Tuesday, August 11, 2009

H1N1

cantik gak mende ni yer....


Hari ni macam biasa la, aku gi keje kat dewan makan tu. Cuma bezanya aku pegi satu keluarga. Kebetulan abahnye cuti (bayar hutang sebab tinggalkan kitorang lama sangat).

Sampai kat dm macam biasa jugak, aku cek la sana sini. Kot-kot ada yang tak bersih. Peh tu tengok makanan dah ready ke belum. Panggil budak yang masak tu (Minah)...then interview la apa yang patut.


Antara topiknya termasuk la menu istimewa yang aku plan nak bagi kat bebudak di bulan puasa nanti. Mende-mende macam tu memerlukan aku berjumpa dengan pegawai eksekutif yang bertanggungjawab memantau keje-keje kitorang sebagai pembekal makanan. En. Hazandi namanya (bukan nama sebenar...ahaks!). Tiba-tiba.....


OPOCOT!

Terkejut aku bila Minah kata En. Hazandi & family dia kena kuarantin sebab dijangkiti H1N1. Terus aku jenguk ke tingkap. Rumah (kuaters) En. Hazandi tu betul-betul berdepan dengan dm. Pintu tertutup rapat.


Memang bahaya. Mana tak nye, kat situ kan hostel. Hostel lelaki je ada dekat2 200 orang. Buatnya terkena kat salah seorang student plak? Payah.......


Setakat ni aku ambil langkah berjaga-jaga. Semua pekerja aku suruh pakai mask sentiasa. Lebih-lebih lagi masa serv bebudak makan.

Kepada keluarga En. Hazandi yang banyak berjasa, aku cuma boleh bantu dari segi makanan jugak. Dia kan tak boleh keluar rumah...dah tentulah takde makanan kat rumah tu. Kalo ada pun mesti dah nak abis. So, Minah akan letak makanan kat atas kerusi depan rumah dia. Peh tu lari laju-laju. (Cesh! macam nak mengebom pulak lagaknya!)


Harap2 En. Hazandi & family tak apa2. Aku doakan dia sekeluarga cepat sembuh.


TERUS TERANG aku cakap, aku memang tak ambil tau sangat pasal H1N1 sebelum ni. Setakat menghitung jumlah kes dan kematian je. Itu pun tengok kat berita je. Peh tu, cakap: "kesian...kesian". Tapi hari ni aku mula ambil berat. Berat sangat!


Aku cadang mulai esok aku xnak bawak Kak Esah. Aku bagi dia cuti. Bahaya gak bawak dia ni. Budak kecik...antibodi ntah kuat ntah idak.


H1N1 ni pun satu hal jugak...kalau datang senyap2 je. Tetiba je...serang. Tak bagi tempoh lak tu. Tau-tau mangsa dah kritikal je. Lagipun tanda2 H1N1 ni tak berapa pelik sangat. Setakat selsema, demam, sesak nafas....macam penyakit biasa je kan. Susah nak dibezakan.


Takde vaksin ke untuk penyakit ni?


Kepada pemakan-pemakan menatang yang menjadi punca virus tu...udah-udah la ye...Dah berapa banyak penyakit yang dibawak dek menatang tu. Tak ingat ke dulu...JE! Hebat gak penangannya! Korang try la makan menatang lain plak, takpun jadi 'begiteriyen' je!


Ada orang nasihatkan aku supaya tambahkan dan lebihkan bawang putih dalam masakan/makanan untuk tambah antibodi dalam badan. Betul ke?


Entah la....harap-harap H1N1 ni takkan berpanjangan.


Apa yang boleh aku buat sekarang ni cuma lebih berjaga2. Buat masa ni aku nak hadkan keluar ke tempat awam, shopping complex...tadipun ikutkan hati nak gi times square jap. Tapi jadi tawar hati bila tau pasal kes ni.


Korang-korang pun baik-baik ye...jangan keluar sangat time macam ni. Bersamalah kita membenteras H1N1. Kan ke mencegah itu lebih baik daripada mengubati.




*Ya Allah, permudahkan la hidup aku & keluarga dan jauhkan la kami dari H1N1. Amin.

Monday, August 10, 2009

GADIS KEBAYA


Kak Esah memang nak sangat pakai baju pengantin. Tiap kali nampak khemah/kanopi dia kata rumah orang kawin. Tak kiralah walaupun khemah/kanopi tu sebenarnya untuk sukaneka ataupun kenduri arwah ataupun bla....bla...bla.....

