Friday, March 19, 2010

KERANA 93 SEN...

....Aku terpaksa bayor RM 20.93....!


Arrgghhhh! Tensen.

Ini kali kedua. Memula dulu lagi la tensen. Terlebih 43 sen jer.

Walaupun aku berazam untuk tak payah bayor bil letrik...kene gak..!

Mungkin kalo takyah basuh baju bulan ni....aku tak kena bayor bil letrik kot bln depan! Ahaks!


* Ala...kira 'kaw tim' jer tak bleh ker?

DALILA vs MARLINA

Ni Dalila. Kawan aku sejak kat SMTK. Kiut. Suara serak2 basah.


(Sori dell,aku curik gambor ko kt fesbuk)

Yang ni pulak Marlina (yg aku tau itu la namanya). Sepupu Abahnye. Kami jarang jumpa. Kalau jumpa pun biasanya time raya dan majlis2 penting je.




Ntah ape sebabnye, aku rasa diorang berdua ni iras-iras. Tang mana? Aku pun tak tau.

Yang pastinya, tiap kali aku jumpa si Marlina tu kompom aku teringat kt Dalila.



* Ada sorang lagi...Afiq idola kecil 1 dulu pun aku tgk mcm Dalila....sebab kiut kot! Ape la Gaban.....

Thursday, March 18, 2010

NEW! KOTAK BARANG GABAN

Tajuk Barang : Kotak simpan barang (bleh ke boh nama camtu?)

Harga : RM 20.00 (satu)

Terdapat dalam 4 kaler seperti dalam gambar.

Kod : Boxmerah

Kod : Boxhijau

Kod : Boxhitam

Kod : Boxpurple

Box organizer ni ada 16 poket. Saiz nye 38 cm x 30 cm x 11 cm

Box ni sesuai untuk simpan barang macam tudung, shawl, underwear.....bla..bla..bla...ikut kreativiti korang la....

Ape barang beli tudung/underwear memahal tapi lepas tu simpan penyet-penyet. Dengan adanya box ni, bebarang korang akan tersimpan dengan lebih baik lagik (contohnyer..: tudung yg ada awning)! Nak carik pun tak susah. Bukak jer penutup box tu, dah buleh nampak...pilih dan pakai jer...! Jimat masa! Jimat tenaga! Kemas lak tu..!

Kalau tak nak pakai atau nak dibawa ke mana-mana boleh dilipat je macam ni....




Mudahkan....?

Ape lagi...cepat-cepat la oder...!

Call @ sms Gaban : 019-3685955
ataupun...kalau susah-susah sgt tinggal je pesanan kat ruangan 'comment' kat bawah ni yer....!


* Isk! Berbaloi-baloi!

Tuesday, March 16, 2010

LIBANG LIBU DADA AKU

Libang libu tu dalam loghat Perak. Maksudnye...lebih kurang macam huru hara la....tak tenteram....

1. Malam tadi aku tengok muka sorang mak (dalam tv) yg anaknye kena tangkap. Kes dadah. Dek kerana dia dan si anak adalah sorang selebriti yang terkenal, wartawan pun apa lagi.....mesti la pulun nyoal itu ini..begitubegini. Sedih aku tengok si mak tu. Manalah dia tau anak dia nak buat kerja macam tu. Mak mana la tak sedih bila jadi camtu?

Aku pernah jumpa si mak. Masa aku keje kat tempat lama dulu. Tabah orangnya. Dengan kerusi roda masih lagi berusaha nak carik pendapatan sendiri. Masa tu si mak nak register company baru dia.

2. Apa yg aku tengok depan pintu Ambank tadi memang buat aku rasa semacam lak. Situasinya begini...dengan berlapikkan tikar plastik, sorang mak riba anak kecik dia. Anggaran 5 bulan la...sorang lagi anak lebih kurang baya Kak Esah dok kat kaki lima bank tu. Atas tikar yang sama tersusun la kerepek2 dan keropok2. Sorang lelaki (ayah la agaknyer sebab aku dengar si mak panggil abang) dok kat tepi pasu bunga depan bank tu jugak tapi jauh sikit dari tikar tu. Sesambil tu dia hisap rokok...fuh! fuh! kuar asap! Nampak gayanyer macam orang kita....tapi tak tau la pulak aku! Maklum aje...kat negara kita ni dah byk bangsa klon2. Kawin pun dah mix-mix!

