Wednesday, January 20, 2010

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK AKU

Alhamdulillah....hari ni genap umur aku 29 tahun. Syukur pada Allah atas rezeki yang telah dilimpahkanNya pada aku.

Aku ada keluarga yang bahagia, cukup makan, pakai, kesihatan......
Insyaallah aku akan manfaatkan sisa-sia umur aku dengan sebaiknya.
***

Bermula daripada pagi tadi bertalu-talu sms yang aku terima, menjelang tengahari, aku ada sikit masa terluang dan berpeluang untuk buka fesbuk....tuuuu diaaaa.....kemain banyak ucapan daripada kengkawan dan kenalan. Semuanya mendoakan kesejahteraan!

TERIMA KASIH SEMUA kerana masih ingat pada aku.....

Dan masa aku memandu balik daripada kerja, aku masih rasa macam tak komplete je. Aku kira-kira balik sapa yang masih belum ucapkan sesuatu pada aku.....

Hu.......

Tetiba aku teringat.....terasa rindu sangat nak mendengar suara yang satu itu. Rindu yang teramat sangat. Walaupun aku tau, hakikatnya semua tu tak mungkin akan berlaku lagi....

* MAK, saya tau kalau MAK masih ada, MAK akan jadi orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir untuk saya. Tapi, walaupun saya tak dapat mendengarnya, saya tau mak masih mengingatinya.....Semoga MAK aman di sana...AMIN!


4 comments:

Unknown said...

semoga ruhnya dicucuri rahmat ilahi.

semoga kematangan a'qal, keseimbangan emosi seiring dengan pertambahan usia.

but one thing to maintain,
maintain CERIAaaa babe!

HAPPY BRTHDAY.
i love you, gaban!

b4r1n4 said...

semoga makin bertambah keberkatan dalam hidup ko, insya Allah.

gaban said...

Nomi...kalo tak ceria bukan la gaban namanya...! aku takkan sia-siakan anugerah penglipur lara yang aku menang kat hostel dulu...! takde kategori tu kt tpt lain! Ups...!I LOVE U 2 3 4

bar|ne...Insyaallah....sesama la kita yer..!

CatlinaFly said...

happy belated besday..salam kenal..semoga roh arwah dicucuri rahmatNya amin..