Sunday, September 6, 2009

GABAN BZ

Gaban betul-betul bz sejak seminggu sebelum puasa ari tu. Bz sesangat. Sampaikan nak baca blog kengkawan pun tak sempat.

Bukan sebab kat dunia ni dah banyak resaksa yang Gaban kena lawan, tapi Gaban sendiri yang carik penyakit!

Kononnya Gaban takmau banyak sangat masa lapang. Memang patut pun....sebab sejak mula kerja baru ni, Gaban lebih banyak berehat daripada bekerja, lebih banyak tido daripada berjaga dan LEBIH BANYAK MAKAN DARIPADA BERLAPAR! Jadi....Gaban apply tapak pasar Ramadhan. Dapat! Gaban jual ikan bakar!

Kalau ikut plan asal, Gaban tak la jadi bz cenggini, tapi dua minah indon yang keje ngan Gaban tu bergaduh, So, sorang daripada diorang tu tarik diri. Berhenti keje dan balik kampung. Aramak!!mana Gaban nak carik pengganti. He...He....tak payah la....bior minah indon sorang tu keje sengsorang sampai abis raya ni. Kejamnyer Gaban...!

Tak la....Gaban sendiri berkorban untuk tolong dia. Ini la puncanya Gaban jadi kelam kabut sikit.

Lepas sahur Gaban gi Pasar Borong Meru, beli ikan. Pukul 9.00 pagi Gaban ke Dewan Makan. 3.30 petang Gaban dah ada di pasar Ramadhan! Fuh! penat...tapi seronok.

Ok la...Gaban menulis ari ni cuma atas satu tujuan je...GABAN NAK BAGITAU YANG GABAN IDUP LAGI.

*Tengok la bila-bila senang Gaban nak cerita pasal berbuka di tepi jalan lepas meniaga! Ahaks!

2 comments:

.tunfrida. said...

waahhh...padanla senyap! meniaga kat mana, gaban?

gaban said...

ala...kecil-kecilan je. kt pasar ramadhan seksyen 19. bukak 2 minggu..pas tu x larat dah. tak buleh nak kejar! penat giler!