Thursday, February 18, 2010

KISAH AKU DAN AYAM GORENG MC D

Kisah ni berlaku petang tadi. Waktu pulang dari ambik Abahnye kat KLIA, Kak Esah mintak
dibelanja Mc D. So, kitorang pun singgah la drive thru kat Mc D Seksyen 22 Shah Alam.

Yang diorder Happy meal chicken untuk Kak Esah dan set ayam goreng spicy untuk aku. Kalo kt Mc D ni memang aku suka ayam goreng spicy, kalo yang biasa tu aku tak gemor! Kata Abahnye, dia dah kenyang. Maklum la.....dah makan dalam kapal tobang Emirates Airlines sambil dilayan pramugari-pramugari yang cun melecun tu!

Berbalik pada ayam goreng tadi, budak amik oder tu kata, ayam goreng spicy abis, kalo nak jugak, aku kena tunggu 15 minit. Disebabkan minat aku yang mendalam terhadap ayam jenis tu, aku redha je tunggu. Bila dah siap budak Mc D tu pun antor la kat kete kitorang. Dalam kepala aku dah set....huh! sedapnya dapat makan ayam goreng, lambat tol la nk sampai rumah!

Sampai rumah, aku cepat-cepat bukak kotak ayam tu....HUH!

Ape ni...? Dah la ayam tak spicy, part yang aku mintak, rib, tak dibagi pulok tu!


Ini buleh mendatangkan marah nih!

Abahnye kata...call je suruh diorang antor! Aku pun apa lagi...call la diorang. Criter la keadaan sebenar yang melukakan hati aku tu....

Mungkin sebab rasa bersalah, budak Mc D tu pun mintak alamat aku ngan no telefon skali. Katanya dalam setengah jam lagi sampaila ayam goreng idaman aku tu!

Dalam hati, aku rasa bersalah lak. Over tol la aku ni kan....makan je la yang ada tu...kan ayam jugak! Tapi kat satu side lain hati aku pulak kata, 'appe lak....itu kan hak aku sebagai pelanggan!'. Memang betul pun. Aku betul-betul rasa terkilan sebab setelah aku sudi menunggu, inikah balasan diorang terhadap aku? Boleh korang bayangkan tekak yang dah diset dengan rasa lain, terpaksa disumbat dengan benda lain?

Sesambil tu jenguk la kat luar rumah. Tiap kali bunyi motor, aku keluar...kot-kot budak Mc D tu sampai. Ayam sedia ada tu aku bungkus siap-siap. Langsung tak berusik.

Kat luar cuaca dah mendung sangat. Skali lagi aku sian kt budak yg terpaksa antor ayam tu....

Takpe la kalo lambat sikit. Mungkin ujan kat sana.

Tunggu punya tunggu dekat 4 jam tak jugak sampai-sampai. Hari yang tadinya mendung jer sampai dah mencurahkan air hujan dan kering balik. Tapi ayam aku xjugak sampai. Hati yang tadinya ada rasa bersalah sudah tukkkarrr jadi macam nak mengamuk. Kalo tak nak antor cakap je la! Tak payah aku susah-susah tunggu!

Aku call balik. Budak yang sambut tu mintak mahap bebanyak. Dia kata mungkin ada miss comunication. Dia ingat dah setel. Nasib baik aku call balik. Skali lagi dia janji nak antor.....

Tak lama lepas tu ada budak call aku. Katanya dah ada depan rumah aku. Yeay...yay!

Budak tu mintak mahap byk2 kat aku...sian plak kat dia. terpaksa tanggung dosa kawan dia.

DAN AKHIRNYA........


Siap dapat Apple Pie free pulak tu......Thank You adik Mc D yang susah payah datang antar ayam tu. Akak kagum ngan sikap bertanggungjawab kamu tu...moga cepat naik pangkat yer!



* Berdosakah aku yang cuba mempertahankan hak aku....? Anda tentukan! Ahaks!

2 comments:

Ayumi & Bruce said...

mkn x hajak org!!!

gaban said...

he......saje kedekut!