Monday, February 15, 2010

SELAMAT BERTUNANG....

...AIZA...!


Aiza ni sepupu aku.

Semalam hari pertunangan dia dengan En. Bob (kalau tak salah, nama betulnya Saiful).

Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar. Cuma, pihak lelaki datang lewat daripada yang dirancang....maklum aje la bukannya dekat. Perjalanan daripada Taman Medan nak ke Taman Dato' Harun, mahunya makan masa satu hari satu malam...Ahaks!

Majlis kali ni Aiza tak nak over-over. Nak simple-simple je! Hantaran pun cuma pemanis mulut jer...takde hantar barang. Cuma pihak lelaki hantar deposit jer...(buleh ke guna perkataan deposit tu..)

Oleh yang demikian, aku ngan kakak aku (merangkap bisnes partner aku) telah menyeponsor salah satu daripada dulang hantaran....
TARRAAA!
Macam biasa la....muffin...! Cun tak? aku yang decorated tau!!!
Uish! mesti la mau posing kan....
Yang ni sepupu aku gak....Ayu namanya. Dia ni merangkap tukang mekap si Aiza untuk majlis pertunangan ni. Kalau ada yang nak guna khidmat dia, kontek aku....!

Last sekali,aku nak ucapkan SELAMAT BERTUNANG untuk Aiza ngan Bob..! Semoga ikatan pertunangan ini akan dirahmati sehingga di jinjang pelamin dan seterus-terus-terusnya......
Amin!

*Majlis pertunangan yang menyentuh hati...segalanya di'organize' oleh adik beradik ngan pak mak sedara coz' arwah Maklong ngan Paklong (mak abah Aiza) dah bersemadi dengan aman di sana....aku tak dapat bayangkan kalau aku yang berada di posisi Aiza! Hu....











1 comment:

Ayumi Resources said...

yaaahhh.. itu dia blog yg telah dilancarkan..
Amat sedih wartikah anda..
saya sebagai sepupu anda yg paling comel,turut menyokong!! haha..