Thursday, August 6, 2009

JALAN-JALAN DIHARI SELASA?

Ari Selasa malam ari tu, Abahnye tunai janjinya pada Kak Esah dan Khadijah. Dah lama sebenarnya Kak Esah minta dibawa ke Taman Arnab. Tapi selalu je lupa. Padahal bukannya jauh pun. Kat tepi Giant Seksyen 13 tu je.



Kami pergi dah malam. Sampai sana dah pukul 9.10 malam. Taman tu tutup pukul 9.30 malam. Kalau diikutkan memang la rugi kalau masuk time tu. Dapat main kejap je dengan arnab2 kat situ. Tapi Abahnye tetap nak masuk jugak. Sian Kak Esah katanya.


Comel-comel arnab2 kat situ. Macam-macam jenis yang namanya aku memang tak tau nak sebut. Biasanya, diorang akan lepaskan beberapa ekor arnab kat taman kecik kat situ. Jadi...dapat la pengunjungnya berkejar-kejaran dengan arnab. Tapi sebab kami sampai dah lewat...xde la aktiviti macam tu. Lagipun aku tengok arnab2 tu semua dah buat muka toya. Ye la...diorang pun reti jugak nak tido.


Lupa lak...bayaran masuk murah je. RM 3.00 sorang. Kalau datang ngan family save sikit. Ada pakej. RM 10.00 untuk 5 orang sefamily. Buka dari 9.30 pagi sampai 9.30 malam. Ada gak diorang jual pallet untuk kasi makan kat arnab2 tu. RM 1 sepeket. (patutnya free je la kan, yang kita bagi makan tu kan arnab diorang gak..bukan kita yang makan)

Happy nyer Kak Esah dapat main-main ngan arnab. Kasi arnab makan. Lari sana-sini. Khadijah setakat tersengeh-sengeh je. Tapi dah pandai meronta-ronta nak turun. Eleh...macam la dah besar sangat!




Lepas tu Abahnye tanya nak makan ape.....jawapannya - terserah pada yang nak blanja.


Abahnye bawak gi sini....




Lama dah tak datang sini. Kami ni bukan jenis makan luar. Kalau makan kat luar pun biasanya mesti kat fast food. Kalau ada kedai makan yang kami berkenan...alamatnya kat situ je la yang kami singgah. Sampai jemu..pastu baru carik yang lain. Kami ni jenis setia...ahaks!

Kami suka gi sini sebab lokasinya la. Kat Tasek Shah Alam. Belakang Masjid. Kira macam dalam taman gak la. Ramai gak orang lepak.

Punyala panjang berjela menu dia. Yang kami order tetap la sama...chicken chop ngan nasi goreng nenas ikan masin. Memula Abahnye nak order Raja Lumu Steak. Tapi sebab aku x makan daging dari haiwan berkaki 4 tu...dia kenselkan je niat suci nya. (bagus...bagus....)

Rupa boleh tahan. Rasa....kureng la. Dulu-dulu aku makan sedap je...kali ni kureng skit la rasanya! (tukar tukang masak kot!)

Dah kenyang perut kami pun balik. Hari pun dah lewat malam.

Macam best je kan. Hari Selasa pun nak gi jalan-jalan gak. Tapi kalau dah tetiba je abahnye bawak gi jejalan & makan-makan tu...pepaham je la maksudnya.


YE....SEAWAL PAGI RABU ABAHNYE DAH BERANGKAT KE DUMAI PULAK!!


*Huh! Outstation lagi....!Tensen...tensen....!

4 comments:

Unknown said...

kedai kopi...
aku pun nak brtnya, masih sedap lagi ke hidangan kat situ.

rindulaaa nak lepak-lepak di shah alam yg permai itu...

DYLA said...

lawak la ko gaban... salah ko gi memalam tu napa. sian kak esah dpt main arnab jap je..sian arnab nak berehat tak dpt. kene lak gomol lg ngan kak esah.

aku tak penah pun tau ada taman arnab. nanti aku nak gi la...

eh, masuk bayar ek.

gaban said...

frida...ntah la, aku rasa macam dah kureng. tak tau la kot tekak aku yg merajuk malam tu!

DYLA...bayor la beb!

zairol said...

kak husna pun ada dpt tiket free cikgu skolah die bg pi tmn arnab tu ..tp disebabkan wabak penyakit h1n1 ni xdptla nk pi kena elakkan dr aktiviti luar even nk beriadah kt taman pun..sian my childs asyik dok umh je..