Setiapkali lalu di hadapan butik mak andam, Kak Esah minta dibelikan baju pengantin untuk dia. Pening kepala aku dibuatnya.

Satu hari, aku jumpa kebaya warna pink dengan sulaman ringkas. Aku pun beli. Aku kata kat Kak Esah .... itulah baju pengantin. Kak Esah terima jer. Suka sangat dia.

Aku pun ada plan nak beli kain lace murah-murah pas tu tempahkan untuk Kak Esah. Tapi belum ada yang berkenan....ops! sebenarnya ada yang berkenan tapi harganya....mak datok! punyalah mahal. Aku tangguhkan la niat suci aku tu. Tak berbaloi pulak rasanya beli lace mahal-mahal untuk dipakai suka-suka jer!

Ye...hari ni hari bertuah Kak Esah. Cik Ina dia yang baru balik bercuti (berkenalan dengan bakal mak mentua) kat Sarawak datang menjenguk petang tadi. Hasilnya....

SEPERISE...!!!





Baju kebaya dengan sulaman labuci untuk Kak Esah. Ole-ole dari Serawak. Cantik! Kak Esah suka. Bukan Kak Esah je...mama Kak Esah pun suka...malahan melebih-lebih pulak!


Lantas...Kak Esah kami 'make-overkan'.


Kami pakaikan Kak Esah dengan kebaya tu, sanggulkan rambutnya, pakaikan blusher dan lipstick.....


O....k......la.......


Kemudian kami cuba jalankan sesi fotografi pulak.


Malangnya, ada beberapa orang kengkawan Kak Esah kat lokasi fotografi tu (depan rumah). Kak Esah tak boleh fokus! Ni je gambar-gambar Kak Esah yang dapat diambil :



Akhirnya, Kak Esah terbaring kepenatan selepas tamat sesi fotografi tu.




Alahai Kak Esah....Akhirnya Kak Esah dapat jugak pakai baju pengantin....!


*Masa mama Kak Esah Kecik dulu usahkan baju pengantin, nak beli baju perghak pun susah. Kalo ada pun baju raya, itupun setahun sekali jer!













Sunday, August 9, 2009

KENAPA IKAN...?

Sebab ikan yang akan datang!

Tunggu............!


*Isk....Gaban, ikan mende lak?

Saturday, August 8, 2009

NEGARAKU

Negaraku....
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahgia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat Bertakhta

*Masa kecik-kecik aku nyanyi tanah tumpah negaraku dan selamat ber ta-ta (bye bye). ahaks!

Pyzam Glitter Text Maker
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts

Friday, August 7, 2009

KHADIJAH

Ini la wajah terkini Khadijah.




Khadijah sekarang dah pandai :



Meniarap (start masa umur 2 bulan setengah)

Pusing-pusing atas tilam

Bergolek-golek (selalu je ilang...keluar dari tilam)

Main-main dengan orang kat sekelilingnya

Ngamok kalau susunya lambat disediakan (sekarang kurang maunya pada susu segar)




TAPI....



Khadijah juga dah tak pandai :



Duduk diam (kaki tangan dia sibuk ngalahkan polis trafik jaga jalan jem)

Baring sorang-sorang (kalau takde orang yang dia nampak mula la ngamuk)

Baring kat bawah (maksudnya...nak kena riba jerr)

*Khadijah...Khadijah....


Thursday, August 6, 2009

JALAN-JALAN DIHARI SELASA?

Ari Selasa malam ari tu, Abahnye tunai janjinya pada Kak Esah dan Khadijah. Dah lama sebenarnya Kak Esah minta dibawa ke Taman Arnab. Tapi selalu je lupa. Padahal bukannya jauh pun. Kat tepi Giant Seksyen 13 tu je.



Kami pergi dah malam. Sampai sana dah pukul 9.10 malam. Taman tu tutup pukul 9.30 malam. Kalau diikutkan memang la rugi kalau masuk time tu. Dapat main kejap je dengan arnab2 kat situ. Tapi Abahnye tetap nak masuk jugak. Sian Kak Esah katanya.


