Aku memang busy minggu lepas. Kena buat site visit ke asrama-asrama kt klang valley ni. Lebih kurang 13 buah asrama la..(ada banyak lagi sebenarnya, tapi tak payah la tamak sangat kot!)
Terasa macam jalan raya aku yang punya, sebab boleh dikatakan sepanjang minggu aktiviti aku cuma jalan-jalan cari asrama.
Kak Esah terpaksa aku cutikan sebab kerja aku kali ni kena banyak turun naik kereta. Kalau Kak Esah ikut alamatnya keje aku tak siap lagi la sampai hari ni..mana tak nya, nak tunggu dia pakai kasut je dah bazir berapa minit. Kalau dia tidur dalam kete dah jadi extra keje pulak, kene kejutkan pulak...lagi best kalau angin dia tetiba je jadi x bagus...kene dukung pulak!
Meh aku citer skit pasal asrama-asrama yang aku pegi..
SAM Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
Best kat sekolah ni...Jumpa Penolong Kanan dia, peramah orangnya. Antara dialog yang aku ingat...
PK : Puan boleh tolong saya tak? Kami nak adakan jogathon, saya sendiri kena kutip minima RM 200. Harap puan boleh sumbangkan sedikit...
Aku : Takde masalah...(aku kasi RM 10 je sebab tu je yang ada dalam poket masa tu..wallet dalam kete..alasan..cakap je la kedekut!)
SMK Seksyen 11
Biasa je...tapi aku ingat pakcik kat kaunter tu PAR kat sekolah tu...SEKALI...Pengetua da...
SMT Shah Alam
Ok...la. Xde masalah kat sini
SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam
Aku kagum ngan sekolah ni...cantik. Masa aku datang diorang tengah riadah...sunyi je!
SMK Seksyen 18
X best! Sebab pakcik guard tu tak kasi aku park kete kat dalam. penat aku menapak! (ala gaban...kalo malas cam tu, bila nak kurus!)
SMT Sepang
Besar sekolah ni...walaupun jauh, tapi aku tak kisah pun..sebab sebelum gi sana aku singgah rumah paksu aku kat Sepang sebab nak tanya jalan sambil pekena nasi lemak maksu aku! (makan je gaban ni kan!)
Bukit Jalil Sport School
Yang ni paling canggih la. Kerdil je rasa sebab bebudak yang lalu lang semua kelihatan fit je badan.
Hari pertama aku datang, kena balik sebab x bawak original cert.
Hari Kedua aku memang tak layak pun beli tender document sebab x datang taklimat tender. Cesh!
SMT KLANG
Yang ni paling favourite la...nostalgia beb! Lama gak lepak sana jumpa cecikgu.
SMK Tengku Ampuan Rahimah
Berpusing-pusing aku cari..rupanya kat celah sekolah cina ngan la salle. Orang yang tunjuk jalan pun salah tunjuk...(apa la pakcik....anyway thanks sebab sesatkan saya, kalau tak sesat, tak pandai)
SAM Hishamuddin Jalan Bertih
Ok.....xde problem. Diorang terus je sign tanpa banyak soal.
SMK Tinggi Klang
Aku datang dah pukul 4.30 ptg. Suasana sunyi ditambah pulak dengan rekabentuk bangunan tahun 1928 tu...seram gak aku. Mujur aku bawak Kak Esah ari tu.
SMT Selangor (Sg. Buloh)
.....No Komen....
SAM Tinggi Hishamuddin Klang
Cikgu-cikgu semua sibuk nak punch card masa tu...balik time. So, aku is no body! dioang perasan ke aku ada kat situ?
Kolej Islam Sultan Alam Shah
Yang ni yang akhir skali. Memula sampai pukul 12.30pm. Ari Jumaat. Aku tengok semua orang macam sibuk nak balik dah..so, atas dasar tak mahu menyusahkan orang (alasan jer tu!) aku tak jadi masuk ke opisnya. Lantas aku ke Jusco Bukit Tinggi sementara nak tunggu diorang abis rehat pukul 2.45 pm. Tapi aku datang balik pukul 3.30 pm sebab terlebih ronda kat JJ.
Best la kat situ...bebudak dia ramah-ramah!
Ha...Banyak tak asrama dan sekolah yang aku pegi...maunya tak penat!
Belum abis lagi....settle site visit, tiba masa untuk isi doc pulak...sampai jem la jari jemari aku ni! terbuntang jugak la bijik mata sebab tidor lambat!
Walaupun penat aku puas hati sebab kerja aku dah settle! YAHOO!!! Harap-harap ada rezeki hasil penat lelah aku, walaupun...aku cuma menumpang jer...sekurang-kurangnya bertambah ilmu aku dalam bab-bab tender ni.
Esok aku akan kembali ke medan masak tu pulak. Dah seminggu aku tinggalkan. Rindu pulak rasanya kat adik-adik kat sana. Bila tengok diorang makan, teringat zaman dok kat asrama dulu...apa yang dibagi itulah yang dimakan, kalau banyak duit makan le kat kantin, kalau takde, jgn banyak songeh kalau taknak lapor...(korang ingat lagi tak macam mana rupa kangkung masak longkang?)
*Atas dasar itu jugak la aku berjanji takkan sambil lewa je bagi adik-adik kat asrama tu makan.
2 comments:
moga murah rezki ye gaban. ko kalau dpt yg sepang tu wajib jumpe2an ngan aku!
insyaAllah ada rezekinya tu..
haiieee....tak pernah ku lupa hidangan-hidangan dapur asrama.
harapnya pihak puan dapat berkhidmat dgn penuh hemat.
Post a Comment