Thursday, November 26, 2009

AMBOI....AMBOI...!

Abahnye balik semalam. Anak-anak punya la suka. Mamanye pun suka jugak!



Aku dah seminggu x beli bahan mentah kat dapur. Macam biasa, kalau abahnye takde, aku masak yang sempoi-sempoi je. Yang penting makanan untuk anak-anak. So, agak-agak lapar, aku pulun je la bubur nasi Khadijah. Biasanya aku memang masak bubur banyak-banyak! Senang aku nak tumpang!



Disebabkan xde bahan mentah, maka abahnye mengeluarkan arahan supaya di dail je 1300-13-1300. Tak lama kemudian, sampai la adik hensem (hensem?) yang hantar makanan tu.


Apa lagi? Pulun la......

Antara kami berempat, ada sorang anak dara ni yang melebih-lebih. Tengok je la aksinya ni...!



Amboi....amboi....Khadijah. kalau dah dapat makanan....kamera mama pun dia dah tak heran. Kalau tidak pantang nampak kamera, tentudia nak capai!



* Alhamdulillah...dapat gak kami sambut Aidiladha dengan Abahnye!

Wednesday, November 25, 2009

SEPANJANG PERJALANAN

Aku tinggal di Shah Alam, bekerja di Kampung Pandan KL. Setiap hari aku memandu ditemani Kak Esah yang setia di tempat duduk belakang. Perjalanan pergi biasanya mengambil masa 30 hingga 45 minit sahaja. Tapi, perjalanan balik.......kadang-kadang lebih dari 2 jam pun belum tentu sampai lagi. TRAFFIC JAM? Memang dah jadi makanan aku dah.

Dah hampir setahun aku berulang alik ke KL. Sepanjang tempoh tu jugak aku dapat menyaksikan macam-macam kejadian kat Federal Hiway yang dah jadi laluan wajib aku tu. Terutamanya eksiden la.....boleh dikatakan setiap hari ada je eksiden yang aku jumpa. Biasanya, eksiden berantai (aku yang bagi nama ni). Mana taknya, kadang-kadang melibatkan lebih daripada 5 buah kereta. Puncanya, sikap tak sabar pemandu-pemandu di Malaysia! Dalam istilah zaman sekarang ni "main cucuk-cucuk!". Dah tau jalan tu jam, nak jugak bwk laju-laju. Akibatnya, dia langgar bontot dia, dia tu pulak langgar bontot dia tu dan seterusnya!

Perjalanan aku semalam betul-betul buat aku seriau. Bila teringat je...meremang bulu roma aku. Nyilu rasa setiap sendi.

Alkisahnya......

Aku keluar dari rumah lebih kurang pukul 10.30 pagi semalam. Bila dah lepas tol Batu 3 tu, berat sangat rasa mata. Terlupa pulak nak bawak ubat mengantuk aku....apa lagi makanan dan kudapan la! Aku terus gak memandu. Sampai area Mentari Court, ala lebih kurang dekat bawah jambatan Pulau Pinang tu, kalau korang perasan ada bus stop kan.....

...Masa tu, laluan ke KL agak sibuk gak la. So,aku memang pandu perlahan tapi di line tengah. Tetiba aku terperasan satu Waja yang tak tentu arah di laluan menghala ke Shah alam. Disebabkan aku bawak slow, aku memang nampak la apa yang jadi masa tu.

Macam ni....

Kete waja tu mungkin dah dilanggar di bontotnya berdasarkan remuk kat bumper belakang. Masa tu dia mungkin di line kiri. Kemudian dia terlanggar sebuah bas Rapid KL yang berhenti di bus stop kt situ. Remuk pulak bumper depan. Mungkin disebabkan tak dapat nak kawal stering, Waja tu seterusnya tersasar ke line tengah dan melanggar sebuah lori di line paling kanan. Sekali lagi dia tersasar. Kali ni dia kembali ke line paling kiri dan melanggar sebuah lagi kenderaan, kalau tak salah aku...lori ataupun bas. Mujur waja tu terhenti di situ. Kalau tak aku tak dapat bayangkan selebihnya, mungkin dia akan melanggar @ dilanggar kenderaan lain @ terbalik!

Ya Allah, aku masih ingat lagi macam mana pemandunya, seorang perempuan pakai tudung kaler pink, tersengguk-sengguk dan terhentak-hentak di stering. Semuanya jelas!

Aku mengucap panjang......Walaupun dalam hati nak sangat tahu ape nasib pemandunya, tapi aku kena teruskan perjalanan gak. Kang tak pasal-pasal aku kene maki ngan kete kt blakang.

Dalam hati masih teringat-ingat eksiden tadi tu. Macam manala keadaan pemandunya? Belum sempat reda perasaan seriau aku, tetiba aku terpandang ramai orang berkumpul di laluan motosikal berhampiran susur ke Amcorp Mall. Ya Allah...ape lagi ni....

Kelihatan sebuah motosikal dah terbalik di tepi jalan. Kemudian pulak, seorang lelaki yang kesakitan terduduk berhampiran motosikal tu.

Aduh! Eksiden lagi. bertambah-tambah seriau aku. Untuk pengetahuan korang, hari sebelumnya, anak jiran aku masuk UH sebab jatuh motosikal masa mengelak sorang pompuan yang tengah amik nametag dia yang jatuh kt laluan motosikal.

Bila tengok eksiden ni memang seriau je rasanya. Sampai rasa macam taknak bwk kete je. Kalau boleh biar tempat yang nak dituju tu yang datang sendiri kat kita. Tak yah susah-susah.

* Ya Allah permudahkanlah perjalanan ku mencari rezeki di bumiMu...!

** Oh ye!....Abahnye dah balik!

Monday, November 23, 2009

"Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B


Hati tergerak untuk joint contest ni setelah terbaca entry dalam blog beberapa orang kawan.

Setelah difikir-fikir, rasanya gambar ni cukup bagus untuk dikongsikan dan menyertai contest ni.


Yang empunya diri dalam gambar ni bernama NUR KHADIJAH DAFINAH BINTI ASAN ALWI. Baru berumur 7 bulan setelah dilahirkan pada 22hb April 2009. Khadijah merupakan anak kedua mamanye dan abahnye, selepas kakaknye, Aisyah.

Sehingga entry ini ditulis, Khadijah baru pandai bergerak dengan lagak seperti seorang 'rambo' yang sedang 'skodeng musuhnya'. Ada gaya nak merangkak tapi belum mula bergerak. Mungkin sebab Khadijah belum dapat menguasai skill merangkak sepenuhnya.

TAPI...Khadijah dah mula berpaut pada objek-objek disekelilingnya, contohnya; kerusi dan mamanye untuk bangun dan berdiri. Seringkali Khadijah berjaya dalam cubaannya! Tapi ada masanya Khadijah tersalah langkah dan jatuh 'bedebab!'. Yang positifnya, Khadijah ni tak pernah serik untuk mencuba. Jatuh.....nangis kejap....try lagi!

Harap-harap Khadijah cepat pandai berdiri sendiri supaya nampak lebih bergaya untuk menggayakan baju yang di design oleh Pn. Cuda nanti! (berfikiran positif seolah-olah dah kompom buleh menang....ahaks!)


*To Pn Cuda, setiap benda yang u design semuanya kiut miut. Hati ni memang dah terpaut! Memang nak oder tapi nak try dapatkan yang free dulu la. Ahaks! Ahaks! (Ni bukan bodek tau...ikhlas!)


**Alahai anak mama...doa mama sentiasa mengiringi Khadijah. Good Luck!
Isk! macam nak g berjuang kat medan perang lak...ahaks!

Saturday, November 21, 2009

MEET UNCLE OPONDE

Uncle Oponde ni sebenarnya salah sorang kawan Abahnye yang datang dari Cameroon, Afrika untuk training kat sini. Dia datang bersama 4 orang lagi kengkawannya. Tapi dua daripadanya dah balik.


Untuk rekod, Abahnye berkenalan dengan Uncle Oponde ni kira-kira 2 tahun lepas. Masa tu Abahnye outstation kat Cameroon. Lama la jugak. Sebulan lebih. Kalau diikutkan, Abahnye dah boleh balik awal, tapi menurut diorang, masa tu ada rusuhan kat sana. So, Abahnye tak dibenarkan keluar daripada kawasan kilang dan ladang diorang.


