Monday, August 10, 2009

GADIS KEBAYA


Kak Esah memang nak sangat pakai baju pengantin. Tiap kali nampak khemah/kanopi dia kata rumah orang kawin. Tak kiralah walaupun khemah/kanopi tu sebenarnya untuk sukaneka ataupun kenduri arwah ataupun bla....bla...bla.....

Setiapkali lalu di hadapan butik mak andam, Kak Esah minta dibelikan baju pengantin untuk dia. Pening kepala aku dibuatnya.

Satu hari, aku jumpa kebaya warna pink dengan sulaman ringkas. Aku pun beli. Aku kata kat Kak Esah .... itulah baju pengantin. Kak Esah terima jer. Suka sangat dia.

Aku pun ada plan nak beli kain lace murah-murah pas tu tempahkan untuk Kak Esah. Tapi belum ada yang berkenan....ops! sebenarnya ada yang berkenan tapi harganya....mak datok! punyalah mahal. Aku tangguhkan la niat suci aku tu. Tak berbaloi pulak rasanya beli lace mahal-mahal untuk dipakai suka-suka jer!

Ye...hari ni hari bertuah Kak Esah. Cik Ina dia yang baru balik bercuti (berkenalan dengan bakal mak mentua) kat Sarawak datang menjenguk petang tadi. Hasilnya....

SEPERISE...!!!





Baju kebaya dengan sulaman labuci untuk Kak Esah. Ole-ole dari Serawak. Cantik! Kak Esah suka. Bukan Kak Esah je...mama Kak Esah pun suka...malahan melebih-lebih pulak!


Lantas...Kak Esah kami 'make-overkan'.


Kami pakaikan Kak Esah dengan kebaya tu, sanggulkan rambutnya, pakaikan blusher dan lipstick.....


O....k......la.......


Kemudian kami cuba jalankan sesi fotografi pulak.


Malangnya, ada beberapa orang kengkawan Kak Esah kat lokasi fotografi tu (depan rumah). Kak Esah tak boleh fokus! Ni je gambar-gambar Kak Esah yang dapat diambil :



Akhirnya, Kak Esah terbaring kepenatan selepas tamat sesi fotografi tu.




Alahai Kak Esah....Akhirnya Kak Esah dapat jugak pakai baju pengantin....!


*Masa mama Kak Esah Kecik dulu usahkan baju pengantin, nak beli baju perghak pun susah. Kalo ada pun baju raya, itupun setahun sekali jer!













2 comments:

Unknown said...

begitulah kita sekarang ye, nengok anak hepi, kita pun hepi. ingat beno masa kekecik dolu, gitulah juga gaknya mak ayah kita hepi nengok kita walau serba kekurangan...

ececewaahh...

DYLA said...

bertuahnya kak esah.kebaya ngam2 plak tu...

wah kak esah ni, rasenya dia nak jadi model ni.