Tuesday, March 16, 2010

INI BARU COOOBAAAANNNN!

Salam...kengkawan!



Ini adalah misi aku dalam membantu menjana ekonomi keluarga. Maklum aje...perbelanjaan semakin besar, tapi income yang masuk masih ditahap lama. Jadi aku fikir aku perlu usaha lebih! Tak gitu?


Oleh yang demikian, aku cuba-cuba untuk jual barang melalui kecanggihan teknologi sekarang! ONLINE....erm...


Walaupun aku sendiri masih ragu-ragu tentang feedback yang bakal aku terima....aku kuatkan hati untuk mencuba. Tak salah rasanya.


Untuk sementara waktu ni, aku rasa tak perlu aku bukak blog khusus untuk produk2 yang nak aku pasarkan. Menumpang di blog peribadi ni dah mencukupi kot!


Mungkin bila dah boleh menguasai ilmu berniaga secara Online, boleh aku lancarkan blog yang khusus! Mungkin lepas tu aku boleh ada empayar aku sendiri...(Huh! Gaban kalo bab berangan-angan memang la hebat sangat!)

Aku mengalu-alukan sesapa saje yang sudi singgah di blog aku ni. Malah aku amatlah menghargai sebarang komen, kritikan, cadangan mahupun tunjuk ajar dari korang!

Bagi yang mahu jadi pelanggan apatah lagi terharunya aku!

* Harap-harap kengkawan sudi bagi sokongan!

No comments: