Monday, April 16, 2012

PTERYGIUM

Sebelum ni, tak pernah tau dan tak pernah terpikir pun pasal tajuk di atas. Namanya agak glemer, tp taklah seglemer kejadiannya.

Mata aku mmg mudah sangat jadi merah tau....tak kira la kalau kene panas, keje ekon, waima terkena air sekalipun, dengan mudahnya mata aku akan jadi merah dan kelihatan seperti ada urat yg timbul.

Aku ingat normal la tu....sampai la satu ari, masa bawak Adam cek demam kat klinik, doktor yang cek dia tu tegur mata aku. Jadi, aku rasa, bila dh ade org yg perasan sgt 'kepelikkan' mata aku ni, dh kira seriyes la tu kan..... Dr tu trnasihatkan aku gi pakar mata sebab dia kata, dh nampak ade bonjolan kt mata aku. Mata itam pun dah tak bulat sebab benda bonjol tu dh mula masuk kat mata itam. Haa....bende bonjol tu la yang sedap sgt namanya tu!

Setelah dinasihatkan dek org di sekeliling, termasuk la puan boss aku sendiri, aku pun berjumpa la pakar mata kt SDMC ni. Maka, atas sebab itu jugak la aku ade kat wad 526 SDMC ni.

Sebelum masuk sini, aku dh google sedikit sebanyak tentang mendokloh bernama sedap ni. Termasuklah jugak menonton video2 yang berkaitan pembedahannya. Alhamdulillah....aku rasa aku dah besedia.

Kalau korang nak tau lebih pasal pterygium ni, sila click

Sakit ke tak?

Mana aku tau, aku belum kene operet lagi. Ikut jadualnya pukul 10.30 pagi esok.

Ape2 pun aku berserah je lah pada kuasa Allah. Dengan izinNya, Insyaallah segalanya akan berjalan lancar. Harap2 dipermudahkanlah hendaknya. AMIN......


* Dikesempatan ini, aku nak mimtak maaf dgn korang2 semua sekiranya ade silap dan salah aku kat korang ye....