Wednesday, June 24, 2009

Aku, Rabu dan cuti

Aku tak kerja ari ni...memang hari rabu aku dah wartakan sebagai ari cuti aku termasuk sabtu dan ahad (suka hati aku je kan..!). Kak Esah pun cuti jugak la sebab dia xde transport nak gi keje, dia kan tumpang aku hari-hari. So xdela penglibatan aku dengan dunia luar hari ni.

Setakat sehingga entry ni ditaip, kaki aku cuma jejak sampai pagar rumah je. Itupun sebab aku gi sidai kain.


Perkara paling best yang berlaku sehingga pukul 2.48 pm ni ialah....Kak Esah masih kekal tidak 'berpempers' dan seluarnya masih kering. Nampaknya dia berpegang teguh dengan janjinya pada aku selepas mandi pagi tadi.


Kak Esah : "Mama...xyah patai empers la..."

Aku : "Buleh...tapi nak kencing cakap tau...gi bilik air. Kalau terkencing kat lantai mama cubit 'tut-tut' tu tau"!

Dah 3 kali Kak Esah ke bilik air untuk mengalirkan air itu.....


Alhamdulillah...selamat 50 sen aku pagi ari ni. 50 sen je...sebab aku beli pempers kat En. Labu. Murah sikit tapi tahan. (iklan ni...En labu kena bagi discount kat aku lepas ni).


Harap-harap Kak Esah akan kekal begitu sekurang-kurangnya waktu berada di rumah. Mula-mula aku nak ajar dia waktu siang dulu...agak2 dia dah terrer aku lanjutkan la pulak ke waktu malam. Aku rasa dia dah cukup dewasa untuk membebaskan buntutnya dari belenggu pempers sepanjang masa.




Khadijah pulak asik tido je......penuh dah kantung susu aku!




*Kejayaan paling gemilang ari ni...aku baru je menghabiskan tiga senduk nasi dengan hanya berlaukkan seekor ikan kerisi goreng. Adoih! bila aku nak kurus ni...?

6 comments:

gaban said...

saja...aku nak test komen sebab nomi kata ada problem....

Unknown said...

naaahh..barulah syiok.

tak tahulah napa aku takleh tepek komen sejak komen pertama aritu.

cayalah kakak khadijah i.e Aisyah! dah start off nappy ya! congratssss!

b4r1n4 said...

salam.
betul tu gaban, aku nak post komen aritu sangkut..nampak gaya cam dah ok je nih..

eh eh, lupa lak nak kenalkan diri, huhu. kenal aku lagi tak? barina x-PKA2.

aaa said...

testing...testing!!

gaban said...

to nomi....tepek la manyak mana komen yang ko nak tepek!

To Barine....norbarina kan....kenal beno...

melancolia said...

haha..kalu mcm tu cmno nak kurus...ingatkan nc tiga sudu...