Wednesday, November 25, 2009

SEPANJANG PERJALANAN

Aku tinggal di Shah Alam, bekerja di Kampung Pandan KL. Setiap hari aku memandu ditemani Kak Esah yang setia di tempat duduk belakang. Perjalanan pergi biasanya mengambil masa 30 hingga 45 minit sahaja. Tapi, perjalanan balik.......kadang-kadang lebih dari 2 jam pun belum tentu sampai lagi. TRAFFIC JAM? Memang dah jadi makanan aku dah.

Dah hampir setahun aku berulang alik ke KL. Sepanjang tempoh tu jugak aku dapat menyaksikan macam-macam kejadian kat Federal Hiway yang dah jadi laluan wajib aku tu. Terutamanya eksiden la.....boleh dikatakan setiap hari ada je eksiden yang aku jumpa. Biasanya, eksiden berantai (aku yang bagi nama ni). Mana taknya, kadang-kadang melibatkan lebih daripada 5 buah kereta. Puncanya, sikap tak sabar pemandu-pemandu di Malaysia! Dalam istilah zaman sekarang ni "main cucuk-cucuk!". Dah tau jalan tu jam, nak jugak bwk laju-laju. Akibatnya, dia langgar bontot dia, dia tu pulak langgar bontot dia tu dan seterusnya!

Perjalanan aku semalam betul-betul buat aku seriau. Bila teringat je...meremang bulu roma aku. Nyilu rasa setiap sendi.

Alkisahnya......

Aku keluar dari rumah lebih kurang pukul 10.30 pagi semalam. Bila dah lepas tol Batu 3 tu, berat sangat rasa mata. Terlupa pulak nak bawak ubat mengantuk aku....apa lagi makanan dan kudapan la! Aku terus gak memandu. Sampai area Mentari Court, ala lebih kurang dekat bawah jambatan Pulau Pinang tu, kalau korang perasan ada bus stop kan.....

...Masa tu, laluan ke KL agak sibuk gak la. So,aku memang pandu perlahan tapi di line tengah. Tetiba aku terperasan satu Waja yang tak tentu arah di laluan menghala ke Shah alam. Disebabkan aku bawak slow, aku memang nampak la apa yang jadi masa tu.

Macam ni....

Kete waja tu mungkin dah dilanggar di bontotnya berdasarkan remuk kat bumper belakang. Masa tu dia mungkin di line kiri. Kemudian dia terlanggar sebuah bas Rapid KL yang berhenti di bus stop kt situ. Remuk pulak bumper depan. Mungkin disebabkan tak dapat nak kawal stering, Waja tu seterusnya tersasar ke line tengah dan melanggar sebuah lori di line paling kanan. Sekali lagi dia tersasar. Kali ni dia kembali ke line paling kiri dan melanggar sebuah lagi kenderaan, kalau tak salah aku...lori ataupun bas. Mujur waja tu terhenti di situ. Kalau tak aku tak dapat bayangkan selebihnya, mungkin dia akan melanggar @ dilanggar kenderaan lain @ terbalik!

Ya Allah, aku masih ingat lagi macam mana pemandunya, seorang perempuan pakai tudung kaler pink, tersengguk-sengguk dan terhentak-hentak di stering. Semuanya jelas!

Aku mengucap panjang......Walaupun dalam hati nak sangat tahu ape nasib pemandunya, tapi aku kena teruskan perjalanan gak. Kang tak pasal-pasal aku kene maki ngan kete kt blakang.

Dalam hati masih teringat-ingat eksiden tadi tu. Macam manala keadaan pemandunya? Belum sempat reda perasaan seriau aku, tetiba aku terpandang ramai orang berkumpul di laluan motosikal berhampiran susur ke Amcorp Mall. Ya Allah...ape lagi ni....

Kelihatan sebuah motosikal dah terbalik di tepi jalan. Kemudian pulak, seorang lelaki yang kesakitan terduduk berhampiran motosikal tu.

Aduh! Eksiden lagi. bertambah-tambah seriau aku. Untuk pengetahuan korang, hari sebelumnya, anak jiran aku masuk UH sebab jatuh motosikal masa mengelak sorang pompuan yang tengah amik nametag dia yang jatuh kt laluan motosikal.

Bila tengok eksiden ni memang seriau je rasanya. Sampai rasa macam taknak bwk kete je. Kalau boleh biar tempat yang nak dituju tu yang datang sendiri kat kita. Tak yah susah-susah.

* Ya Allah permudahkanlah perjalanan ku mencari rezeki di bumiMu...!

** Oh ye!....Abahnye dah balik!

3 comments:

DYLA said...

oooo bahayanye lalu kat federal...

mujur bukan laluan aku hari2...

kalau aku jadi ko, ntah2 tak leh nak tido malam, asik teringat je...

tunfrida said...

betul, federal hiway tu mmg byk traffik dan lebih mmburukkan bila ada saja xcident.

semoga selamat, gaban.

kak esah jgn lupa pakai seat belt duk belakang tu...berbahaya kalau tak pakai, mana tau mamanya brek mengejut dlm kesesakan tu.

***

tahu tak kes xcident di jelatek, Mei lalu, satu kereta 7 orang yg nak g keramat, majlis bertunang, xcident tgh malam pasal 'salah baca' trafik light tu?

ceritanya terpapar di emergency @ tv 9 minggu lepas, rakaman sebenar, sedih tengok anaknya yg tercampak tu nyawa2 ikan. she passed away 5 hours later di hkl. al-fatihah.

gaban said...

dyla...sampai ari ni bila teringat, meremang bulu roma aku tau.

nomi...insyaallah, probelmnya bila kita bwk elok2 orang yg bawk tak elok pulak yg datangkan problem!

kak esah selalunya baring kat sit blkg tu. ZZZzzzz

aku slau terlepas nak tgk emergency tu. br skali je dpt tgk