Sedih sangat rasanya. Time tu dah dekat pukul 7 malam. Wajar ke anak2 kecik tu ada kat kwsn macam tu lagi. Kan lagi elok kalau si ayah je dok meniaga kat situ....nah...anak2 dan isteri dok kat rumah. Lebih selesa untuk anak2 tu. Tapi sebaliknya pulak....atas kaki lima bank tu la si anak2 bermain2 dan merangkak2.

Sebelum masuk bank aku belikan Kak Esah sebungkus keropok dari keluarga tu (keropok ape ntah...tapi Kak Esah memang suke mende tu...). Kata si mak 3 bungkus RM 10. Tapi aku beli satu jer. Kat rumah pun byk stok kerepek. Bwk dari kg ari tu. Masa aku nak byr si anak yg kecik dok merangkak jauh skit dari mak dia. Si Ayah...masih lagi fuh...fuh...! kuar asap. Lalu si mak panggil... "bang...tolong jap...". Dengan gaya orang takde kederat si ayah datang amik si kecik dan pas blk kat si mak.....dan dia duduk balik kat tempat asalnya....memerhati anak2 dan isterinya yang sibuk meniaga sambih menagih belas kesian dari jauh!

KURANG AJOR PUNYA JANTAN....PATUTNYA KO YG CARI REZEKI UTK KELUARGA...HUH! HAMPEH!

Masa aku kluar dari bank...si kecik tu tengah nyusu kat mak dia....di kaki lima bank...diperhati orang yang lalu-lalang....

PATUT KE?


* Jadi mak...bukan senang...! Libang-libu dada aku.....!

TUDUNG LYCRA THAI SILK

Bahan Tudung : Lycra

Bahan Awning : Thai silk

Harga : RM 28.00/helai (masih buleh dirunding)

Berkenan? Call/sms gaban : 019-3685955 @ email : nurgaban@yahoo.com







* Korang digalakkan untuk bertanya sebelum berkenan...! Konsep perniagaan gaban ....mesti bagi customer puas hati dulu...!

TUDUNG UNTUK DIJUAL

Bahan : Lycra

Harga : RM 25.00 (boleh runding)

Berkenan? Call /sms Gaban : 019-3685955


Warna : Macam-macam kaler ada. boleh request kaler ikut suka korang.

* Belian secara berkumpulan lebih digalakkan. Mungkin aku buleh bagi lagi murah kot!

INI BARU COOOBAAAANNNN!

Salam...kengkawan!



Ini adalah misi aku dalam membantu menjana ekonomi keluarga. Maklum aje...perbelanjaan semakin besar, tapi income yang masuk masih ditahap lama. Jadi aku fikir aku perlu usaha lebih! Tak gitu?


Oleh yang demikian, aku cuba-cuba untuk jual barang melalui kecanggihan teknologi sekarang! ONLINE....erm...


Walaupun aku sendiri masih ragu-ragu tentang feedback yang bakal aku terima....aku kuatkan hati untuk mencuba. Tak salah rasanya.


Untuk sementara waktu ni, aku rasa tak perlu aku bukak blog khusus untuk produk2 yang nak aku pasarkan. Menumpang di blog peribadi ni dah mencukupi kot!


Mungkin bila dah boleh menguasai ilmu berniaga secara Online, boleh aku lancarkan blog yang khusus! Mungkin lepas tu aku boleh ada empayar aku sendiri...(Huh! Gaban kalo bab berangan-angan memang la hebat sangat!)

Aku mengalu-alukan sesapa saje yang sudi singgah di blog aku ni. Malah aku amatlah menghargai sebarang komen, kritikan, cadangan mahupun tunjuk ajar dari korang!

Bagi yang mahu jadi pelanggan apatah lagi terharunya aku!

* Harap-harap kengkawan sudi bagi sokongan!

Monday, March 8, 2010

MY SAMBAL TOTOK

Kerinduan pada sambal totok bermula bila cik puan Normi menyuarakan isu sambal belancan di facebook. Lepas tu ramai pulak yang turut sama memperkatakan tentang sambal-sambal dalam pelbagai kategori.

