beg silang, pegang kalender ataupun poster ataupun buku ataupun kismis yang datang menghampiri kita. 'Assalammualaikum kak....saya ada buat jualan amal untuk rumah anak-anak yatim....bla...bla...bla...harga kalender ni seploh henggit jer kak.....! Bantulah kak...untuk pelajaran kami'...(lebih kurang macam tu la bebudak tu kata dengan muka yang buleh buatkan aku menitiskan air mata!)


Persoalannya, kalau dah waktu yang sepatutnya diorang berada kat sekolah tapi masih ada depan pintu bank tu.... Bukan ke rumah jagaan anak-anak yatim tu menjaga kebajikan anak-anak itu...terjaga ke kebajikan diorang kalau.... isk! konpius aku!


Kita ke lokasi seterusnya iaitu di restoran / kedai makan.


Selesai melabuhkan bontot kat atas kerusi restoran, yang datang bukannya pelayan kat restoran tu tapi seorang insan yang cacat anggota, biasanya, mata la. Insan yang kurang bernasib baik ni biasanya akan ditemani seorang insan lain yang aku kira terlebih bernasib baik sebab hadirnya dengan sepasang baju yang cantik dan tudung bawal yang berkerlipan batunya. Aku anggarkan, harganya melebihi RM 50.00. Lalu yang terlebih bernasib baik ni akan memimpin si tidak bernasib baik. Salam dihulur....'tolong kak...bantuan untuk orang buta...'. Seringgit beralih tangan...

Persoalannya, sekiranya si terlebih bernasib baik itu adalah ahli keluarga si kurang bernasib baik....dia tak pegi keje ke?

Seterusnya, kita ke pasar malam pulak.


Yang ini lagi hebat!


Bermacam-macam kecederaan yang kita boleh nampak. Ada yang kaki tinggal sebelah, yang tangan takde, yang kerdil...pendek kata...SADIS! Tak kurang jugak yang meriba anak ditengah-tengah laluan pasar malam tu. Sayu hati...(Syukur, aku masih mampu besarkan anak-anak dalam keadaan sempurna). Wajah diorang ni memang nampak Malaysian! Tapi aku yakin.....takde maknenyer! Biasanya diorang ni dari luar.

Sebagai contoh, di pasar malam kawasan kejiranan aku ni, biasanya lebih daripada 5 orang seperti mereka-mereka di yang 'terduduk' dan 'mengesot' di celah-celah pengunjung pasar.

Persoalannya, macam mana diorang datang kat pasar malam tu? Ngesot?

Lokasi yang terakhir....depan rumah aku sendiri.

Yang ni, semakin hari semakin parah. Kalau dulu-dulu, yang datang cuma sorang akak yang mengaku wakil dari rumah anak yatim si Meru, Klang. Pemberian aku dibuktikan dengan resit. So, dalam fikiran aku...betul2 kot akak ni dari rumah anak yatim tu.

Kemudian pula, beberapa orang wanita India yang mengaku datang dari rumah anak-anak kurang upaya.

Kemudian lagi, lelaki-lelaki berhidung tinggi yang aku sendiri tak paham kata-katanya. Yang aku paham, "Afganistan...Insyaallah...Syukran...Barkat....". Maklum sajalah, aku tak ngaji bahasa arab. (asadon=lion aku tau la. itupun sebab aku tengok vcd Kak Esah.

Dan yang terkini....yang ni betul-betul hebat! Satu ketika, aku tengah menyidai kain. Terdengar pulak bunyi orang ketuk loceng...terkejut aku. Mana taknya, sekali toleh, sorang lelaki dengan selempang oren, tasbih sebesar guli 'pitek', juga dengan bahasa yang aku langsung tak paham, berdiri tegak depan pagar rumah. Mujur pagar rumah aku berkunci! Isk! mana pulak datangnya sami ni?

Persoalannya, setakat mana sahihnya resit-resit yang diorang keluarkan tu. Setakat cop je, aku pun buleh tempah. Bagi si hidung tinggi, benarkah wang diorang terima akan disalurkan kepada rakyat Afganistan yang hidup dalam penderitaan tu? Sapa pulak yang sponsor tiket diorang datang Malaysia ni? (Baru ni, sorang jiran bagi seploh henggit kat si hidung tinggi. Tau apa jadi? Dia minta lebih lagi. Oooo...pandai demand yer!) Si pendek berselempang oren berkepala botak dan memegang loceng....hadirnya sungguh la menyeramkan!