Sejak balik daripada Cameroon tu, Abahnye asyik bercerita tentang Uncle Oponde ni. Katanya, Uncle Oponde la yang paling sibuk melayan dia kat sana. Cakap je nak ape....Uncle Oponde akan cuba dapatkan. ("Oponde....ada tak Abahnye mintak carikkan pompuan?")


Abahnye selalu bercerita tentang kehidupan orang-orang kat sana. Kesian. Diorang hidup serba kekurangan. Tak macam kita kat sini. Mewah dengan makanan. Kat sana, diorang biasa makan pisang ngan ubi kayu je. Ada jugak aku tengok gambar yang Abahnye amik kat sana. Daripada pengamatan aku, kampung aku lebih elok daripada pekan diorang.


Kata Abahnye, Uncle Oponde selalu cakap dia teringin nak datang Malaysia. Uncle Oponde nak tengok macam mana keadaan kat Malaysia, sebab dia selalu dengar cerita yang Malaysia ni cantik, bersih, maju, aman.......bla...bla...bla...


Abahnye dan Uncle Oponde still berhubung walaupun dah lama tak berjumpa. Sehingga la dalam bulan lepas, Abahnye kata Uncle Oponde call dan kata dia akan datang ke Malaysia.


Sebelum Abahnye ke Thailand ari tu, dia bawak kami sekeluarga ke hotel tempat Uncle Oponde menginap. Kata Abahnye, Uncle Oponde nak sangat bertemu dengan kami. Sebelum ni dia cuma tengok gambar je.


Uncle Oponde ni ramah orangnye. Tak habis-habis memuji .... Malaysia is good! The road is clean! Ilike Malaysia very much! (guna slanga african ye!). Aku kata..."ha...wait until you see Putrajaya." Masa bersembang ngan dia pening gak la kepala aku. Mana taknya, dah la english aku ni kira hancur, kene lak nak memahamkan english versi african dia! Sempat gak dia ngadu yang wife dia kat sana nangis jek masa call dia. Padan muka. Baru tau macam mana aku rasa masa Abahnye tersangkut kat sana ari tu....Ahaks!


Masa jumpa dia tu, aku bawakkan sikit pizza ngan karipap. kata Abahnye, Uncle Oponde minta dibelikan ubi rebus. Tapi tak sempat aku nak ke pasar. Esoknya, Uncle Oponde call aku dari Putrajaya dan cakap..."Hello madam, tq for the food. its very good. Putrajaya.....very beautiful". He..he..!


Khadijah suka sangat dengan Uncle Oponde ni. Asik la berdukung. Uncle Oponde kata mungkin Khadijah rasa macam naik kenderaan yang besar dan selesa sebab dia kan gemuk! Khadijah tetap nak g ke Uncle Opondenye walaupun aku dah amik dia. Kak Esah, jangan harap la....dia ada kisah silam ngan orang yang berkaler begitu!


Uncle Oponde kata kat Khadijah ngan Kak Esah, " U 2 have good fortunate bcoz u born in Malaysia". Lebih kurang gitu la katanya....


Sekarang ni, Uncle Oponde masih di Meru. Abahnye pulak belum balik dari Thailand. Kalau ikut jadual, Uncle Oponde akan balik pada 5 Disember ni.



* Harap-harap aku boleh masakkan sesuatu untuk dia rasa. Tapi Abahnye kene la ada sama....kang kene gosip lak!


* Abahnye pun......balik la naknye....!



Tuesday, November 17, 2009

CAMERON HIGHLANDS

Episod 2 (Akhir)
Hari kedua yang juga hari balik bagi kitorang. Kitorang bersarapan lebih kurang je. Cuma makan roti yang kitorang beli semalamnya dan bancuh nescafe dengan milo je. Bukan ape, malas pulak rasanya nak keluar. Alang-alang, baik terus check out je.
Lepas ngemas semua barang-barang kitorang pun bersiap-siap la untuk check out. Tapi sebelum tu, kena la bergambar kat lobi dulu...chewah!



Gud Bai...!!!

Dalam perjalanan balik, kitorang singgah la mana-mana tempat yang nampak menarik je.



Yummy!!!



Kalau ke tanah tinggi ni aku rasa mesti kita kena terjah ladang teh. Barulah complete. Dari peta yang kitorang beli, kitorang carik la Ladang Teh Boh. Kiranya, brand yang glemer gak la kan kt negara kita ni. Mak Oih...perjalanan mendaki bukit kepuncak memang la dahsyat. Berliku-liku. Risau je...takut kereta bertembung dengan kereta lain. Iskh! seriau! Tapi Alhamdulliah, Selamat la sampai......


