Tuesday, August 11, 2009

H1N1

cantik gak mende ni yer....


Hari ni macam biasa la, aku gi keje kat dewan makan tu. Cuma bezanya aku pegi satu keluarga. Kebetulan abahnye cuti (bayar hutang sebab tinggalkan kitorang lama sangat).

Sampai kat dm macam biasa jugak, aku cek la sana sini. Kot-kot ada yang tak bersih. Peh tu tengok makanan dah ready ke belum. Panggil budak yang masak tu (Minah)...then interview la apa yang patut.


Antara topiknya termasuk la menu istimewa yang aku plan nak bagi kat bebudak di bulan puasa nanti. Mende-mende macam tu memerlukan aku berjumpa dengan pegawai eksekutif yang bertanggungjawab memantau keje-keje kitorang sebagai pembekal makanan. En. Hazandi namanya (bukan nama sebenar...ahaks!). Tiba-tiba.....


OPOCOT!

Terkejut aku bila Minah kata En. Hazandi & family dia kena kuarantin sebab dijangkiti H1N1. Terus aku jenguk ke tingkap. Rumah (kuaters) En. Hazandi tu betul-betul berdepan dengan dm. Pintu tertutup rapat.


Memang bahaya. Mana tak nye, kat situ kan hostel. Hostel lelaki je ada dekat2 200 orang. Buatnya terkena kat salah seorang student plak? Payah.......


Setakat ni aku ambil langkah berjaga-jaga. Semua pekerja aku suruh pakai mask sentiasa. Lebih-lebih lagi masa serv bebudak makan.

Kepada keluarga En. Hazandi yang banyak berjasa, aku cuma boleh bantu dari segi makanan jugak. Dia kan tak boleh keluar rumah...dah tentulah takde makanan kat rumah tu. Kalo ada pun mesti dah nak abis. So, Minah akan letak makanan kat atas kerusi depan rumah dia. Peh tu lari laju-laju. (Cesh! macam nak mengebom pulak lagaknya!)


Harap2 En. Hazandi & family tak apa2. Aku doakan dia sekeluarga cepat sembuh.


TERUS TERANG aku cakap, aku memang tak ambil tau sangat pasal H1N1 sebelum ni. Setakat menghitung jumlah kes dan kematian je. Itu pun tengok kat berita je. Peh tu, cakap: "kesian...kesian". Tapi hari ni aku mula ambil berat. Berat sangat!


Aku cadang mulai esok aku xnak bawak Kak Esah. Aku bagi dia cuti. Bahaya gak bawak dia ni. Budak kecik...antibodi ntah kuat ntah idak.


H1N1 ni pun satu hal jugak...kalau datang senyap2 je. Tetiba je...serang. Tak bagi tempoh lak tu. Tau-tau mangsa dah kritikal je. Lagipun tanda2 H1N1 ni tak berapa pelik sangat. Setakat selsema, demam, sesak nafas....macam penyakit biasa je kan. Susah nak dibezakan.


Takde vaksin ke untuk penyakit ni?


Kepada pemakan-pemakan menatang yang menjadi punca virus tu...udah-udah la ye...Dah berapa banyak penyakit yang dibawak dek menatang tu. Tak ingat ke dulu...JE! Hebat gak penangannya! Korang try la makan menatang lain plak, takpun jadi 'begiteriyen' je!


Ada orang nasihatkan aku supaya tambahkan dan lebihkan bawang putih dalam masakan/makanan untuk tambah antibodi dalam badan. Betul ke?


Entah la....harap-harap H1N1 ni takkan berpanjangan.


Apa yang boleh aku buat sekarang ni cuma lebih berjaga2. Buat masa ni aku nak hadkan keluar ke tempat awam, shopping complex...tadipun ikutkan hati nak gi times square jap. Tapi jadi tawar hati bila tau pasal kes ni.


Korang-korang pun baik-baik ye...jangan keluar sangat time macam ni. Bersamalah kita membenteras H1N1. Kan ke mencegah itu lebih baik daripada mengubati.




*Ya Allah, permudahkan la hidup aku & keluarga dan jauhkan la kami dari H1N1. Amin.

3 comments:

Unknown said...

aku pelik skit, di US dan UK [berdasarkan cerita org2 yg menetap disana] idak pulak mereka risau benor. idak pun pakai mask segala...rilexx je. walhalnya dekat je dia dgn mexico tu.

ke ini benar2 ujian untuk kita di mesia ni?

vaksin masih dalam pembikinan, mak kak esah. ujung tahun ni bari dijual ke pasaran dunia.

stakat ni antiviral je ada, tapi hanya org yg benar sah dijangkiti dan sedang mendapat rawatan je bley amik. sebab kalau kita yg sihat amik antiviral, nanti kalau benor dijangkiti, takut antiviral dah tak berfungsi dgn badan kita.

zairol said...

bahaya wei sekrg nie..so pasni jgnla suke nk pi tmpt2 public, even spital or clinic..naik bas pun jgn ler..pasal tula aku asyik dok umh je time cuti..tp kt skolah husna plak asyik silih beganti je bdk2 yg demam selsema batuk..risau aku..maybe pasni darurat plak tgkla kes dh byk mana..ya allah mehla sama2 kite doakan negara kite selamat dr bencana penyakit menatang nie..

gaban said...

frida...betul la tu, macam kat acheh dulu, banyak lagi negara kapir lain yang boleh kena tsunami tu, tapi acheh gak yg kena. Allah nak bagi ingat la tu....sebab melayu mudah lupa. ahaks!

zairol...ye..ye..lagi elok kalo x yah kluar langsung. gi keje pun jangan! bajet pun tak lari! ahaks!