Tapi kalau kat kedai apek-apek yang besar-besar tu biasanya mahal! Banyak kali gak berfikir sebelum masuk!
But...don wori...!
Aku ada satu tempat yang murah dan berbaloi. Lokasinya kat Klang Sentral. Aku mula berkenalan ngan tempat ni masa Abahnye dok sibuk buat keje kat Thailand ari tu. So, sesambil ngator Abahnye naik bas kat situ, aku sempat la buat spa kaki atau dengan panggilan manjanya 'memberi ikan makan kakiku'. Tempat ni tak berapa besor sangat, simple, selesa dan semestinya murah!
Ni la tempatnyer....(ok la utk yg berbajet kecik mcm aku!)Kali pertama aku mencecahkan kaki ke dalam kolam ikan tu, rasa macam nak menjerit pun ada. Digeletek-geleteknya bawah tapak kaki aku....Tapi sekarang ni aku dah biasa dah....buat donno jer..!
Antara faedah fish spa ni:
Melicinkan kulit dengan menghilangkan sel-sel kulit mati (kenyang ikan tu makan kulit aku yang memang dah banyak tak idup!)
Mengurangkan parut-parut kecil
Memperbaiki dan melancarkan perjalanan darah melalui urutan (gigitan) mikro oleh ikan
Membantu mengurangkan stress
Menurut pakcik tuan kedai (namanya lupa nak tanya), ikan yang diorang guna tu namanya Garra Rufa atau turut dikenali dengan nama doctor fish. Diimport dengan harga RM 20.00 sekor. Manakala penapis air untuk kolam ikan tu pulak adalah daripada batu gunung berapi. Mungkin sebab tu jugak la bila aku masukkan kaki dalam kolam tu rasa sejuk dan sedap jer. Fresh je kaki!
Pakcik kedai ni turut membuka sebuah cafe' kat sebelah fish spa dia. Aku belum cuba lagi makanan kat situ, Insyaallah...satu hari nanti....
Yang paling aku suka, pakcik tuan kedai ni tak berkira sangat dan tak kedekut 'inpomesen'. Ditakdirkan masa aku datang tu takde pelanggan lain, pakcik tu kasi aku guna khidmat ikan-ikan tu sampai aku rasa puas hati. Huh! Sejam aku dok kat situ!
Masa nak bayar, aku tanya la pakcik tu, BRAPE CAS NI PAKCIK?
Dia jawab "macam biasa la...RM 5.00 sepasang kaki". So, malam tu kitorang kena bayar RM 10 jer untuk dua pasang kaki selama 1 jam perkhidmatan. Kan berbaloi-baloi tu!
Pakcik tu kata lagi, bukan dia rugi apa-apa pun kalo bagi kitorang guna lama-lama. Dah takde customer lain, dok je la berapa lama suka.
Dari ayat itu aku paham la....'kalo ada orang lain datang...pepandai la bawak diri!'
Gambar kitorang ni aku mintak tolong pakcik tu amikkan. Dengan rela hati dia tolong sebab aku janji nak ajak kengkawan lain datang sama kat fish spa dia!
Ni la Pakcik tuan kedai dengan wife dia Cik Ani (aku baca nama dia kt name card)
*Ye kawan-kawan...jemput la!
1 comment:
5 hengget je? utk berapa lama tu? aku belum pernah cuba sebab tak berani...mau aku mengekek-ngekek tak berenti plaknya kang...
Post a Comment