Rupa-rupanya, dari tempat parking kereta tu, kitorang perlu mendaki lagi. Kali ni dengan gunakan kaki sendiri. Tingginya cuma 174m je dr parking kereta tu. Kalau ikutkan memang la aku tak lalu nak naik. Tapi rasa rugi lak. So, aku tabahkan hati. Sambil mendukung Khadijah, aku termengah-mengah! Kompom, balik ni aku kena lebihkan exercise. Mana taknya, masa mendaki tu aku rasa dada aku ni macam tersumbat jek! Bahaya nih!




Adoih! Mengah...mengah! Tapi berjaya gak sampai kt puncaknya!

Bila dah sampai kat puncak tu......aaaaaamin........! Sejuk mata memandang. Segalanya hijau. Indahnya ciptaan Allah. Insaf jap!

Masa dok sibuk berposing-posing, terasa titisan hujan dah mula turun. Alahai....belum puas lagi menikmati pemandangan ladang teh...hujan dah turun pulak. Terpaksa la kitorang turun. Peh tu, singgah jap kat kedai teh diorang, minum-minum dan beli sikit barang untuk bawak balik. Mula-mula nak gak masuk kilang dia, tengok macam mana diorang proses daun teh tu, tapi bila kaki aku dah mula rasa terketar-ketar...lupakan je la. Masa tu dalam hati aku ada satu benda je yang aku pikir.....NAK MASUK KERETA......dan TIDO!!!



Refreshing...!

Dalam perjalanan balik terdapat banyak gerai-gerai orang asli yang menjual buah durian, petai, tampoi....Apa lagi, sebagai penggemar durian yang tegar, dah tentu la kena singgah kan! Maka musnah la beberapa bijik durian di mulut kitorang! Lepas membelasah durian, aku beli sikit petai untuk dijadikan 'salad' dan buah tangan untuk kengkawan!




Perjalanan diteruskan. Kiri kanan cuma nampak hutan je. Hari dah mula nak gelap. Ada tanda-tanda hujan nak turun. Tetiba kitorang terbau bau yang amat busuk. Cesh! Khadijah buat angkara rupanya. Mujur la masa tu dah dekat dengan Lata Iskandar. So, sekali lagi kitorang terpaksa berhenti untuk mencuci poo poo si Khadijah tu. Bayaran guna tandas = RM 0.20. Aku puas hati sebab tandasnya bersih!

Selesai task mencabar yang diberikan oleh Khadijah, kitorang tuju ke air terjun Lata Iskandar jap. Sekadar membasahkan kaki je. Nak mandi? Tak payah la kot. Masa pun dah lewat, cuaca pun dah semacam. Bahaya berada di air terjun musim-musim hujan ni!

Rasanya sampai situ je la.....perjalanan kitorang teruskan. Kitorang sampai ke Meru dalam pukul 8++. Hantar En. Kabul balik ke rumah dan seterusnya menuju ke rumah kitorang plak.


Alhamdulillah, trip kitorang kali ni cukup memuaskan. Apa sebab aku puas hati ?


1) Memang aku teringin nak ke Cameron Highlands sebab dah lama tak pegi.

2) Penginapan yang aku rasa cukup selesa.

3) Rata-rata tandas yang aku masuk semuanya bersih. Tak kisah la walaupun kena bayar.

4) Akhirnya aku dapat pulun aiskrim setoberi. Aku memang ngidam nak makan benda ni sejak aku ngandungkan Khadijah lagi.

5) Dapat habiskan masa dengan family. Bukan senang.....



*Macam biasa....setelah berehat selama sehari dirumah, abahnya hilang lagi....! Kali ni dia ke Trang, Thailand. Abahnya...abahnye...!

Sunday, November 15, 2009

CAMERON HIGHLANDS


Episod 1


Perjalanan kami ke Cameron Highlands ni di'sponsor' sepenuhnya oleh Bos Abahnye. Sebenarnya, kompeni dia ada buat family day tapi masa tu, Abahnye terpaksa ke Indonesia dengan sorang lagi pekerja, En. Kabul. Untuk pengetahuan korang, Encik Kabul ni pekerja dari Indonesia yang terpaksa tinggalkan family dia untuk carik nafkah kat sini. Jangan risau, dia kerja secara sah!