Comel-comel arnab2 kat situ. Macam-macam jenis yang namanya aku memang tak tau nak sebut. Biasanya, diorang akan lepaskan beberapa ekor arnab kat taman kecik kat situ. Jadi...dapat la pengunjungnya berkejar-kejaran dengan arnab. Tapi sebab kami sampai dah lewat...xde la aktiviti macam tu. Lagipun aku tengok arnab2 tu semua dah buat muka toya. Ye la...diorang pun reti jugak nak tido.


Lupa lak...bayaran masuk murah je. RM 3.00 sorang. Kalau datang ngan family save sikit. Ada pakej. RM 10.00 untuk 5 orang sefamily. Buka dari 9.30 pagi sampai 9.30 malam. Ada gak diorang jual pallet untuk kasi makan kat arnab2 tu. RM 1 sepeket. (patutnya free je la kan, yang kita bagi makan tu kan arnab diorang gak..bukan kita yang makan)

Happy nyer Kak Esah dapat main-main ngan arnab. Kasi arnab makan. Lari sana-sini. Khadijah setakat tersengeh-sengeh je. Tapi dah pandai meronta-ronta nak turun. Eleh...macam la dah besar sangat!




Lepas tu Abahnye tanya nak makan ape.....jawapannya - terserah pada yang nak blanja.


Abahnye bawak gi sini....




Lama dah tak datang sini. Kami ni bukan jenis makan luar. Kalau makan kat luar pun biasanya mesti kat fast food. Kalau ada kedai makan yang kami berkenan...alamatnya kat situ je la yang kami singgah. Sampai jemu..pastu baru carik yang lain. Kami ni jenis setia...ahaks!

Kami suka gi sini sebab lokasinya la. Kat Tasek Shah Alam. Belakang Masjid. Kira macam dalam taman gak la. Ramai gak orang lepak.

Punyala panjang berjela menu dia. Yang kami order tetap la sama...chicken chop ngan nasi goreng nenas ikan masin. Memula Abahnye nak order Raja Lumu Steak. Tapi sebab aku x makan daging dari haiwan berkaki 4 tu...dia kenselkan je niat suci nya. (bagus...bagus....)

Rupa boleh tahan. Rasa....kureng la. Dulu-dulu aku makan sedap je...kali ni kureng skit la rasanya! (tukar tukang masak kot!)

Dah kenyang perut kami pun balik. Hari pun dah lewat malam.

Macam best je kan. Hari Selasa pun nak gi jalan-jalan gak. Tapi kalau dah tetiba je abahnye bawak gi jejalan & makan-makan tu...pepaham je la maksudnya.


YE....SEAWAL PAGI RABU ABAHNYE DAH BERANGKAT KE DUMAI PULAK!!


*Huh! Outstation lagi....!Tensen...tensen....!

Saturday, August 1, 2009

PATUTNYA DAN PATUT KE

Patutnya aku tak boring malam ni sebab...

Patutnya aku ada kat Cameroon Highland time ni...

Patutnya malam ni aku dapat tido dengan cukup sejuk...

Patutnya aku dah makan aiskrim strawberi fresh tengahari tadi...

Patutnya aku bangun tido dengan ceria esok sebab nak gi jalan-jalan dan...

Patutnya bila buka tingkap aku nampak pemandangan yang hijau & nyaman je...

Patut ke aku boring malam ni?

Patut ke aku masih kat rumah time ni?

Patut ke aku kepanasan walaupun dah pasang 2 biji kipas? (rumah aku xde ekon)

Patut ke aku minum ayor sejuk je sejak pagi tadi?

Patut ke aku bangun tido dengan ceria esok pagi?

Patut ke aku hanya nampak kete aku yang te'paking' depan rumah bila aku bukak tingkap?

Ini semua turbine tu punya pasal!

Kalau tak pasal dia tentu buah hati aku tak pergi jumpa dia!

"hey encik turbine! apsal rosak time ni?"

Rosak semua plan aku. Dah sebulan aku menghitung ari nak jejakkan kaki ke cameroon highland tu. Walaupun orang kata dah tak best, dah tak sejuk, aku tetap nak pegi jugak. Aku nak gi rehat-rehat kat sana la!

"hey encik turbine! nape tak rosak awal sikit? nape mesti rosak lepas aku kumpulkan baju sejuk kitorang anak beranak?"

Punah jiwa aku tau...

Hancur luluh hati aku...

*Waaa.......nak gi jejalan!

**Patut ke aku marah-marah ni?