Friday, July 31, 2009
SALE
Orang punyala ramai...
Senak nafas aku. Dah la aku bawak Kak Esah dengan Khadijah.
Tak dapat nak memilih pun... ada la beli dua tiga helai baju. Pas tu balik.
Huh! Buat penat badan je!
*Rasa rugi sebab baru je beli buggy Kak Esah last month...ari ni tengok ada yang lagi cantik dan murah! Huh!
Wednesday, July 29, 2009
SEKOLAH AKU
Cikgu Rahim...still cikgu disiplin lagi
Ramai lagi cikgu yang aku jumpa. Tapi sembang camtu je la.
Kat pondok ni la aku slalu tunggu kakak aku bwk laksa waktu ujung minggu! Ramai gak yang dating kat sini!
Ha...ni la public phone yang menjadi penyambung hubungan aku dengan buah hati aku. Dia ni la saksi ayat-ayat chenta aku!
*Bila dikenang-kenang...syoknya zaman sekolah dulu!
*Sape ingat beruk-beruk kat belakang asrama dulu tu...mana diorang skrg ni ye? Dah keje kat JJ Bukit Tinggi Kot!
BEST vs TAK BEST
Bestnye kelmarin....
Abah amik cuti untuk bawak Khadijah dan Aisyah jalan-jalan....
Kami pegi Mc D...makan-makan, main taman....
Lepas tu pegi IOI mall, naik kuda. Pusing-pusing....
Lepas tu lagi...pegi kedai mamak...makan roti canai....
Enjoy sangat....
Tak Bestnya semalam....
Abah kena outstation....Jauh....
Abah kata Indonesia. Aisyah dengan Khadijah tak tau pun kat mana....
Tapi mama dah tarik muka...
Pagi-pagi kawan Abah dah datang amik kat umah....Abah kata Abah pegi kejap je...
Abah buat keje laju-laju...biar cepat siap.....
Abah.....
Sapa nak main kawin-kawin dengan Aisyah....?
Sapa nak main superman-superman dengan Khadijah....?
Huh! aku dah agak dah. Kalau bawak gi jejalan tu...mesti esoknya kene gi outstation nyer!
*Dah la tu anak-anak....kang takde minyak masak plak kita kalo kilang sawit tu tak dibaiki! Huh!
Sunday, July 26, 2009
PIZZA GABAN
Wednesday, July 22, 2009
LAST WEEK PUNYA CERITA...
Wednesday, July 15, 2009
PADAN MUKA AKU
Sebab sebelum ni aku syok sangat monteng keje...pegi, balik suka hati aku jer!
Akibatnya....
Sejak hari Isnin ari tu, aku ditimpa-timpa dengan dokumen tender. Aku juga la yang kena buat site visit ke sekolah-sekolah kat Klang Valley ni. Banyak woooo!
Tengokla...mungkin next week lega skit...
* Esok nak wat site visit kat SMT Klang. Yahoo!!!