Kata Abahnye, corby tu hadiah utk birthday aku yg lepas. Dia blom bagi hadiah lagik! Tak sia-sia tunggu lama....berbaloi-baloi..!!!
Friday, February 19, 2010
ABAHNYE SUDAH KEMBALI
Kata Abahnye, corby tu hadiah utk birthday aku yg lepas. Dia blom bagi hadiah lagik! Tak sia-sia tunggu lama....berbaloi-baloi..!!!
Thursday, February 18, 2010
KISAH AKU DAN AYAM GORENG MC D
Yang diorder Happy meal chicken untuk Kak Esah dan set ayam goreng spicy untuk aku. Kalo kt Mc D ni memang aku suka ayam goreng spicy, kalo yang biasa tu aku tak gemor! Kata Abahnye, dia dah kenyang. Maklum la.....dah makan dalam kapal tobang Emirates Airlines sambil dilayan pramugari-pramugari yang cun melecun tu!
Berbalik pada ayam goreng tadi, budak amik oder tu kata, ayam goreng spicy abis, kalo nak jugak, aku kena tunggu 15 minit. Disebabkan minat aku yang mendalam terhadap ayam jenis tu, aku redha je tunggu. Bila dah siap budak Mc D tu pun antor la kat kete kitorang. Dalam kepala aku dah set....huh! sedapnya dapat makan ayam goreng, lambat tol la nk sampai rumah!
Sampai rumah, aku cepat-cepat bukak kotak ayam tu....HUH!
Ape ni...? Dah la ayam tak spicy, part yang aku mintak, rib, tak dibagi pulok tu!
Wednesday, February 17, 2010
JOM TENGOK MOVIE...
Acah jer...sebenarnya bukan movie pun....
Ari ni sesambil bosan-bosan, mata pun payah nak lelap, anak-anak pun dah tido....sempat la aku menggodam kemere tak canggih aku tu. Nak dibuang la isi perutnya yang dah senak bebenor tu kan....
Terjumpa lak beberapa aksi anak-anak gaban yang rasanya nak aku kongsikan dengan korang. Kalo korang tak nak tengok pun takpe.....aku tetap nak publish jugak! Ahaks!
So....
Enjoy the show!
* erm....
Monday, February 15, 2010
SELAMAT BERTUNANG....

Oleh yang demikian, aku ngan kakak aku (merangkap bisnes partner aku) telah menyeponsor salah satu daripada dulang hantaran....

Thursday, February 11, 2010
SETELAH 14 HARI...