Sebagai seorang gaban, aku rasa terpanggil untuk menghangatkan suasana dengan memperkenalkan SAMBAL TOTOK versi aku (aku ciplak dari Azie, budak Jawa Johor sesama keje ngan aku dulu). Sambal ni memang menawan hati. Walaupun rupa parasnya tidaklah begitu indah, tapi rasanya...UMPPPHHHH!

Oleh yang demikian...

Dengan lafaz Bismillahirrohmannirrohim......

Aku persembahkan.....


SAMBAL TOTOK





Tekstur sambal totok versi gaban adalah tidak basah dan tidak jugak kering. Lembab-lembab jer....

Nak rasa? Tapi maleh buat....meh datang rumah Gaban!

*Maka tamatlah riwayat nasi yang aku masak malam tadi!

Monday, March 1, 2010

KANCIL MAK



Ni Kancil arwah mak aku...

Masih cantik lagi...

Masih dalam keadaan baik lagi...

Lepas Mak meninggal Abah kata...

"Kancil tu jangan jual...kenangan..."

Kalau Abah tak cakap macam tu pun, aku takkan sampai hati nak jual kancil tu...

***

Dalam Kenangan...

Arwah Mak dapat lesen masa umur dia 54 tahun...Mak meninggal masa umur 57 tahun...

Ramai yang tercabar dengan Mak masa tu, sebab dalam usia macam tu Mak masih boleh lulus ujian memandu...

Lepas dapat lesen Arwah Mak beli kancil ni...

Arwah Mak dan Abah ke sana sini dengan kancil ni la...

Tapi, kalo nak gi tempat jauh-jauh, Mak parking kancil ni kat MIB je, sebab Mak tak berani. Dari MIB diorang akan nasik bas pulak...jalan-jalan...dating-dating...


Sekarang kancil ni ada kat rumah kakak aku. Abah aku pun duduk ngan kakak aku gak. Kalau Abah nak ke mana-mana, Yop akan bawak Abah guna kancil tu...

Mak dah takde...aku takkan pisahkan Abah dengan kancil kenangannya tu pulak...


* Mak...Alfatihah...



LET'S IKAN BAKAR

Kali terakhir aku balik kampung aku pun dh tak ingat bila...rasanya dah dekat dua bulan la. Ye la kan...Abahnye balik kampung Uganda je dah makan masa 3 minggu.

Jumaat lepas kitorang balik kampung. Abah aku kata ada jemputan kenduri rumah sepupunya hari Sabtu tu.

Yeeaaahoo!!!

Giler ah....aku rasa ni la paling lama aku tak balik...biasanya paling koman pun sebulan sekali kompom muka aku tersembul kat kg. Sampai aku rasa orang kampung aku pun boring dah tengok muka aku! Tapi kali ni kompom diorang rindu. Ahaks!

Apa yang special kat kampung aku....


Yang ni lah!



Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan Kawasan Hilir Perak namanya!



Siakap stim ni Abahnye punya. Dia makan sengsorang sampai abis.



Ketam masak pedas ni aku punya. Dua ekor...lenyap!

Pari bakar ni antara menu wajib aku kalo balik kampung!



Abahnye tengah pulun.....
***

Ni bukan kampung aku yang benor2 la actually. Abah aku start keje kat MIB ni masa aku tingkatan satu. Peh tu kitorang dok kat MIB ni. Tapi bila arwah mak aku dapat lesen memandu, mak abah aku decided untuk berulang dari rumah ke MIB.


Tapi kira kampung aku jugak la sebab separuh 'alam remaja', aku habiskan kat situ. Kat MIB tu jugak la aku potong sayur tiap-tiap petang...pukul 5 sebab time tu sure Abahnye akan lalu kat jalan depan tu. Balik keje. Tapi boleh main babai-babai je...jumpa tak berani. Ahaks!


Nak makan free? sori la...kedai tu bukan Abah aku punya. Dia keje je kat situ. Tapi kalo korang nak makan free jugak, kena call aku dulu. Nanti aku belanja!


* Lepas rindu kat semua...!