Wednesday, February 15, 2012

HARI MINGGU NAN LALU

Ini kisah hari minggu yang lalu

Dek kerana kesiannya aku pada anak2 yang bosan terperap kat rumah, maka aku lepaskanlah diorg main kt luar. 


Ini pesan aku pada Kak Esah dan Kak Jah ;

"Mama kasi main kat luar tp dlm pagar je tau. Jgn lepas dari bumbung ni. Panas lagi ni. Dah redup sikit nanti baru boleh main kt luar sana"

Masa tu jam baru pukul 3 ptg la lebih kurang....

"Ok. Kitorang main kt sini je mama." jawab Esah dgn jujur. {Konon}

Tak lama lepas tu aku dgr Kak Esah menjerit "Khadijah, jangan! Panas lagi la!"

Aku yg tgh dok dlm rumah terus rasa menyirap je. haish! Dengan sebulat suara aku pun menjerit,

"Khadijah, kan mama dh cakap, jgn main panas. demam nanti! bla...bla...bla..."

Kak Esah menjerit balik pada aku dengan jawapan sebegini;

"Mama, mana ada Khadijah main kt panas. Kitorang main jual2 sate. Dia beli terus nak makan. sate ni panas lagi"

Dan aku pun termalu....



* Moral of the story, jgn asik sangka buruk kt anak sendiri! Haish! Malu ni...