Wednesday, January 20, 2010
SELAMAT HARI LAHIR UNTUK AKU
Bermula daripada pagi tadi bertalu-talu sms yang aku terima, menjelang tengahari, aku ada sikit masa terluang dan berpeluang untuk buka fesbuk....tuuuu diaaaa.....kemain banyak ucapan daripada kengkawan dan kenalan. Semuanya mendoakan kesejahteraan!
TERIMA KASIH SEMUA kerana masih ingat pada aku.....
Dan masa aku memandu balik daripada kerja, aku masih rasa macam tak komplete je. Aku kira-kira balik sapa yang masih belum ucapkan sesuatu pada aku.....
Hu.......
Tetiba aku teringat.....terasa rindu sangat nak mendengar suara yang satu itu. Rindu yang teramat sangat. Walaupun aku tau, hakikatnya semua tu tak mungkin akan berlaku lagi....
* MAK, saya tau kalau MAK masih ada, MAK akan jadi orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir untuk saya. Tapi, walaupun saya tak dapat mendengarnya, saya tau mak masih mengingatinya.....Semoga MAK aman di sana...AMIN!
Monday, January 18, 2010
SIAPA SUKA FISH SPA?
Tapi kalau kat kedai apek-apek yang besar-besar tu biasanya mahal! Banyak kali gak berfikir sebelum masuk!
But...don wori...!
Aku ada satu tempat yang murah dan berbaloi. Lokasinya kat Klang Sentral. Aku mula berkenalan ngan tempat ni masa Abahnye dok sibuk buat keje kat Thailand ari tu. So, sesambil ngator Abahnye naik bas kat situ, aku sempat la buat spa kaki atau dengan panggilan manjanya 'memberi ikan makan kakiku'. Tempat ni tak berapa besor sangat, simple, selesa dan semestinya murah!
Ni la tempatnyer....(ok la utk yg berbajet kecik mcm aku!)Kali pertama aku mencecahkan kaki ke dalam kolam ikan tu, rasa macam nak menjerit pun ada. Digeletek-geleteknya bawah tapak kaki aku....Tapi sekarang ni aku dah biasa dah....buat donno jer..!
Antara faedah fish spa ni:
Melicinkan kulit dengan menghilangkan sel-sel kulit mati (kenyang ikan tu makan kulit aku yang memang dah banyak tak idup!)
Mengurangkan parut-parut kecil
Memperbaiki dan melancarkan perjalanan darah melalui urutan (gigitan) mikro oleh ikan
Membantu mengurangkan stress
Menurut pakcik tuan kedai (namanya lupa nak tanya), ikan yang diorang guna tu namanya Garra Rufa atau turut dikenali dengan nama doctor fish. Diimport dengan harga RM 20.00 sekor. Manakala penapis air untuk kolam ikan tu pulak adalah daripada batu gunung berapi. Mungkin sebab tu jugak la bila aku masukkan kaki dalam kolam tu rasa sejuk dan sedap jer. Fresh je kaki!
Pakcik kedai ni turut membuka sebuah cafe' kat sebelah fish spa dia. Aku belum cuba lagi makanan kat situ, Insyaallah...satu hari nanti....
Yang paling aku suka, pakcik tuan kedai ni tak berkira sangat dan tak kedekut 'inpomesen'. Ditakdirkan masa aku datang tu takde pelanggan lain, pakcik tu kasi aku guna khidmat ikan-ikan tu sampai aku rasa puas hati. Huh! Sejam aku dok kat situ!
Masa nak bayar, aku tanya la pakcik tu, BRAPE CAS NI PAKCIK?
Dia jawab "macam biasa la...RM 5.00 sepasang kaki". So, malam tu kitorang kena bayar RM 10 jer untuk dua pasang kaki selama 1 jam perkhidmatan. Kan berbaloi-baloi tu!
Pakcik tu kata lagi, bukan dia rugi apa-apa pun kalo bagi kitorang guna lama-lama. Dah takde customer lain, dok je la berapa lama suka.
Dari ayat itu aku paham la....'kalo ada orang lain datang...pepandai la bawak diri!'
Gambar kitorang ni aku mintak tolong pakcik tu amikkan. Dengan rela hati dia tolong sebab aku janji nak ajak kengkawan lain datang sama kat fish spa dia!
Ni la Pakcik tuan kedai dengan wife dia Cik Ani (aku baca nama dia kt name card)
*Ye kawan-kawan...jemput la!
Sunday, January 17, 2010
BAHAYA BETOL!!
Gambar Hiasan
Dia datang membawa satu cerita saspen dan sedih yang aku rasa patut aku kongsikan dengan korang.
Kisah saspen
Alkisah, suaminya join satu pertandingan memancing kat salah satu kolam pancing di Sri Muda, malam Jumaat lepas. Dia ni memang KAKI PANCING!!!
Tau apa jadi?
DIA KENE SAMUN!!
Hanya setelah menjelang subuh baru dia tersedar dan pegi buat laporan polis. Buleh pulak dia sambung tidur kat balai polis sampai pukul tujuh pagi, peh tu baru balik rumah...!
Kisah sedih
Sebelum si suami keluar memancing, si isteri sebenor-benornye tidak la berapa nak restu. Tapi nak buat macam mana, dah hobi dia macam tu.
Moral daripada kisah di atas....
Tak payah la keluar memalam.
Sekali-sekala respek la kat arahan/permintaan/ cadangan isteri.
Jangan bawak duit bebanyak.
Jangan jalan sesorang walaupun badan kita tough dan pandai seni mempertahankan diri.
* Perlu lebih berhati-hati dan waspada..
Thursday, January 14, 2010
ANAK RANTAU GATHERING
Gathering kali ni berlangsung pada 10 Januari 2010 di Ole' Ole' Super Bowl, Seksyen 18 Shah Alam. Ramai gak yang datang. Lebih kurang 30 orang ada kot....Ada jugak yang datang dari kampung semata-mata nak menambahkan kemeriahan....Siap bwk anak bini, mak mentua pun ada!
Acara utamanya, dah tentula pertandingan Bowling. Lepas buat bayaran RM 30 sekepala (sekali ngan makan) semua peserta dibahagikan kepada kumpulan melalui undian.