Untuk pengetahuan korang, aku jugak pernah membuat kira-kira secara rambang tentang pendapatan golongan2 di atas. Kita amik contoh lokasi di lorong rumah aku. Secara kasar aku anggarkan ada lebih kurang 60 buah rumah dalam lorong aku ni. Sekiranya kita amik secara purata sebuah rumah menyumbangkan RM 1.00 (sekarang ni payah nak jumpa yang bagi duit posen-posen tu) dan kita darabkan dengan 60 buah rumah maka jumlahnya ialah RM 60.00. Itu baru lorong aku, kalau tambah lorong-lorong lain....Huiyo! Kayo!

Mungkin ada yang kata, "alah, ikhlaskan hati je. tak kisah la ke mana pun perginya duit yang kita derma tu, asalkan kita ikhlas..".

Mungkin bila aku mempersoalkan perkara-perkara di atas, akan ada yang kata..."isk! Gaban ni...kedekut betul la..".

Aku betul-betul takkan berkira kalau yang meminta dengan betul caranya. Dalam kepala hotak aku, memang aku dah setkan orang-orang yang seikhlasnya aku akan berikan sumbangan. Antaranya;

Orang buta yang menyanyi-nyanyi tu. (pakcik ngan makcik ni slalu ada kt area pasar tani stadium shah alam)

Budak lumpuh yang jual tisu/pen. (budak ni selalu ada kat pasar car boot stadium shah alam)

Sorang pakcik tua yang dok atas kerusi depan gerai sayur kat pasar malam kat rumah aku ni. pakcik ni letak tisu dalam bakul atas riba dia.

Tiga orang di atas tu memang aku jarang miss hulurkan sumbangan kat diorang.

TAPI....

Kat pakcik makcik yang menyanyi tu, aku akan lepak jap untuk dengar lagu2 diorang. Sedap gak suara diorang. Lepas tu...masuk la skit duit dalam box yang diorang sediakan tu.

Budak lumpuh dengan pakcik tua tu, aku akan ambil sepeket tisu dari bakul diorang. Biasanya, sumbangan aku dah tiga pat kali lipat daripada modal diorang. Rasanya, berbaloi gak la.

Tujuan aku simple jer, aku kagum dengan usaha diorang untuk cari pendapatan dan aku tak mau diorang terbiasa dapat duit secara percuma. Bagi aku takde benda yang free kat dunia ni. Yang free...kasih sayang dari yang SATU tu je. Itupun kadang-kadang kita taknak amik! Blagak betol!

Terus terang aku katakan di sini, aku sendiri ragu-ragu, SETAKAT MANA IKHLASNYA AKU?. Sebab aku sendiri mengakui yang ada masanya aku menghulur atas sebab-sebab berikut :

1) Aku nak blah cepat.

2) Aku malas nak dengar bait-bait ayat power dari mulut diorang.

3) Aku cover malu (orang sekeliling pandang jek...takkan aku nak buat bodo lak)

4) Aku tak nak diganggu.

Apa yang aku tulis ni adalah apa yang berlegar-legar dalam kepala hotak aku jer. Takde kena-mengena dengan orang lain. Mungkin ada yang memang gemar dan tercarik-carik golongan-golongan di atas untuk diberikan sumbangan. Maklum la...nak melabur untuk hari akhirat! Tapi, aku rasa banyak lagi badan-badan berwajib yang menjalankan pengutipan sumbangan secara sah yang boleh kita beri kerjasama. Dan lebih tepat lagi, yang akan men'declare'kan ke mana dan berapa jumlah RM yang diterima akan disalurkan.

Ke mana pulak perginya pihak yang berkuasa untuk menangani mereka-mereka ni. Aku ni bukannya pandai sangat, tapi takkan la takde langsung pihak yang boleh bertanggungjawab. Ataupun, perkara macam ni sebenarnya langsung tak penting. Cuma aku je yang lebih-lebih!

Buleh ke diorang ni di ambil tindakan? Macam mana? Siapa yang bertanggungjawab?

Rasanya tak mau la pulak negara aku yang tercinta ni mendapat status negara miskin yang ramai pengemis satu hari nanti!

Ya Allah, jauhkan la aku dari kepayahan dan kuatkanlah tubuh badan aku untuk terus mencari rezeki dan jauhkan lah aku daripada meminta-minta! Amin....

NTAH LA....

* Dah takde kerje lain agaknye aku ni, panjang giler aku merapu!