Yang baju biru tu la En. Kabul....

Disebabkan kedua-dua mereka ni tak dapat joint family day yang dah lepas ari tu, dengan murah hatinya Bos diorang, Mr. Lee, menghadiahkan balik kat diorang trip 3 hari 2 malam beserta duit minyak, duit makan dan penginapan di Equatorial Resort, Cameron Highlands. Apartment 2 bilik. Ok sangat! Thank You Mr. Lee.....next year bg lagi yer!

Trip bermula pada lebih kurang pukul 2 ptg. Kitorang melalui jalan dalam (ikut Kuala Selangor-Tg. Karang-Teluk Intan-Tapah-Cameron Highlands). Kitorang singgah kat kampung aku, kat area Bagan Datoh untuk amik sorang anak buah aku, Ijat, yang sanggup ponteng sekolah semata-mata sebab nak ikut aku. Lebih membanggakan, kakak aku sefamily termasuk Abah aku sekali nak ikut jugak. Ni semua langsung tak dirancang, tetiba jek...! Lagi best kalau pegi reramai.

Separuh daripada yang terlibat dalam trip kali ni!

Kitorang sampai kat apartment tu dah malam. Lebih kurang pukul 9 malam. Lepas Check In dan melepak jap dalam bilik, kitorang kluar makan. Disebabkan kitorang tak berapa kenal lagi dgn kawasan Cameron Highlands ni, kitorang main singgah je kat food court yg kitorang nampak. Hasilnya, sungguh hampeh! TAK sedap dan harganya pulak TAK berbaloi-baloi.

Maleh aku nak bubuh gambar makan-makan. Nyampah!

Pepagi esoknya, kitorang terjah ladang strawberi. Lepas tu Ladang teh. Sampai situ je......Family kakak aku dengan Abah aku terpaksa balik. Yang tinggal Ijat sorang je dengan kitorang.

Poyo je posing petik strawberi! Ni la kakak aku yang sulung!


Hensemnya...Abah sape la tu agaknya yer?


Babai...!!!

Walaupun team kitorang dah kurang, kitorang teruskan penjelajahan ke sekitar Cameron Highlands ni. Banyak tempat yang cantik. Antara tempat yang kitorang masuk termasuk la Butterfly Farm, Rose Valley, Bee Farm........dan beberapa tempat jualan hasil setempat yang kitorang singgah sekejap-sekejap jer....!

Malangnya, kamera aku abis bateri, so, banyak la benda-benda yang cun melecun yang aku x dapat nak amik gambarnya. Tapi, ada la jugak yg aku tumpang kamera En. Kabul...he! he!


Enjoy la the gambar ye!

Bunga Ros diorang besar-besar....kagum aku!


Yummy!


Mesti si Iman tu pikir apa la nak jadi ngan Maksu dia!

Melekat je Kak Esah ngan Abahnye! Huh!


Ulat-ulat strawberi.....!

Sebelah malam, kitorang singgah ke pasar malam kat Brinchang masa nak g makan malam. Pasar malam ni terletak betul2 kat depan Balai Polis Brinchang. Aku beli sikit souvenir utk kengkawan, sikit kudap-kudapan dan try strawberi cokelat. Susah betul, habis satu pasar malam aku round, hampir semuanya berbangsa cina. Aku kurang rela nak beli kat diorang, mujur la at the end of the pasar malam, sorang akak tu sapa dan offer aku untuk beli strawberi coklat dia. Ada gak orang kita yang meniaga...amin.


Rambang mata tengok bunga...pompuan mana yang x suka bunga? habaq mai kat aku!


Aku try strawberi madu ngan coklat. Harga secucuk RM 2.00


Dari pasar malam, kitorang bergerak untuk carik santapan untuk malam tu. Kali ni kitorang lebih berhati-hati. Pilihan kitorang ialah sebuah restoran makanan ala-ala Thai. Okla.....lebih baik daripada yang semalam tu!

Disebabkan badan dah keletihan lepas seharian menjelajah sekitar Brinchang dan Kea Farm pada siangnya, kitorang putuskan untuk balik je ke bilik. Berehat dan bersedia untuk terus menjelajah pada hari esok......