Aku ngan Abahnye tak dapat masuk dalam kumpulan yang sama. Tapi kumpulan dia dok kat sebelah je ngan aku, so, senang la sikit. Selain bermain bowling, kitorang juge bermain 'passing-passing' Khadijah!
Bagi pemain yang langsung tak terrer macam aku ni, selayaknye mendapat tender mencuci longkang je lah! Habis bersih longkang aku cuci dengan bola boling tu. Ahaks! Tapi aku tak kisah pun, sebaliknya rasa macam hepi lak sebab untuk tahun-tahun sebelum ni, ada hadiah untuk pemain yang paling banyak mencuci longkang!
Kumpulan aku dgn Kumpulan Abahnye, masing-masing tak berjaya!
Selesai bermain bowling, kitorang bergerak ke Delima Food Court di Seksyen 24. Ada makan-makan skit. Walaupun menunya amatlah simple, tapi kalau perut dah kebulur....licin gak la beb!

Sambil-sambil makan, urusetia umumkan pemenang untuk game bowling tadi. Hadiahnya pulak, akan disampaikan dalam satu majlis perkahwinan salah sorang dua orang ahli Anak Rantau pada 14 Februari ni.

Kesimpulannya, gathering kali ni memang dapat mengukuhkan lagi persahabatan semua ahli Anak Rantau. Mana yang dah lama tak jumpa, dapat dijumpakan....bertukar-tukar pandangan...bertukar-tukar maklumat....mengenang-ngenang kisah lama.....
Thank you to the urusetia lah sebab bersusah payah berusaha merancang dan menjalankan gathering dengan cukup happening skali! Kalau tak silap ketuanya ialah En. Bentet (nama diorang pelik2. Abahnye pun guna nama Gombel! Iskh! Kalau dah Jawa tu...jawa la jugak!)
* Kengkawan aku takde ke yang nak tugeder-geder?!
Sunday, January 10, 2010
TERASA KECIK HATI AKU...
Sebenarnya dalam keghairahan aku tu, ada rasa segan gak nak berjumpa kengkawan. Maklum la...ramai antara diorang dah berjaya. Terasa kerdil pulak diri aku ni.....walaupun aku dah membesar tahap anak gergasi...!
Betul jugak kan.....kalau aku ikhlas nak berkawan, bakpe lak nak pikir pasal status, kerja.....
Begini....
Fokus mata aku adalah kepada si isteri (yang pompuan la). Aku cam muka dia! Aku ingat nama dia! Tapi....takut salah orang. Aku try sebut nama dia. Tapi tak berapa kuat. Yer la...mana tau salah orang! Takde la malu sangat! Alhamdullilah...dia dengar dan pandang aku. Aku tanya..."L*Z* kan?"
Oh...takpe la...mungkin dia nak gi order dulu...sambil tu dengan bangga aku story kat Abahnye.."tu member masa kat teknik dulu tu...satu dorm...tapi kalau tak silap dia kelas karan-karan...bla..bla..bla..."
Tapi.....lepas dia tapau makanan kat kaunter kfc tu, dia terus jer berlalu sambil letak telefon kat telinga. Aku rasa macam dia pura-pura je sebab telefon je kat telinga, tapi tak nampak pulak dia bercakap dan sesampainya dia ke kereta, dia terus simpan telefon....
Terasa kecik hati sebab dulu aku slalu gak tolong 'layan' dia masa dia buat hal dalam dorm BG7 dulu....
Tapi, sekurang-kurangnya takkan la dia tak boleh berhenti di tepi aku dan kata "awak ni sapa yer? Saya tak camla..."